Pages

Monday, December 14, 2015

Happy 3rd Birthday Sheindong!

Assalamualaikum…

Happy 3rd birthday to Mohamad Shein Iskandar bin Mohamad Sazli (12/12/2012 – 12/12/2015). Semoga Allah sihatkan tubuh badan Shein, murahkan rezeki Shein, (Mama and Abah sekali) dan diberikan kebahagian di dunia dan akhirat. Jadi anak yang baik pada Mama and Abah, membesar jadik insan yang baik budi pekerti dan berakhlak mulia. Sayang pada semua yang sayang Shein.. InsyaAllah… Mama and Abah sayang Shein terlalu banyak, beyond any words can describe. Mak Tok, Baba, Atok pun semuaaaa sayang Shein. Avangers, Tobot and Team Robocar Poli also love you. Hahaha.

Untuk birthday Shein tahun ni, Abah bawak kiter semua celebrate dekat Avilion PD. Sazli suka dekat sini sebab redup. Pokok banyak, kolam besar, ada mini zoo and luas kawasan dia. Last kitorang pergi tahun 2011 tak silap I dengan Aliah and Atiq. Semenjak tu Sazli cakap nanti kite kena datang sini lagi sebab dia suka. Each time nak pergi yang last minute punya plan mesti fully book, so this time kitorang book awal sebulan. Padan muka dah tak boleh fully book lagi ko Avilion. Nenenene. Kitorang stay sini 3 hari 2 malam. Puas hati Shein mandi kolam and kejar burung merak.

Masa Jumaat malam, Sazli dah tak tahan nak bagi Shein hadiah so sebelum kitorang dinner, Sazli dah bagi pada Shein. Bukan dengan Shein je dia rahsia, dengan I sekali ok? Kedekut taknak bagitau apa dia. Kata dia surprise. Dia belikan Shein bukan hadiah yang kitorang suka but yang Shein suka. Shein ni dia suka lori-lori, suka super hero and cars. Kalau yang lain punya toys ala-ala menda belajar memang dia tak suka. Haha. Kecik-kecik dah nampak perangai malas belajar macam Mama. Sazli belikan dia Avengers Toy Set dekat Ge Mall. Toys yang jenis kena pijak pon tak patah sebab tahan lasak. Bagus Abah. I up gaji you. Shein memang suka giler la. Asyik berkepit je dengan Avengers tu. Paling dia suka is Thor sebab ada kain dekat belakang macam Superman.

Pagi Sabtu 12/12 tu gigih I kunci jam pukul 6.00am and tiup belon dalam toilet. I guna pam belon tu. Tu pon dah lengoh mengepam sebab ada 30 belon. Kalau guna kuasa tiup memang masuk belon ke 5 I dah pengsan. Hahahahaha. Dah siap tiup semua, I transfer masuk bilik. Selang 10 minutes, Shein pon jaga dari tidur lepas tu dia tengok je belon tu takde perasaan. Terus pergi katil day bed and main Avengers dengan gembira. I kedip-kedip je mata tengok Shein. Sazli dah gelakkan I. Wajaq ko Shein, beria la Mama bangun awal. Padahal masa malam tu, I pesan pada Sazli kot nanti Shein tak excited dapat hadiah dia jangan kecik hati. Sekali now I pulak nak kecik hati. Hahaha. I kompiden Shein suka balloons more. Padahaaaaaaal. Member dah Abang Kawasan, apa barang suka belon kan? Mama pon.

Sazli ambik belon tu, kumpul belakang dia and bawak kek. Baaaru la dia suka. Malu-malu je muka sambil cuit krim kek yang beli je dekat Bisou KLCC tu. Hahahaha. Sebab last minute nak tempah kek kat PD memacam masalah. Malas nak fikir, so I beli je la cupcake dekat Bisou lepas tu beli lilin number 3 dekat Toy’s R Us. Settle. Janji Shein suka. Yang Shein suka chocolate I beli 2. Yang I suka vanilla with butter cream I beli 4. Nampak tak game dia dekat situ macam mana? Hahahahahaha.

Muka malu-malu. Pang nak? Nampak tak belon kaler hijau yang ada muka kucing tu kan? Belon tu penjahat. 2 biji belon jenis tu meletop time I pam. Phobia terus I nak pegang belon sebab takot meletop. Tapi Shein punya pasal, Mama redah! Cheeewah!



I buat semua ni sorang je. Hebat giler I. Haha.


Cupcake dari Bisou. Confirm sedap.


Abah belikan lori penyodok pasir konon nak main pasir la. Skali tak pergi pon. Lepas tu 1 set Avengers. Thank you Abah. Untunglaaaa Shein.


My son. My best friend.


The only family photo yang kitorang ada masa haritu.  Hahahaha.

Thank you Abah for this short and sweet vacation. Usaha Abah nak bagi Shein and Mama happy. Sabar extra 300% dengan Shein punya perangai Diva (and Mama sekali). Seronok kitorang 3 beranak. Paling I tak boleh lupa masa Shein halau I dari dalam toilet masa dia dengan Sazli mandi dalam Jacuzzi Bathtub. Dia boleh marah I masuk bilik air, tolak I sampai keluar pintu lepas tu babai I. Boleh? I tanya Sazli, Shein tak sayang I ker? Huwaaaaaaa. Kata Sazli kan dia memang routine mandi dengan Shein sehari 2 kali so Shein biasa la dengan Sazli and anggap I pengacau. Lagipon kalau mandi dengan Sazli ada main-main. Kalau dengan Mama, mandi sekejap je zup zap zup zap dah siap. Mak engkau banyak lagi kerja lain nak buat.

I cakap macam ni. ‘Takper Shein, nanti Mama ada anak perempuan nanti Mama geng dengan Adik je. Pergi la geng 2 orang dengan Abah. Tak heran!’ Sambil I jalan seret kaki keluar bilik. Rasa menyirap giler. Hahaha. Batu Belaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

-eNd-

1 comment:

  1. happy birthday shein yg comel,semoga jadi anak soleh utk papa dan mama shein yg omel tu...sweet je smua

    ReplyDelete