Assalamualaikum..
Pagi-pagi kiter layan gambar makanan la eh? Korang
pon baru lepas sarap, so takyah nak menyentan sangat la nak marah I. Haha. I pon
malam tadi boleh tahan meroyan masa tengok Majalah 3. Memula dia cerita pasal
kupang, ok lagi la. Gua masih boleh bertahan. TETIBA dah cerita pasal Salted
Egg Crab memang carik pasal la. Ko dah kenapa???? Sian I telan ailio je tengok
tv. Lepas tu pulak si @liyanaaqilah_ asyik la komen dekat gambar masa I pergi
Nami Island sebab nak tanya mana nak makan Nasi Goncang. Lagilah tambah
menyirap. Dia ada dekat Korea sekarang ni. Terus rasa macam Ya Allah tinginnya
nak makan Nasi Goncang tu. Dah tu acane ni? Nak kena pergi balik Korea ke macam
mana?
Salted
Egg Crab, makan dengan nasik alone. Or cicah roti mantau. You can kill yourself
now.
Nasi
Goncang Nami Island. Seeeedaaaapnyaaaaa. Tolonglah sesapa bukak kedai macam ni
dekat Malaysia please.
Nasik
tu dia campur dengan kimchi, tuna and telur. Lepas tu dia masak dalam bekas
besi macam ni. Nanti dorang akan provide sarung tangan getah ni. Bila nak
makan, kena la goncang bekas ni dengan bersungguh-sungguh baru everything
bercampur dengan baik.
I kidnap gambar ni dari blog Bit By Bit. I ada
ambik gambar masa dekat restaurant ni tapi merajin pulak nak korek dalam henpon.
Hehe. Kat situ ada dia Tunjuk lokasi Nasi Goncang ni. Senang je nak carik, dia
sebelah dengan surau dekat end lot. Sedapnyaaaa la nasik goncang (Dosirak) ni
tolonglah. Lagi-lagi bila kimchi tu dia macam hangit-hangit. Makan dengan sudu
panjang Korea tu sambil air mata berjujuran. Lepas tu jangan lupa order Kimchi
Pajeon (Lempeng Kimchi) cicah dengan kuah kicap manis masam tu dengan suhu
sejuk memang wa cakap lu. Jangan panggil gua Farouk si Gagak Hitaam kalau semua
ni lu cakap tak sedap. (Tetiba)
Ni
lagi satu. Tauhu Sumbat Anora. Memang menyirap.
Tengah hari ni dia datang Delivery dekat office
kitorang. Korang kalau nak order jugak sila follow IG Tauhu Anora. Dia akan
update dalam IG bila nak buat delivery etc. Untuk harini taktau la ada lagi ke
tak. Kalau dah close order, padan muka korang semua. Hahaha. Delivery kalo,
kena minimum order 20 pcs and delivery charge kena RM10.00 kalau area Kuala Lumpur.
Kalau nak makan sikit-sikit, korang pergi je ambik dekat Wangsa Maju. Kat situ
nak beli seketul pon boleh.
Yong
Tau Foo Soup Food Republic Pavilion. Yang ni I punya.
Sarah
makan jenis dry. Setel semua ni masuk perut dia.
Sebenarnya Yong tau Foo ni Si Intan punya favorite,
kitorang la terpengaruh. I suka makan soup, tapi mintak kuah manis buat
cicah-cicah. Sarah suka jenis dry sebab kata dia kalau makan dengan soup cepat
kenyang. Memang pon kenyang. I makan ni sahaja tahan sampai malam. Kenyang nak
mampos sebab tauhu ni dah kembang dalam perut I. Ni teori GF I. Kata dia I
kenyang sampai malam sebab tauhu ni kembang dalam perut. Hahahaha. Sarah ambik
Chee Chong Fun je 2 helai. DIa kena RM17.00, I kena RM13.40 burrrrp Alhamdulillah.
-eNd-
2 comments:
Oh tauhu anora, besttttttt nanti saya nak try.. owh kalau sekeluarga dtg cuti kat kk sabah, bgtau, nanti saya bawa dan belanja makan seafood kat sini,...tu jer, tiket dan hotel bayaq sendiri kuang kuang kuang, tp serius ni kalau dtg habaq..saya belanja kerana saya suka baca blog akaq,,wah
curious traveller : kaksu pernah datang kk 3 kali dah. sekali tu pergi kundasang. lepas ni kalau pergi lagi akak carik awak.
Post a Comment