Assalamualaikum…
Kata Sazli sekarang ni dia nak makan sayur je
dengan protein sikit for dinner sebab dia tak boleh exercise untuk sebulan ni, kaki
dia terseliuh. Sebab tak boleh exercise jadinya kena la makan healthy sikit
(kononnyaaaa la). Maka pada Khamis lepas, I dah start beli tumbuh-tumbuhan
sayur-sayuran dengan dada ayam and pelbagai jenis tauhu untuk dinner Sazli.
Nanti boleh la buat sup sayur or sayur goreng ke apa. Tadek la beria eat clean sangat
pun. Kalau eat clean makan kukus or rebus je. Garam and perisa tak boleh beria.
Kiranya ni acah-acah sihat la. Padaaaahal. Hahahaha. Janji makan sayur, lepas
tu tak ambik carbs. Konsep dia if tak amek carb kira ok laaaa. Sazli takde la
sampai level eat clean yang beria tapi I nampak la effort dia tak makan beria
macam dulu. Tak macam bini dia yang tak insaf-insaf tu. Pantang hulur, aku
ambiiiik. Haha.
So semalam, I buatkan Sazli Bakchoy Masak Sos Tiram
dengan Dada Ayam. Resepi I reka sendiri dengan apa bahan yang ada dalam peti
ais. Cilipadi takde, apa ada hal. Kita upgrade skek guna capsicum. Tepung
jagung tadek, kiter guna tepung gandum. Sedap jugak pon. Sazli asyik cakap
sedap je. Habes licin dua pokok dia makan. Siap makan, dia peluk I cakap terima
kasih banyak-banyak kali (^_^) Lepas tu dalam kereta masa otw nak pergi rumah
Kaklong, dia cakap asyik terbayang je yang I masak tadi. Sazli memang macam tu
la. Kalau I masak apapa mana pernah tak sedap. Sedap je always. Dia memang
jenis appreciate. So petang ni kena la lagi beli sayur, malam karang boleh buat
resepi lain pulak. I ingat nak buat baby kalian + oyster mushroom + tauhu
lembut.
Bakchoy Masak Sos Tiram Dengan Dada Ayam version Chooyaya
Bahan-bahan
- Bakchoy 2 pokok – direbus dengan 1 sudu minyak and di toskan
- Capsicum suku – dipotong bentuk bintang. Haha.
- Dada ayam dipotong dadu
- Bawang putih diketuk – 3 ulas
- 3 sudu sos tiram
- 1 sudu lada hitam ditumbuk
- 1 sudu tepung gandum dibancuh dengan suku cawan air
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara
Membuatnya
- Mula-mula panaskan minyak
- Tumis la bawang putih yang diketuk sampai la kuning
- Masukkan capsicum dan ayam. Masak sampai air ayam kering
- Lepas tu masukkan lada hitam, sos tiram
- Masukkan pulak air tepung gandum.
- Masak sampai pekat
- Curahkan sos atas sayur. Siapppp!!
Senang je kan? Actually version asal bawang putih
tu kena tumbuk dengan cili padi. Lepas tu nak pekatkan kuah pakai tepung
jagung. Ingat tak last time I guna tepung custard? Hahahaha. Kali ni guna
tepung gandum pon ok je. Seriously sedap jugak pon. Kekadang nak masaknya guna
sesudu, nak beli sampai sepeket buat apa? Guna je la apa yang ada. Tak gitu?
Bukan nak masuk Masterchef pon. Hehe. Kalau korang nak, boleh cuba resepi ni.
InsyaAllah selamat. Haha.
-eNd-
sedapnyer...
ReplyDeleteheeeeeeeee nak uweeeet
ReplyDelete