Tuesday, November 17, 2015

Its all about FOODS

Assalamualaikum..


Pagi-pagi kiter layan gambar makanan la eh? Korang pon baru lepas sarap, so takyah nak menyentan sangat la nak marah I. Haha. I pon malam tadi boleh tahan meroyan masa tengok Majalah 3. Memula dia cerita pasal kupang, ok lagi la. Gua masih boleh bertahan. TETIBA dah cerita pasal Salted Egg Crab memang carik pasal la. Ko dah kenapa???? Sian I telan ailio je tengok tv. Lepas tu pulak si @liyanaaqilah_ asyik la komen dekat gambar masa I pergi Nami Island sebab nak tanya mana nak makan Nasi Goncang. Lagilah tambah menyirap. Dia ada dekat Korea sekarang ni. Terus rasa macam Ya Allah tinginnya nak makan Nasi Goncang tu. Dah tu acane ni? Nak kena pergi balik Korea ke macam mana?


Salted Egg Crab, makan dengan nasik alone. Or cicah roti mantau. You can kill yourself now.


Nasi Goncang Nami Island. Seeeedaaaapnyaaaaa. Tolonglah sesapa bukak kedai macam ni dekat Malaysia please.



Nasik tu dia campur dengan kimchi, tuna and telur. Lepas tu dia masak dalam bekas besi macam ni. Nanti dorang akan provide sarung tangan getah ni. Bila nak makan, kena la goncang bekas ni dengan bersungguh-sungguh baru everything bercampur dengan baik.

I kidnap gambar ni dari blog Bit By Bit. I ada ambik gambar masa dekat restaurant ni tapi merajin pulak nak korek dalam henpon. Hehe. Kat situ ada dia Tunjuk lokasi Nasi Goncang ni. Senang je nak carik, dia sebelah dengan surau dekat end lot. Sedapnyaaaa la nasik goncang (Dosirak) ni tolonglah. Lagi-lagi bila kimchi tu dia macam hangit-hangit. Makan dengan sudu panjang Korea tu sambil air mata berjujuran. Lepas tu jangan lupa order Kimchi Pajeon (Lempeng Kimchi) cicah dengan kuah kicap manis masam tu dengan suhu sejuk memang wa cakap lu. Jangan panggil gua Farouk si Gagak Hitaam kalau semua ni lu cakap tak sedap. (Tetiba)


Ni lagi satu. Tauhu Sumbat Anora. Memang menyirap.

Tengah hari ni dia datang Delivery dekat office kitorang. Korang kalau nak order jugak sila follow IG Tauhu Anora. Dia akan update dalam IG bila nak buat delivery etc. Untuk harini taktau la ada lagi ke tak. Kalau dah close order, padan muka korang semua. Hahaha. Delivery kalo, kena minimum order 20 pcs and delivery charge kena RM10.00 kalau area Kuala Lumpur. Kalau nak makan sikit-sikit, korang pergi je ambik dekat Wangsa Maju. Kat situ nak beli seketul pon boleh.


Yong Tau Foo Soup Food Republic Pavilion. Yang ni I punya.



Sarah makan jenis dry. Setel semua ni masuk perut dia.

Sebenarnya Yong tau Foo ni Si Intan punya favorite, kitorang la terpengaruh. I suka makan soup, tapi mintak kuah manis buat cicah-cicah. Sarah suka jenis dry sebab kata dia kalau makan dengan soup cepat kenyang. Memang pon kenyang. I makan ni sahaja tahan sampai malam. Kenyang nak mampos sebab tauhu ni dah kembang dalam perut I. Ni teori GF I. Kata dia I kenyang sampai malam sebab tauhu ni kembang dalam perut. Hahahaha. Sarah ambik Chee Chong Fun je 2 helai. DIa kena RM17.00, I kena RM13.40 burrrrp Alhamdulillah.

-eNd-

2 comments:

curiostraveller said...

Oh tauhu anora, besttttttt nanti saya nak try.. owh kalau sekeluarga dtg cuti kat kk sabah, bgtau, nanti saya bawa dan belanja makan seafood kat sini,...tu jer, tiket dan hotel bayaq sendiri kuang kuang kuang, tp serius ni kalau dtg habaq..saya belanja kerana saya suka baca blog akaq,,wah

Chooyaya! said...

curious traveller : kaksu pernah datang kk 3 kali dah. sekali tu pergi kundasang. lepas ni kalau pergi lagi akak carik awak.