Assalamualaikum
Hari Raya Pertama Aidiladha dalam pukul 3.30pm kami
dah sampai rumah Mak and Bapak. Kata Bapak banyak dapat daging korban. So Mak
sort semua daging-daging tu mana yang elok and mana yang banyak urat and esok
(Jumaat) nak buat Daging Bakar dengan Mee Sup Tulang. Sepatutnya nak buat
Daging Bakar dengan Sup Tulang je. Tapi I mana tahan tengok sup, so mintak
Bapak belikan Mee Kuning. Tapi sebab dah alang-alang Sazli, Bapak and Shein
pergi Max Value, suruh la dorang beli taugeh, sawi dengan mee kuning sekali.
Pesan mulut dah, lepas tu whatsApp lagi.
Orang lelaki kalau beli barang dapur, ko ghaser
macam mana? Sudahnya depa dua beranak beli bahan-bahan macam nak makan 10
orang. Sawi tu I rasa RM10.00 apa depa beli and taugeh seplastik besar penuh!
Masa Bapak cakap ‘Nah, Bapak dah beli
yang Su pesan’, Mak pandang I, I pandang Mak. Pastu kami gelak. Sebeban OK?
Kata Mak tahan la taugeh ni 2 bulan. Depa kan 2 orang je kat rumah? Makan
banyak mana la. Hahahaha. Sabar jer la.
Mee Sup Tulang and Daging Bakar
cicah Air Asam Power by me lupa nak amek gambar. Tapi I bagi je la resepi kat
korang, if nak makan daging bakar, cicah Air Asam Power resepi I ni ok?
Air Asam
Power
2 biji lada besar, 10 biji lada kecik, seinci
belacan – tumbuk kasar
5 ulas bawang kecik – dihiris
1 cawan air asam jawa
Garam dan Ajinomoto (optional) untuk perasa
Kalau I, I suka letak kicap manis pulak. Perrrrghhhh
bapak sedap hoi! Instead of korang potong cili padi tu, cuba korang tumbuk
sekali dengan belacan. Bawang pulak guna bawang kecik, hadoi. Kecur air liur.
Dapat kat Sazli, member hirup je air asam ni. Dia cakap, ni air asam paling
sedap dia pernah makan (Dia kata la) Hahahha.
Esoknya Mak masak Nasi Ayam pulak. I pernah share
resepi dekat sini. Paling simple and basic yang I pernah cuba. Amazingly sedap!
Takyah beria nak letak minyak bijan la, sos tiram la. Pon dah sedap! Korang
kena cuba ok? I makan dengan sambal kicap belen makan Mee Sup Tulang semalam.
Merana hidup sebab sedap sangat. Lepas I upload dalam IG, tengok ada yang masak
Nasi Ayam jugak. Terliur la tu. Hahahaha. Mak tukang masak, I pembantu je. Tapi
masa Bapak makan (Dia ketua juri la masa makan), Bapak cakap sedap cabai ni.
Sapa buat? Mak cakap, ‘Su buat!’ Tenkiu
Mak. Padahal dia yang buat semua, kredit bagi pada I. HAHAHAHA
Malam tu kata Bapak takmau makan nasik dah. Nanti
gemuk macam hang! Wajaq Bapak. Dia kata nak makan capati. Mak la yang uli
capati. Buat 9 keping. Bapak and Sazli sorang 3, I 2 keping, Shein suku keping
and Mak makan belen Shein. Mak memang terror buat capati. Dia canai bulat je. I
canai jadik 4 segi. Lulz. Gulai Sardine by me. Kata Bapak, ‘Sedap Su! Boleh bukak kedai’. Bapak you memang. Apa I masak semua
sedap. Kalau sedap bak duit la.
Resepi nak buat gulai sardine paling senang. Tumis
bawang merah and bawang putih. Bancuh 2 sudu serbuk kari dengan sesudu cili
boh. Tumis sampai naik bau. Masukkan kentang and air. Tunggu sampai empuk.
Lepas tu masukkan sardine and air asam jawa. Perasakan dengan garam and gula. Last
sekali masukkan bawang besar. Setel. Takyah guna santan sebab takde. Hahaha.
Tak letak santan pon sedap jer. I suka
makan macam burrito. Letak salad hiris, letak gulai sardine and balut. Ngap
ngap ngap. Sedap! Setel 2 gulong.
Capati
Homemade by Mak. I buat gulai. Shein, Bapak and Sazli tukang makan.
Untunglaaaaaaa
Oh, yang hari masak Sup Tulang tu, Mak cakap ‘Su,
Mak ada bahan nak buat sawi cina masak sos tiram. Tepung jagung ada ni. Su buat
na?’ I pon bersemangat waja, terus prepare la barang. Nak buat pon senang je.
Panaskan air, masukkan sesudu kecik minyak. Rebus la sayur tu. Jangan sampai
lenyur sangat and lepas tu tos. Meanwhile, tumis 5 ulas bawang putih yang ditumbuk dengan 2 biji
cili padi. Lepas tu masukkan sos tiram. Bancuh sesudu tepung jagung dengan air.
Masukkan dalam kuali and masak sampai kuah likat. Curah atas sayur. Setel!
Tapi tragedy Sayur Sawi I ialah, Mak sebenarnya
bancuh tepung custard ok? Bukan tepung jagung. Patut la I ada rasa manis. LOL.
Beria la aku impressed Mak ada stok tepung jagung dekat rumah. Padahal???
Hahahaha. Tapi still boleh makan la. Al-hamdulillah kami semua hidup lepas
makan sayur ni. Bapak and Sazli cakap ‘Sedaaaaaappppp
Su!’ Siap request buat selalu sayur macam ni. Dorang taktau padahal I guna
tepung custard. Tak guna betul 2 orang juri ni. Hahahahahha.
Sawi Cina Masak Sos Tiram Bersama Tepung Custard. Haha
Jumaat petang tu Mak ajak pergi Ampang Point, dia nak beli spek baru. Spek membaca Bapak and Mak dah melambak kepak. Shein jahanamkan. Tak kena marah pulak tu. Untunglaaaaaaaaaaaaaaaa ko Shein. Mak kata dia ajak I sebab masa dia nak beli tu, pekerja dekat kedai spek tu cakap Mak pakai semua lawa. Dia cakap orang tu nak bodek dia. Skali masa Mak try, memang semua kena dengan muka dia. I hasut dia beli yang paling mahal. Kata Mak takot Bapak marah. LOL. Lepas beli spek, I ajak Mak beli bahan nak buat roti telur cheese. Tapi terambik mandian Shein, eskrem, yogurt drinks dan pelbagai makanan lain. Mak belanja. Tenkiu Mak.
Ni breakfast
hari Sabtu. Roti telur cheese. Senang je. Amek roti 2 keping, tetengah dia
letak cheese sekeping. Bancuh telur dengan pepper and celup roti ni. Goreng
dengan sesudu butter. Sedaaaaap!! Masa panas-panas tu, cheese dia meleleh-leleh
ko. Sex giler!
1 of 10 spek
yang Mak try. Dia suruh bagi kat group kami anak beranak. Tapi Bapak and Sazli
tak reply pon. Dorang tak layan. Dengki la tu sebab kena jaga Shein dekat rumah.
HAHAHAHAHA
Dari Khamis ke Sabtu kami kat rumah Mak. Lepak,
makan, main dengan Shein, layan TV cerita Tobot and Upin Ipin *rolling eyes. Ada masa main
bola sepak, main hide and seek anak beranak. Shein pulak jenis main nak nanges
je kalau kalah. Nyampah. Tenkiu Mak and
Bapak bagi kami makan sedap-sedap. Nak uweeeeeet!!
-eNd-
kak su..resepi daging bakar please..
ReplyDeleteterus dapat idea nak masak apa, yes NASI AYAM
ReplyDeletesawi sangat menggoda . @,@
ReplyDelete