Assalamualaikum..
Kesinambungan
daripada komen-komen dalam IG bila Wana cakap ‘Jom la makan sempena birthday ko’ maka zaaaaapppppppppp terus I
bagi persetujuan. Sebab ajak makan kan? Mana nak boleh tolak. Hahahaha. I Nak
makan Dolly Dimsum! Si Wana pon bebel-bebel la cakap malas masuk KL la apa la.
Dia kata NU Central pon ada Dolly Dimsum. So? Nak suruh I pergi sana? Kirim
salam. Hahaha. Tapi sebab Wana sayang I lebih so dia datang ambik dekat office
lepas tu bawak makan Dimsum lepas tu belanja package eskrem siap sampai Apai,
Apis dengan Shanom dah berbulu je dekat I.
Kitorang
makan berdua je tapi bila share dalam WhatsApp Group Cookies (Yang I dengan
Sazli by invitation tu) tetiba jadik macam makan ramai-ramai. I dah keras-keras
perut ketawa sampai nanges-nanges sebab Apai, Apis, Shanom gila kuasa main
remove-remove orang dalam Group tu. Kata Si Apai, ‘Wana, Maksu amek package insurance apa yang ko belanja dia makan
dimsum. Aku pon nak amek package tu jugak la’. Bangang Apai, lepas
tuuuuuuuuuuuuu Si Apis bakar-bakar line cakap Shanom sama debab dengan Ema and
lepas tu Shanom remove Apis dari group. I baru je nak cakap kat Wana, ‘Aku nak remove Shanom la’ tetiba
zapppppp I dah kena remove oleh Shanom. Hahahahaha.
Bangang
Shanom. Dia tu padahal dengki I sebab makan Egg Custard Bun. Ada 1 time tu,
Noru letak semua sebagai Admin so semua orang boleh remove ahli. Bebudak ni
memang kurang kerja. Lepas 5 minute si Shanom add I balik sebab lepas tu dia
cakap ‘Jadikan pengajaran ye Maksu?’ Hahahaa.
Wajaq Shanom. Tapi naseb dia tak lama sebab Apai main kasar, dia meses Sazli
suruh Saz buat dia jadik Admin lantas dia pulak remove Shanom. Ema skali.
Walaupon Ema tadek salah apapa. Hahaha. Ema memang selalu kena buli la. Dia
kekadang menyampuk sikit je terus kena remove. Bangang la memasing
Apai
dan collaborate dengan Apis and dorang remove semua perempuan. Termasuk la
Hajar yang tak salah apapa. Skali la dengan Marsya. Marsya diam tak menyampuk
pon kena remove, lepas tu lupa nak invite balik pulak tu. Hahahhaha. Kata
Yashie, ‘Korang ni semua memang takde
kerja ke semua? SEMUA. Memang takyah kerja ke? Termasuk la Shanom. Muka je lawa
tapi kesian cacat otak. Sesia jadik lawa. HAHAHAHAHAHAHA’ I memang krem
perut haritu melayan bebudak ni dalam Whatsapp. Si Pau ada menyampuk cakap
macam ni, ‘Apai, aku peratikan ajer
perangai ko ni’, tak sampai 2 menet Pau pon kena remove.
Korang
bangang. Tu je Maksu nak cakap. Dah jom sambung cerita pasal Dimsum. Kepada
Shanom, mintak maaf Maksu still have to do this. Sila la menanges lepas tengok
gambar ni. Kbye
I share gambar ni dalam IG lepas tu
tag Shanom. Shanom komen, ‘ba alip….’ Hahahaha.
Shanom nak menyumpah guna cara paling halus. Ba alip ba ya! Hahahahaha.
Si Wana suka giler Egg Custard Bun ni.
Kite amek 2 bekas ada 6 kan? Dia makan empat. Dah masuk mulut baru tanya, ‘Nayang aku makan ye?’ Hahahahahaha.
Korang kena try ni sebab sedap. Harga beliau ialah RM7.50 untuk 3 ketul.
Yang ni pulak Steam Beef Ball. RM8.00
kalau tak silap harga dia. Pon sedap
sebab dia rasa macam ada daun limau purut.
Must order setiap kali datang. Siew
Mai. RM9.50 untuk 3 ketul. Wana makan 2. Kuat makan budak ni. (Yang Wana makan
2 sebut, yang I makan 2 senyap. Haha)
Steamed Chicken Wings. Ni baru first
time order. Pooon sedap! Ko apa yang tak sedap kan? Hahahaha. Si Wana makan
terpelanting la ayam ni dekat meja. Kata dia sebab ayam tu hidup lagi.
Yang ni pulak ialah Prawn Chong Fun.
Harga dia RM11.80. I suka sambal dia sebab rasa udang kering.
Wana order air pomegranate and I order
air mango. Tapi this time kurang kick, maybe buah tak ripe lagi.
Sampai-sampai je terus order. Wana
kasik I kuasa 100% untuk I pilih nak makan apa. Dia ikut ajer. Kitorang terror
la this time sebab takde pembaziran. I agak sebab tak makan nasik and mee kot?
Tapi puas!
Thank you Nayang belanja makan. Tak
sesia amek insurance dengan Wana. Kebajikan I dia memang jaga. Kebajikan perut
la. Hahahahaha.
Ha tengok, nak keluar duit pon happy. Dah
la purse pink. I pon pelik Wana now suka pink, purple semua. Perempuan sangat.
Sebab Wana ni dia sebenarnya Daud. Dia lelaki yang terperangkap dalam badan
pempuan. Sebab tu kaler pink tak boleh match dengan Wana. Haha.
Kata
Wana, nanti bagitau dalam blog, sapa yang kerja Airlines sila ngorat dia sebab
dia kata dia memang nak carik suami kerja Airlines jer. Nak dapat tiket murah
so senang la nak jalan-jalan. Hahahaha. Si Wana tahun ni ajer dah 2 kali pergi
Jepun. Bulan 4 and bulan 10. I tanya dia kenapa sampai 2 kali pergi, dia jawab ‘Sapa suruh tiket murah?’ Boleh???
Hahahahahaha. Anyway thank you Nayang belanja makan. Kepada Apai, Apis and Shanom.
Jangan jeles. Lain kali ambik insurance RM400 sebulan baru la Wana belanja
macam ni. Ni amek RM150.00 sebulan lagi banyak bunyik. Hahahaha
Hi Shanom yang cantik! Malam ni ajak Ajan makan Dolly Dimsum ok? Jangan sedih-sedih. Lagipon Shanom kan 1st runner up Badminton? Terrorrrrr tu. Unbelievable!
Dolly
Dim Sum
G-9
& G-9A Ground Floor, Avenue K,
156,
Jalan Ampang,
50450
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone:
03-2181 3830
Hours:
11:00 am – 10:00 pm
-End-
alahai sedapnya kak su.. my feveret dimsum ni.. selalu p yg kat sime darby convec tu....tak tau lak ada dolly dimsum ni
ReplyDeleteawatlah menggoda sangat semuanya!!!
ReplyDeletesedapnya...lagi sedap orang belanja kan?
ReplyDeletebest moment ever tu...
:p
Baaa aliiippp (tone batu belah) hahaha..cuba tanya wana insurance sape paling mahal!!! ni nk marah ni. ktorg 1k++ kot! baaa alippppp....hahahah
ReplyDelete