Assalamualaikum
Hari Jumaat kitorang makan dekat Food Republic
Pavilion. Memasing nak makan Korean Food demi untuk nak amek mood Korean trip
Khamis ni. Gittewwww. Walaupon yang pergi I dengan Kaklong je, tapi konsep dia
semua pon kena amek mood sekali. Haha. Lagipon haritu tengok Si Sarah makan
sedap je. Tak boleh jadik. Kena makan jugak harini! Dengan Intan and Dyba
sekali terjebak makan Mee Magie Korea yang overrated tu. Si Intan memula nak
makan Yong Tau Foo, tapi tak jadik. Dia tu asal datang sini nak makan Yong Tau
Foo. Padahal dekat sini melambak lagi makanan lain. Sama la dengan Suraya tu,
asal datang je sini nak order Ayam Penyet. Macam tadek makanan lain. Eh? Haha.
Set ni datang dengan nasik, sup (miyeok guk) and kimchi.
Sup tu rasa lebih kurang miso soup tapi rasa tauhu dia lagi strong sebab dorang guna fermented tofu so ada rasa macam makan getah sekerap jugak (pernah makan ke?) Hahaha. Kimchi ada banyak jenis. Usually dorang guna white cabbage tapi yang kitorang makan ni nama dia KKakdugi. Guna radish/daikon and dia peram tak lama so rasa dia a bit tangy. Overall memang sedap. I suka giler!
Yang ni Sarah order. Nama dia Spicy Rice Noodle (Tteokbokki). Come with soup. Harga dia RM17.40 include tax. Rasa dia macam yong tau foo yang kuah hitam tu je tapi tak manis. Me also loike this one (Ko apa yang tak suka?) Kata Sarah, kalau dia buat sendiri dia lebihkan manis sikit. (Dia boleh buat sendiri la wei)
Yang ni Dyba and Sarah makan. Nama dia Shin Ramyun (Spicy Noodle Soup). Padahal Mee Segera je. Harga RM12.20 include tax
I suruh Intan order ni sebab boleh makan share dengan I. This one is so sedap. Nama dia Japchae (Glass Noodle + rice). RM14.00 include tax. Ada suhun + shitake + tumbuh-tumbuhan lain. Sedapppp!!!
Si Sarah Alien cakap harini dia kenyang. So dia makan sikit je. Sikit tu 2 dish. Kalau dia makan banyak boleh habes 3 dish. Makan banyak, badan tak naik-naik. Korang ada tak kawan yang macam ni? Menyirap je kan?
Sedaaaapnyaaaa tengok Dyba makan!
Intan bertabah guna chopstick sampai habes. I dapat half way je. Kalau lapar tak boleh makan guna chopstick sebab mengundang darah naik ke kepala.
Siap makan, kiter beli selipar sepit Shein dekat Motion World.
Lepas dapat makan rasa puas hati giler! Sebab
semuanya sedap. Intan je tak boleh terima yang spicy rice cake tu. Dia cakap
rasa dia macam pelik. I rasa sedap je.
Hehe. I dengan Sarah memang jenis adventurous kalau bab makan. If pergi Korea
ni dengan Sarah, sah-sah duhet habes untuk makan je. I suka giler try new
foods. Dekat Korea nanti banyak Halal Restaurant, so boleh la try a variety of
foods. I ingat kena buat food journal la kot? Blog ni pon penuh dengan gambar
makanan je. Hahahahaha.
Sam Sam
Food Republic
Lot 1.41.00, Level 1
Pavilion Kuala Lumpur
168 Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
-eNd-
sokong kalau kaksue buat food journal!!
ReplyDeletesebab ulasan mmg mengundang perasaan nak makan sekarang jugak apa yang kaksu ulas.
okbye