Assalamualaikum..
Malam tadi I buatkan Sazli Grilled Salmon. Kesian
dia asyik makan tumbuh-tumbuhan je (walaupon dia tak pernah komplen apa pon
kalau I masak) so I pon Google la makanan-makanan sihat yang boleh dimakan
waktu malam selain dari sayur. Sebab I nak la Sazli ambik protein jugak, cuma kena
elakkan carbs la. Kekonon eat clean la, tapi tak la 100% clean sebab kalau
betul-betul healthy and eat clean memang takde der nak letak garam/perisa
langsung. Yang ni I alter ikut-suka-hati I menggunakan resepi I sendiri sebab
kalau ikut resepi dalam internet nanti itu kena beli, ini kena beli. Malas aku.
So here we go my own recipe. Grilled Salmon with Mushroom Sauce. Gittew.
Eh sebelum ni I nak share sikit pasal Salmon. How
to cook your salmon dengan cara yang betul. Memula, korang cuci Salmon and lap
sampai kering and takde any liquid dekat both side. Lepas tu letak garam and
crush black pepper. Itu sahaja. Jangan letak yang lain-lain sebab it will kill
the original tasted of Salmon. Dulu beria la I letak teriyaki sauce and Kid
cakap salah cara tu so since that I tau la. If korang ada masa, biarkan dalam
peti ais selama 2-3 jam lepas letak garam and lada hitam lagi bagus. Kalau tadek masa, tadek hal. Boleh masak
terus. Tak kena tolak markah pon. Hehe.
Panaskan pan, and letak olive oil. Semalam I letak
1 sudu olive oil dengan 1 sudu garlic butter. Saja mengada. Kata Sazli lebih
sedap. Dia tu apa je I masak yang tak sedap kan? Hahaha. Kuali dah panas,
korang letak salmon yang bahagian isi dulu dalam 6-8 minit. Jangan
balik-balikkan. Dah masak sebelah, baru masak bahagian yang ada skin also 6-8
minit. Just nice sebab nanti kulit also akan rangup. Lepas tu angkat and dah
siap. Nak tau Salmon cook perfectly macam mana, if korang ambik garpu and cucuk
dekat salmon tu, nanti dia berderai-derai macam flake. So yang macam tu bagus.
Jangan over cooked nanti isi dia jadik dry and keras. Tak sedap.
Bahan-Bahan
- Salmon
- Garam and crush black pepper
- 1 sudu olive oil
- 1 sudu garlic butter
- 8 biji baby carrots
- Broccoli
- Lemon
- 1 sudu garlic butter
- 1 sudu instant mushroom soup
- Suku cawan air
- Crush black pepper
- Panaskan 1 sudu olive oil dengan 1 sudu garlic butter dalam kuali
- Grill Salmon yang dah diperap dengan garam and lada hitam 6-8 minutes both side. Letak atas pinggan
- Rebus baby carrots and broccoli sampai lembut. Angkat and toskan
- Masukkan kedalam kuali yang sama masa masak salmon tadi dalam 2 minutes
- Letak atas pinggan
- Lepas tu dalam kuali yang sama, letak lagi sesudu garlic butter
- Bancuh 1 sudu instant mushroom soup dengan suku cawan air
- Masak dalam kuali and letak black pepper
- Curah atas Salmon. Siap!
Kurang dari 30 minutes dah siap. Seriously kekadang
masak western ni lebih la cepat and tak renyah berbanding masakan melayu. Sebab
tu I suka. Biasa la, pemalas memang macam ni. Semua nak mudah je. Dapur pon tak
sepah. Lepas siap masak, terus bagi Sazli makan panas-panas. I tengok je Sazli
makan. Bila dia makan selera and cakap sedap I rasa happy. Hilang penat basuh
kain, lipat kain, kemas umah, masak semua. Kalau dia bagi duit lepas tu
laaaaaaaaaaaaaaagi la hilang penat. Hahahaha. So, korang cuba la buat ni.
Senang je. Modal pon tak banyak. Tak sampai RM20.00 pon. Lepas tu boleh la
hidang lawo-lawo dalam pinggan. Baru la Masterchef. Kan?
-eNd-
baby carrot ke tu?? igtkan hotdog ^.^
ReplyDeletenampk sedapjeeeee salmon tu