Pages

Friday, November 13, 2015

Lunch at Delicious (Sunway Pyramid) with Samantha

Assalamualaikum..

Woi korang kang tengahari nak makan apa? Kalau taktau nak makan apa so I suggest korang makan dekat Delicious la eh? Tapi untuk orang yang duduk area Sunway, Bangsar or Damansara je la. Untuk orang KL korang makan kaki je la sebab Delicious now sangat baik hati dah takde dekat KL. Dekat Dua Residence and Marc Residence both dah forever close. Bila nak ada, 2 2 tempat bukak dekat-dekat jarak sekentut kera. Bila nak tutup, dedua pulak tutup. Benganggg je taw? Dah la I sangat mencintai Delicious. Haritu kebetulan ada event dekat Sunway Pyramid and Sam ajak makan together maka zaaaaappp terus I cakap nak makan dekat Delicious!

Dalam kepala nak makan Spaghetti Carbonara tapi tetiba ter order Nasi Kerabu. Biasalah Suraya mana boleh nak decide what to eat. Sam order Spaghetti Carbonara. I tengok now Spaghetti Carbonara dia macam makin sedap je. Dah improvise siap ada macam poached egg salut dengan bread crumbs ke menda entah, menyiraaaaap je. Hahaha. Nak mintak rasa sikit segan. Kata Sam, kalau dia makan macam ni kena lari 2 jam baru hilang semua fat. Dia cakap dia gemuk. Padahal perut flat ok? Perut pon takde sampai I taktau mana Sam simpan makanan dia. Hahahaha. Kalau dah macam dia gemuk, macam I ni apa? Obese? T____T


Spaghetti Carbonara for Sam. Sedap kan nampak? Kuah banjir dengan wild mushroom and beef strip. Huwaaaaa sedapnyaaaaaaa. Menyesal tak makan haritu. Yang ni harga dia RM26.52 sahaja. Puas hati Sam makan.



I order Nasi Kerabu. Harga dia RM25.94 siap ada ayam percik, ulam yang fresh, keropok and telur masin. Pun seeeeedap. Licin I makan. Hahahaha.


I ajak Sam order dessert. Dia kata ok. Tapi dia makan 2 sudu je. The rest I setelkan. Pastu komplen gemok gemok. Pang nak? Yang ni Chocolicious tapi nama dia dah tukar la wei sekarang. Dah jadik Sundae Strawberry Chocolate Merengue. Harga dia RM15.57


Samantha ni I punya Manager untuk Nuffnang. Dia la menguruskan career I di Nuffnang. Gittewwww. Menguruskan career macam la artis. Hahaha. Kasik chance please?


Sam ni muda lagi, 10 years younger than ni. Dia seorang perenang. Sam boleh ajar bebudak kecik berenang. Pakkal la dia duduk Klang, kalau tak I paksa dia bagi private class untuk Shein. Tengok la Si Sam ni, comel sangat. Kulit flawless sampai rasa nak kunyah!

Thank you Sam sebab always jawab soalan-soalan bodoh Kaksu pasal event and advertorial. Kekadang I gelabah lebih. Sam relax je. Dia pon dah tau I jenis gelabah so dia layankan ajer. Haha. Dulu masa I buat Pay Per Post dengan Nuffnang, ada satu masa Nuffnang dah taknak panggil I sebab always tak boleh nak buat and commit, tapi naseb baik Sam invite I jugak. Kalau tak, mungkin tak panjang jodoh dengan Nuffnang. Thank you very much Sam sebab selalu ingat Kaksu. Don’t leave me ok? Kalau tak I no fwen you.

Delicious (Sunway Pyramid)
LG2.55 & LG2.55A, Lower Ground Two,
Sunway Pyramid Shopping Mall,
No. 3, Jalan PJS11/15, Bandar Sunway,
46150, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

-eNd-

3 comments:

  1. sue delicious sekarang dah lain la...dulu nya food lagi sedap

    ReplyDelete
  2. kak su, xsilap ada lg delicious kat KL.
    aritu tdo kt E&O residences then ada delicious lagi...
    hehehehhee :)

    ReplyDelete
  3. Mimy Hamid : eh? naseb aku dah jarang pergi

    schazaza : E&O residences eh? ok kena check ni

    ReplyDelete