Pages

Thursday, December 24, 2015

Program di Kampung (Jengka 1)

Assalamualaikum..

Salam Maulidurrasul and selamat bercuti pada semua! Semalam office I dapat balik pukul 4.00pm. Si Izzy bagitau dalam group WhatsApp kitorang. Lepas tu I tanya la, ''Eh, ramai ke yang celebrate X'Mas?' Kata Izzy office bagi balik awal sebab jalan maybe jem. Ramai yang nak balik kampung. Oooo betul jugak tu. Si Dyba dengan Izzah pukul 4.00pm dah balik. Sama sebok dengan orang yang nak balik kampung jugak konsep dia. Padahal dedua tu elok je ada dekat KL.

Kalau I nak balik kampung time musim cuti perayaan macam ni, usually kitorang akan bertolak awal pagi. Awal pagi sungguh dalam 4.00am macam tu sebab nak elak jem dekat Tol Gombak. Minyak isi awal-awal. Jangan isi pagi tu jugak. Baju semua packing siap dah malam tu sebelum tido. Maksudnya pagi tu keluar, mandi and terus gerak so tak la amik masa lama sangat untuk packing and all. Usually cara ni kitorang guna memang berjaya la elak jem. Tak kisah la KL - Jengka atau Jengka - KL. Avoid la waktu-waktu kemuncak yang semua orang keluar time tu. Kekadang LPT ni jangan buat pasal. Pukul 11.00pm pon jem dari MRR2 membawak ke Tol Gombak ok? Yang penting, kena bijak rancang perjalanan. 

Actually kalau balik Pahang I memang elak la nak balik tengah malam dalam pukul 11.00pm keatas sebab Jengka waktu malam teramatlah gelap. Nak pulak dari Jengka 10 sampai kampung I, bapak la gelap. Mula la I rasa macam ada je menda-menda memandang dari pokok kelapa sawit. Choi! Lagipon bahaya gerak malam. Macam-macam boleh jadik. Lebih-lebih lagi kalau kereta breakdown/tayar pancit tengah-tengah hutan. Mintak simpang. Shein pulak kalau balik awal pagi, usually dia tido so aman la skek dalam kereta sebab kalau dia jaga macam-macam la drama merajuk iPad tadek internet la apa la. Lepas tu baring dekat lantai kereta. Kalau I, I biarkan ajer Shein merajuk. Si Sazli pulak jenis tak boleh tengok. Dia mesti nak pujuk. Sanggup je dia berenti tepi jalan kalau I dah buat keras taknak pujuk Shein. 


Macam ni la muka Shein kalau dia merajuk. Geram!
Cuti 4 hari ni InsyaAllah I ada dekat kampung. Teman Mak pulak. Lagipon cuti kali ni ada banyak program yang abang-abang and kakak-kakak UPSR Batch 1982 - 1987 (Born in 1975) buat. Majlis Bicara Ilmu dan Sukan Rakyat. Dalam proram ni ada Perarakan Maulidur Rasul, Pertandingan Mewarna, Perjumpaan Bekas Pelajar 1975 SKJ01 and many more. Jumaat malam pulak ada Bicara Ilmu bersama Ustaz Yunan, Ustaz Azmil Mustafa dan Ali XPDC. Esoknya pulak ada Sukan Rakyat dan Karaoke. Ha tengok? Balance dunia akhirat program dorang atur, kan? Hehe.


Bicara Ilmu & Sukan Rakyat  (25-26/12/2015)
Reunion SKJ01 Batch 1982 - 1987

Mesti best sebab nanti ramai la anak-anak generasi kedua yang balik kampung time ni. I takde participate dalam apapa aktiviti cuma datang untuk bagi sokongan and memeriahkan majlis je. Macam sukan rakyat tu mungkin la ada la kot congkak, batu seremban semua. I taknak masuk sebab I jenis tak boleh terima kekalahan. Nanti I down nanges megren sampai 2 3 hari sesia je.. Hahahahahha. So baik jadik penonton je and posing cantik tepi padang jer dah la. I hope semoga program yang dirancang akan mendapat sambutan and berjaya. InsyaAllah.... Good Luck!

-eNd-

2 comments:

  1. Saya tabik kat kaksu..menyahut saranan menteri.."keluar awal pagi untuk elak jem" hahaha..sje gurau..jgn marah haaaa... :p

    ReplyDelete
  2. lama dh x melawat jengka 10 since pindah thun 2009. kalau pergi jengka 10 pon sbb ada knduri.

    ReplyDelete