Pages

Tuesday, December 8, 2015

Makan Sedap di Pegaga Restaurant Ukay Boulevard

Assalamualaikum..

Kelmarin Bapak and Mak ajak kitorang lunch sama dekat Pegaga Restaurant -  Ukay Boulevard, MRR2 area Zoo Negara and berdepan dengan Honda Westar. Korang perasan tak? Sebaris dengan Bebetotz. Kata Bapak, Uncle Nazri recommends dia makan dekat sini. Mak and Bapak biasa la makan dekat sini. Kata Bapak lagi, sini sedap. Jenis masakan dari Kedah/Negeri Sembilan/Masakan Melayu cuma service la lambat sikit. Tapi sebab makanan dia sedap, so dia maafkan la. Hahaha kemain eksyen. I agak, one of the reason kenapa sini  lambat sebab dorang punya makanan is made to order, walaupon style kampung gulai-gulai semua, dia bukan macam jenis Nasi Campur yang kalau nak ambik terus. Sebab tu la makanan sini semua dihidangkan panas dan segar. Gitu. Paham ke tak?

Memula I beranggapan biasa-biasa je la kot makan dekat sini. Sama macam Restoran Melayu lain, tapi bila tengok hoi ni apa ni parking depan restaurant belaka Bentley, Mercedes Sports, BMW X6 segala dari siang I pergi, sampai ke malam tu tapau Gulai Kalut (sebab GF terliur I bawak pergi rumah Kaklong malam tu).  Must be something. Kata Bapak, sini memang ramai Boss-Boss Melayu suka makan. Hang kena cuba. Baiklah Bapak. Anakanda cuba, kalau tak sedap Bapak belanja. Kalau sedap pon Bapak belanja. Haha. Kalau Bapak makan dekat sini menu wajib ialah Udang Nestum dengan Gulai Ikan Kembong (Gulai Kalut). I pon macam ‘Hurm, gulai ikan?’  OKKKKKK. Sekali bila sampai, telan ailio I ok? Bila rasa semua and masuk mulut macam pedepowwww sedap siot! Especially Bawal Kicap dia. Dah jom tengok gambar. Ready to terliur. Jangan cakap I tak warning.



Bapak’s favorite. Gulai Ikan Kembong aka Gulai Kalut. Harga dia RM15.00 seekor. Ikan Kembong dia fresh. Rasa manis! Kuah gulai dia pon sedap wei. Dia gulai Kedah tau? Bukan gulai Mamak. I taip ni pon telan ailio. Blardihel.



Sazli order Daging Salai Masak Cili Api. Harga dia RM22.05 semangkuk macam ni. Pon sedap. Kuah dia pekat. Puas hati la makan.


I punya favorite. Makan dengan nasik putih sahaja pon layan. Ikan Bawak Kicap. RM30.00 seekor. I imagine, ikan dia masak kicap berkuah tu but bila sampai, Ikan bawal salut tepung nipis je goreng garing. Lepas tu dia letak kicap macam tu sahaja and on top letak bawang merah, bawang putih, serai, lada merah and lada kering goreng garing. Peerrrrrghhhh! Simple tapi sedap!! Seriously sedap.


Yang ni pulak is Udang Karipoley. Amenda nama Kel. Seeeedap jugak. I ada rasa macam masin telur masin, lepas tu nestum langsung tak kedekut. Yang ni harga dia RM34.00. Kitorang makan 4 orang just nice la. Tak membazir.


Sayur kitorang order Baby Kailan Masak Oyster and Garlic. Pon sedap. Ko dah kenapa yang simple pon boleh sedap macam ni? RM11.45 semangkuk.

Time kitorang makan ni, Si Shein tengah kepenatan baru siap swimming and baru setelkan sebotol potato chips, so dia relax je la layan Tobot dekat Youtube sambil baring dekat kerusi cantum. Kena pulak sini Wifi laju so aman la Mak, Pak and Tok’s dia makan. I pon makan bertambah-tambah (tu yang gemok). Sama naik dengan Mak, Bapak and Sazli. I la jadi waitress. Sapa nak tambah, zaaaapppp I bangun tolong cedokkan nasik. Hope Bapak sayang I lebih. Hahaha. Bapak order Juice Pegaga. Restaurant sini punya specialties. Harga dia RM9.33 segelas. Bapak offer kami rasa air dia, kata dia sedap. I rasa macam minum rumput. Haha.



I ambik gambar candid Bapak. Dia taktau pon. Jumpa je dia, terus I cakap, ‘Bapak, why are you so handsome’. Lantas Bapak jawab. ‘Well…. It goes withour saying’. Selang 5 minute dia tanya I, ‘Hang nak apa ni dari Bapak?’ LOL


Mak tekun makan. Jari dia halus runcing je. I wonder, kenyang ke dia makan sebab jari kecik sangat. Kata Mak, ‘Pasai apa ambik gambar candid Mak? Mak tak ready. Mai ambik balik lagi sekali’. I cakap,  ‘Mak, gambar candid pon dah lawa sangat’. Pastu dia gelak-gelak tutup mulut. Senang je nak bodek Mak ni. Hehe.


Sazli ni best friend Bapak. Anak jantan sorang. Sama la macam Shein dengan Sazli. Also best friend. Tu nampak Shein punya kaki. Kemain relax silang panggung. Ewah engkau.


Weekend bebaru ni I makan banyak giler. Masa nak swimming semalam, I berdiri depan cermin and tengok Ya Allah, ni orang ke badak? Bosan dah jadik orang gemok. Pakai apa pon tak cantik. Dengan babat selulit segala. Ah lantak la. Malas nak fikir. Janji hari-hari makan sedap. (ayat ambik hati)


Ok. Ambik gambar Mak lagi sekali. Lawa Mak! Spek baru sesuai dengan muka Mak. Mak, nak uweeeeet!!

So, kepada penggemar Masakan Kampung yang restaurant best ada aircond and wifi, boleh la korang cuba makan dekat Pegaga ni. I pon dah janji dengan GF, nanti dia datang KL lagi I nak bawak dia makan dekat sini. Semalam masa dekat rumah Kaklong I suapkan Shein waktu Mak solat Maghrib, bila dia siap solat I dah basuh pinggan, dia tanya ada lagi tak? Dia nak makan dengan cekodok. Tak sampai hati, I terus start kereta and belikan untuk dia. Naseb la Bukit Antarabangsa dengan Ukay Boulevard ni dekat je. Tengok Mak makan selera I rasa happy. Walaupon memula dia mengada ambik kuah je. Geeeeraaaaam. Nasib end up dia makan jugak ikan. Mak ni memang suka je nak bagi I sentap.

Pegaga Restaurant. Photo taken from here.

PEGAGA RESTAURANT
No. 12-G &13-G, Ground Floor, Ukay Boulevard
Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2), Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
Tel : 03-41616569 Faz : 03-41616069

-eNd-

No comments:

Post a Comment