Pages

Wednesday, December 9, 2015

Casa Residency Weekend Gateway - Part I

Assalamualaikum..

Hari Jumaat sampai Ahad, I bawak Mak and family I check in dekat Casa Residency Bukit Bintang untuk spend our weekend together. Saja je nak rehat-rehat dengan dorang sempena dengan Mak sihat dari Denggi. Kitorang duduk sini kira macam duduk rumah jugak la sebab I ambik yang 2 bilik (Kakyang, Aiman and Kaseh tido dekat hall. Sian hahahah). Casa Residency ni is a Service Apartment yang complete dengan swimming pool, gym and sauna. Cantik giler tempat ni ala-ala resort and ada 24 hours security so memang rasa selamat. Nak naik rumah kena ada access card and access card ni kena guna sampai la ke dalam lift. Sama jugak style macam dekat hotel except takde room service la. Nak change towel ke apa boleh, cuma bagitau je la dekat host. Nak masak, basic cooking equipment ada disediakan. Cuma rajin dengan malas je la. Haha.

I book guna airbnb macam biasa. Korang kalau nak book mana-mana tempat diseluruh dunia especially untuk apartment, service apartment and condo or any breakfast and bed style, guna je airbnb memang lebih murah dari agoda, booking.com and trivago. With term and condition apply. Senang je konsep airbnb ni, jangan rosakkan apapa and jangan ambik apapa. So takde la kena bayar extra charge. Kekadang ada some apartment yang kena letak deposit untuk guarantee kepada host if ada any damage or lost. Nanti sebelum balik, dia akan pulangkan deposit tu semula if semua ok. Yang lain, smooth sangat especially bila dapat host yang baik-baik and senang nak deal. Dorang punya service is 24 hours, let say by 3.00am kita suruh datang sebab tv rosak ke apa, they will come.

Kitorang sampai Jumaat Malam sebab I nak setel semua kerja dekat rumah dulu. Maklumlah masalah mild ocd macam ni la. Selagi rumah tak wangi, jangan harap I nak keluar. Hehe. Malam tu Shein main dengan Kaseh sampai pukul 2.00am. Seronok betul dia. Yerla takde sapa bising suruh tido. Cenggitu la. Activity start Sabtu pagi tu. Pagi Kaklong buat Pajeon (Korean Pancake) and De buat sandwich masin. Peongggg kepala makan and sewel sekejap. Kata De, dia letak 3 scoop garam. Dia lupa yang scoop tu dalam. Dia ingat macam sudu kecik biasa. Hahahaha. Dalam pukul 10.00am kitorang semuaaaa turun mandi kolam. Mak, De, Kaklong and Kakyang tak mandi. Dorang lepak by the pool je. Nyampah.



Ni Pool bebudak. Shein mandi dekat sini sekejap je. Apa barang tak boleh nak floating eh Shein? Kata dah bujang.




Ada pulak mini playground, suka la Si Shein. Tapi dia suka pool more.




Kolam adult besar. Dalam dalam 4 - 5 kaki tak silap I. If berdiri tak tenggelam, so selamat la untuk yang tak pandai berenang macam I.



Pool dia luas and well maintain. Sentiasa ada yang lap lantai basah and kat sini kena mandi pakai swimming suit. T-shirt and seluar track tak boleh pakai nanti Guard halau suruh naik. Kedekut! Haha.


Kemain 3 orang ni berehat tepi kolam. Kaklong sempat tido ok? Mak and De berangan and layan selfie.


Si Kaseh sekejap je I ajar dia floating dah dapat. I terapung boleh la. Berenang 3 kali kuak lepas tu tenggelam blup blup blup.



Hi Kaseh, kedai kopi terbukak.



Si Shein kemain suka. Dia duduk dalam kolam whole day pon ok. Cuma bila dia nampak jari dia kecut, dia sebik-sebik la mulut. Haha. Tau takot.


Shein naik atas ni, lepas tu selamba je terjun. Buat macam Kakak Kaseh and Abang Aiman. Dia mana tau takot. Asal cakap, 'Jommmm naik', nanti mula la dia nanges. Tak boleh terima kenyataan kena naik atas.



Nampak tangan Abah je. Sazli rajin la melayan Shein. Main kejar-kejar dalam pool. Main terjun-terjun. Shein suka la mandi dengan Abah dia. Kalau dengan Mama, Shein kena la berdikari sebab Mama sebok nak belajar berenang jugak. Sama naik dengan Shein.

Shein guna pelampung dekat tangan tu, dia pandai la bergerak. I nampak kaki dia gedik-gedik je dalam air. Naik je atas, pegang be-bird lepas tu kencing dalam seluar. Hahahah. I tak pakaikan pampers pon. Sebab pampers pool mahal. Hahaha. Boleh? Naik atas dalam pukul 11.30am sebab nak masak untuk lunch pulak. Shein lepas mandi kolam makan nasik tambah 3 kali. Portion dia makan sekarang menyamai portion I makan. Memang banyak. I pon masak dengan tak mandi and air kering atas badan lepas tu pakai towel. Kata nak rehat-rehat kan? So boleh la mandi lambat. Petang tu kitorang siap buat karipap ok? Dengan takde serbuk kari, tapi still jadik inti karipap Kaklong. Tu nanti I cerita dalam next entry. Stay Tuned!






Photo from Google


Casa Residency Condominium
67, Jalan Galloway, Bukit Bintang, 
50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 
Malaysia

-eNd-

No comments:

Post a Comment