Assalamualaikum..
Harini kiter cerita pasal Shein pulak.
Macam dah lama tak cerita pasal Shein.
Shein now kawan baik I sangat.
Kekadang bila dia rangkul leher I dari belakang nanti I tangkap dia bawak ke
depan. Lepas tu dia pegang pipi I and terus kiss. I tanya dia, ‘Shein sayang Mama ker?’ Nanti Shein
malu-malu. Pang nak? Bulan 12 ni cukup 3 tahun umur Shein. Lepas tu Januari
2016 tetiba dah 4 tahun. Shein jarang demam and batuk sekarang ni, walaupon
dalam cuaca jerebu teruk macam sekarang. Sebab dia ni suka minum air kosong.
Macam Abah dia la. Takmau minum guna gelas. Dia togak jer. Hahahaha.
Shein still pergi sekolah dekat
Bulding Blocks International School, Ampang. Now dah masuk semester baru sampai
la hujung tahun ni. So far I puas hati dengan progress Shein. Banyak menda dia
learned and yang paling penting, I nampak dia punya tantrum dah banyak kurang.
Dah more tolerate and dah boleh bekerjasama. Macam yang korang tau, Shein
speech delay. Tapi semenjak masuk sekolah ni, I tengok banyak improvement. Dia
mau la jugak repeat after I. Contoh. ‘Shein,
One…. Twoooo….’ Nanti dia sebut ‘Three.
Yay!’ or ‘Lepas one?’ Nanti Shein
sebut ‘Two!’, itu pon I dah cukup
happy sangat-sangat. Last week Mak Tok cakap,
‘Shein, what is this? This is Chapati’ and Shein said, ‘Chapati!’
MakTok jerit kuat giler! Hahaha. Excited
la Mak Topk cucu tunggal dia repeat after her kan? Ada waktu bila dia tengok
dalam TV dia sebut nama binatang or things macam Monkey and Car’s! Bila Shein
sebut, I rasa macam comel giler. Tak sabar nak tunggu Shein boleh bercakap and
I boleh berborak dengan dia macam borak dengan kawan-kawan. One day,
InsyaAllah.
Throwback Shein
Shein now pergi sekolah happy jer.
Takde la dia phobia macam sekolah lama. Dah la macam-macam cerita kurang enak I
dengar pasal sekolah lama Shein. Katanya Nanny sekolah lama pengotor. Memang
pon dulu masa I ambik Shein dekat pintu pon, bau ketiak menusuk dalam kepala.
Nak muntah! Imagine Shein seharian dekat sana. Now Nanny tu dah takde and new
management take over. Principle pon ada sekali and tadek la biar Nanny uruskan kids
tanpa pengawasan. I ada jugak hantar Shein dekat sekolah lama time Sekolah
Shein cuti sem. Alhamdulillah so far so good.
Shein pon pergi school 3 kali seminggu
je. Lagi 2 hari, Shein duduk dengan Mak Tok and Baba. Except kalau Mak Tok and
Baba Outstation baru la dia pergi full time dekat sekolah dia. Bebudak dekat
sekolah Shein memang baik-baik. Jenis main sama-sama, takde rebut barang or
gaduh-gaduh. Mereka diajar supaya share, tolerate and tolong-menolong. Bila
ambik Shein balik, nanti ada la yang tolong panggil and tolong bawakkan beg. Memasing
datang and introduce diri lepas tu salam. Sebelum balik hug dulu kawan-kawan.
Memang lega sangat rasa bila tengok suasana yang macam tu.
Principle memang ada dekat Sekolah all
the time and dorang jenis all the time bercakap dengan kids. Learned to say ‘Please’ and ‘Thank You’, 2 basic words
yang kekadang kiter lupa nak ajar anak-anak. Shein dimaafkan lah sebab dia tak
boleh sebut please and thank you
lagi. Hahha. Tu pon if dia moody taknak salam sapa-sapa Sazli akan make sure
buat dia salam or at least ‘hi5’.
Sekolah Shein pon banyak aktiviti. I
nak cerita pon tak larat. But if korang berminat, korang boleh pergi sana terus
and bercakap dengan Principle dia. Kat sini dorang 100% cakap English. Let say
korang nak anak korang pandai cakap English, boleh hantar sini dari kecik so
that dorang boleh cepat belajar. Dorang ambik student dari umur 3 tahun sampai
secondary school. Sini ada Mat Saleh, Malay and Chinese. Seminggu ada 2 kali
kelas Tae-kwando also ada Meet-and-greet Session with Parents which is korang boleh
jumpa dengan Principle bincang pasal anak-anak and bagitau apa yang kita nak
untuk anak-anak.
The most important thing is, dorang only
serve healthy and organics foods untuk kids. No MSG, No Sugar allowed. Candy,
Snack is a big No-no. Semua Sekolah sediakan dari breakfast, lunch and tea
break. Botol air wajib bawak every day. Lepas tu sebelum hantar kids, kena
mandi wangi siap-siap ok? Dorang tak mandikan. Hahaha. Tapi baju kena la bawak
spare in-case la if jadi apapa. Diapers pulak kena bekalkan yang ‘pants’ je.
Yang zap-zap tak diterima. LOL
18
Lorong Awan 2, Kuala Ampang
68000 Ampang, Selangor, Malaysia
Tel: +60(3) 4265-0295, +60(12) 392 6237, +60(12)4 39 3122
68000 Ampang, Selangor, Malaysia
Tel: +60(3) 4265-0295, +60(12) 392 6237, +60(12)4 39 3122
-eNd-
Dah besar dah Shein. Hensem! I baca blog Sue dari sebelum Shein ada lagi. Hehe.
ReplyDeleteSue, anak kita sebaya.
ReplyDeletewah. I tumpang happy >,< memang seronok bila anak boleh one step further. anak I pun entah apa dia bebel, tapi dia cepat lupa la kalau ajar apa apa . today boleh sebut 1,2,3 pastu sok dia dah blur amenda tu -,- hahahah
ReplyDeletebest sekolah tu. tapi macam kureng mampu je T_T japg adik dia pun mesti mintak sekolah yang sama jugak. pengsan. hahahah. still survey tadika untuk my son. next june baru masuk 3 tahun. so maybe nak start hantar umur 4 tahun kot. :D