Pages

Tuesday, October 27, 2015

Assemoga Intan!

Assalamualaikum…

Harini 27 October 2015 ialah birthday Intan yang ke 25 (+6) hahahahah. Untuk Intan, semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya didunia dan diakhirat serta dipercepatkan jodoh. Korang kena aminkan doa I ni. Sebab kalau 44 orang yang amin, InsyaAllah doa Intan akan makbul. Mana tau kan? Takper Intan, jangan sedih. Bak kata Abang Isman Hijjaz, Ziana Zain kawen pon umur 34 tahun. So Intan ada banyak masa lagi ni. Nanti kawen-kawen jer zaaaappp terus mengandung kembar 3. Potong terus Dyba dengan Sarabanon. Hahahaha.

Birthday girl pagi-pagi dah bagi dalam group. ‘Intan nak makan pitzzzzaaaaaa’. Maka Izzah pon sentap. Bosan dah dia denga pitza so birthday girl dengan hati yang sedih offer nak belanja pitza dengan syarat tak lebih RM100.00, konsep dia memang sapa punya birthday dia kena belanja. Gitu. Hahaha. Tapi I ada jugak la contribute 30% sebab teroder melampau. Order dengan nafsu biasa la, semua menda nak. Semua menda sedap. Dah la harini ada Hari Puspanita dekat office ni, so kitorang pon turun tadi dekat dewan. Janji taknak beli, nak window shopping tapi sekian harap maklum. Segala Kicap, Wonder Cheese, Air Limau Kasturi siap Ayam Penyet dengan Keropok Lekor Cheese pon kitorang beli. Kah kah kah. (Kitorang tu sebenarnya I sorang jer kbye).

Anyway, harini kitorang order Domino’s Pizza. Kitorang ambik Cheese Burst Pizza Deal. So nanti akan dapat 2 large pizza. Crust boleh pilih yang ada extra cheese. Mesti ambik yang thin crust. If not rasa macam makan tepung je. Intan pilih Meat Mania and I pilih my all-time favorite, Spicy Bilis. Lepas tu ambik lagi Dynamic Duo dengan Cheesy Breadstick serta Banana Kaya Dessert yang kesudahannya I sorang je cakap sedap. Buta rasa dorang ni.


Meat Mania. Extra cheese. Semua orang suka yang ni. 



Spicy Sambal. Sedap tau ni? Kata Izzah tak sedap sebab ada Ikan Bilis. Eh, ko apa tau? Pizza Ikan Bilis la sedap. I boleh makan pizza ni sorang-sorang je. Tadek hal. Janji thin crust. Ada Ikan Bilis lawan dengan capsicum anda lada merah bapak la sedap. Tapi kena ingat, thin crust ok?


Dynamic Duo. I makan drummet tu dengan Kicap Pedas Enaq. Bapak la layan!


Cheesy Breadstick ni Dyba yang nak. I dah tak larat nak makan.



Inilah Banana Kaya Dessert. Sedap ni kalau makan time panas-panas. Seriously.


Ni la I makan drummet dengan Kicap Pedas Enaq.


Memang sedap giler la Kicap Pedas Enaq ni.

Makan dengan pisang goreng pon sedap. Ni kalau buat BBQ cicah kicap ni pon I rasa dah cukup dah. Tenkiu la kepada sesiapa yang cipta Kicap Pedas Enaq ni. Sebab beliau amatlah sedap. Kata kakak yang jual kicap ni tadi, Kicap Pedas Enaq ni premium packaging. Mahal sikit la pack macam ni. Ok la kak. Janji sedap, I ikut jer.


Intan sebelum makan siap buat tarian celebration lagi yang macam cheerleader tu. Sayang Dyba tak sempat nak record.


Ni je yang Dyba sempat record.  P I  Z Z A. Pizzzaaaaaa!! Hahaha. Intan memang dah boleh jadik mascot Pizza dah. Kata dia kalau makan pizza hari-hari pon takpe. Dia ok jer. Memang ponnnnn. Budak ni memang hantu pizza!


Time ni Intan sebok nak terkam dah. Dengar tak I cakap, ‘No, ambik gambar dulu’. I pon beria la amek handphone nak snap. Sekali salah henpon. Hahaha. Macam ni la kitorang kalau nak makan ok? Huru haraaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Semua serupa tak makan 2 hari.



Intan dah tak sempat-sempat nak pegang pizza. Makan separuh, lepas tu letak ambik drummet. Letak drummet, amek pulak pizza yang lain. Sian sangat tengok dia.


Si Sarabanon ni amek gambar gegar!



Birthday Girl dengan Pizza berpisah tiada.

Lepas dia kenyang makan, dia sendawa bapak la kuat. ‘Burrrrrp!’ I jeling dia lepas tu Intan jawab, ‘Ni kan birthday Intan??’ Tak lama lepas tu I pulak sendawa and Intan jeling. Lepas tu I jawab, ‘Kaksu kan Kakak?’. Lepas tu Dyba pulak melawan sendawa kuat and Dyba pon jawab, ‘Dyba kan mengandung?’ Masing-masing ada je alasan nak sendawa kuat-kuat. Hahahaha


Linchennnn semua kata ko!


Ko dah kenapa Sarabanon? Izzah also kelihatan kekenyangan to the max.

Sekian setel hal Intan dan pizza. Lepas ni kalau dia mintak nak makan pizza lagi semua orang buat pekak je. Jumaat ni kiter nak makan dekat Sushi Zanmai pulak. Nak paksa Si Izzah makan Japanese Food. Izzah kata dia tak boleh nak masuk makanan Jepun. Takper, dia datang Japanese Restaurant last time dengan wrong person. Kali ni datang dengan aaaaaabangggg InsyaAllah abang janji Izzah akan suka. Kepada Intan, Happy birthday once again sweetheart. Semoga semua impian akan jadi kenyataan. We love u Neelofa!

-eNd-

6 comments:

  1. Su...samaaa..kita pun teramat poling inlov dgn spicy sambal thin crust. sangat mencintai antara satu sama lain! ok tu je nk komen. *lai ailio*

    ReplyDelete
  2. hamboi sedapnya . heheh comel je tarian tu >,<

    ReplyDelete
  3. Nur Aishah: hi 5 ka! kite pon suka giler!

    Mommy Cici : memang sedap and mengundang ok dominos ni

    ReplyDelete
  4. tq kak su for the small party.. mentang2 intan kata order la apa apa pun.. dia order dessert la roti la.. nasib dia bg contribution 30rm utk party tu. tq guys.. love u

    ReplyDelete