Assalamualaikum
Semalam dalam entry sini ramai yang bagitau I nama kuih sagu yang I makan dekat Kedai Kelantan tu is
Sagupal atau ase gupal atau asam gumpal kebenda entah. Macam tu la lebih kurang
nama dia. Its kuih sagu bulat-bulat makan dengan kuah santan kaler putih manis
and rasa smoky probably dia masak guna traditional method (guna kayu api) so
that’s why rasa dia macam smoky-smoky gittewwww. Tapi seriously kuih tu sedap.
Ada yang komen cakap if sagu tu kosong, dia ialah original resepi Orang
Kelantan sebab yang dari negeri lain, dia ada letak gula dalam dia.
Masa
yang kitorang beli tu, Intan tanya tukang jual, ‘Mana gula Melaka dia?’ Kata Kakak tu kuah ni dah manis. Takyah
letak gula dah. Orang Kelantan memang suka masak manis kan? Kekadang kuah gulai
also rasa manis. Laksa Penang pon manis. I suka la letak gula dalam masakan
tapi tak la suka sampai kuah savory jadik macam dessert. Sebelum balik, kakak
tu cakap pada I, ‘Esok maghi lagi deh?’
Lepas tu sambil jalan I jawab, ‘Taknakkkkkkkkkkkkkkkk
nanti gemooookkkkk’. Hahahaha. Kakak tu dah gelak-gelak.
Anyway,
kredit to Liza Intai Dapur. I dapat gambar Sagupal ni dari blog dia. Also dia
letak resepi nak buat kuih ni macam
mana. Ingat nak suruh Kaklong buat la sebab sangat la SEDAP. Tengok bahan-bahan
macam senang je. I copy paste dari Liza Intan Dapur.
Kuih Sagupal. Kredit to Liza @ Intai Dapur
Bahan-Bahan
- 2 cawan sagu putih - bersihkan dan toskan
- 4 mangkuk santan
- Sehelai daun pandan
- Sedikit halba
- Sehiris nipis halia
- Gula pasir secukupnya
- Secubit garam
- Masukkan sagu ke dalam bekas besar dan tuang air panas mendidih sedikit-sedikit.
- Buat hingga sagu boleh dikepal dan ketepikan.
- Masak santan bersama daun pandan, halia, halba, garam dan gula hingga mendidih.
- Masukkan sagu yg telah dikepal tadi dan masak hingga sagu betul-betul masak.
- Sejukkan dan sedia dihidangkan
Senang Mak Enon! Buat sambil goyang tetep pon
boleh. Hahaha. I ok je kalau nak buat tapi I sorang je la makan sebab Sazli
bukan suka makan manis-manis ni. Dia kurang giler dessert. Dulu nak jugak makan
kek-kek Huda but now bila dah mengamalkan gaya hidup sihat ni memang dessert is
a big no no la. P o y o. Hahahahahah (Padahal
dengki). So pada iEFIL yang manje mengada tanya macam mana rupa kuih ni, sila
buat terus esok. Padahal boleh je Google kan? Pang nak? Haha
-eNd-
Kak longgggg nak jadi adik angkattttttttt hahaha.. Maceh kak su
ReplyDelete!EFIL : mengadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian resepi yang amat senang dan menarik ini. Saya sudah mencuba menu ini hasil resepi puan ini, namun mungkin kesilapan saya sendiri iaitu kerap mengacau mengakibatkan sagu tersebut lerai. Akan diperbaiki pada masa hadapan.
ReplyDeleteBetul tu kak. Lepas masuk sagu kacau bahagian kuah santan tu je. Jangan bagi kene sagu
DeleteBetul tu kak. Lepas masuk sagu kacau bahagian kuah santan tu je. Jangan bagi kene sagu
DeleteTq..nak cubalah 😁
ReplyDelete