Assalamualaikum
Resepi Kuih Koci ni I ditujukan khas untuk Rish and
Kaklong Kecik (Kaklong Ellis) dengan kata-kata, ‘Ni resepi dah ada ni, jangan lupa cuba. Lepas tu kalau dah siap harap
dapat hantar ke rumah I’. Haritu masa masukkan dalam IG and FB ramai yang
tanya Kaklong ambik order ker tak. Jawapan : TAK AMBIK ORDER. Hahaha. I masa
potong daun pisang pon dah ada rasa menyesal. I cakap pada Kaklong, ‘Woi, bila nak siap ni? Lain kali kalau
tingin nak makan beli je la. Renyah la nak buat!’ Kata Kaklong ‘Ko tu tukang potong daun pisang jer, bukan
suruh buat pon’. Hahaha. Sebenarnya nak buat ni tadek la susah mana tapi
dengan Shein lagi mengacau, sebok orang nak buat adunan, sebok tu la dia nak
main. Tu yang I buatkan dia Playdoh Homemade tu, aman la sikit.
Dah la tengah potong daun pisang, Si Kakyang and
Shein ambik batang daun pisang lepas tu jolok-jolok hidung I dengan telinga.
Geli la! Dengan time tu la Shein dengan Kakyang main lawan-lawan dekat dapur,
semak ok semak? Tengah potong daun, Kaklong suruh pulak amek video dia joget
kaki dengan De. Lepas tuuuuuuu Sazli pulak datang asyik tanya bila nak siap,
lepas tu suruh pasang kipas sebab takot kitorang panas lepas tu Mak lagi sebok
jadik Supervisor la apa la. Hahahaha. Memang huru-hara. Tepung bersepah dekat
lantai. Lepas buah Playdoh tu Mak pulak datang join Shein. Shein pulak dengan
Atok dia semacam ‘panas’. Orang tu buat orang, Shein penyet. Last-last Mak give
up blah pergi tempat lain. Dengan Shein pon kalah ke? Kata garang sangat?
Hahahahahaha.
So, here we go the recipe. Korang ikut
sebijik-sebijik macam Kaklong I bagi ni, InsyaAllah jadik. Masak kena sabar.
Nak buat inti dia dengan kuah santan api kena slow. Tak boleh besar nanti
hanget. Daun pisang tu kalau ada masa, jemur sekejap atau nak lagi senang layur
je pada api je. Jangan sampai terbakar cukup sekadar layu and daun tak terkoyak
masa nak lipat. OK? Daun pisang tu potong bulat. Ikut la acuan penutup Tupperware
kea pa, janji bulat. Pepandai la agak sendiri nak besar mana.
Adunan
Tepung
Beras pulut hitam – secawan (blender sampai jadik
tepung)
Tepung Pulut – 3 cawan
Secubit garam
Sedikit air
Campur kesemua bahan ni, masukkan air sikit-sikit
and sampai la boleh bentuk bulat and jadik doh. Paham? Air tu tadek specific
measurement. Korang pandai-pandai la sukat. Senang je. Shein pon boleh buat.
Inti
Biasa & Inti Durian
Gula Merah – Secawan
Gula Pasir – Secawan
Kelapa Muda Parut – Sebiji (tapi ambik ¾ bahagian
sahaja)
Daun Pandan
Sampur kesemua ni dalam periuk, lepas tu masak
sampai la kering. Jangan masuk air dah kalau tak nanti berjanggut la nak tunggu
kuah kering. If nak inti durian, letakkan 2 ulas isi durian dalam tu. Jangan
banyak-banyak sangat durian nanti over power dah tak sedap. Paham?
Kuah
Santan
Sesudu tepung beras
Secawan santan
Secubit garam
Campur kesemua ni, masak dalam periuk guna api
perlahan sampai la kuah pekat.
Kuih Koci tinggal nak kukus je... Cantik dan kemas kan Kaklong buat? I lipat, terus jadik macam nasik lemak. Tangan tak berseni. Haha
Yang ni Inti Kuih Koci Durian
Yang ni inti Kuih Koci yang biasa
Yang ni pulak Kuah Santan
Adunan tepung tadi korang bulatkan dulu, lepas tu leperkan macam ni.
Masukkan inti. Inti tadi tunggu sejuk, lepas tu bulat-bulatkan sama size so nanti sama je la size kuih koci ni.
Tutup semua sampai jadik bulat macam ni
Celop dalam kuah santan lepas tu letak dalam daun pisang yang korang sapukan dengan sedikit minyak supaya nanti dah siap, dia tak melekat.
Bungkus kemas macam ni
Kukus selama setengah jam. Siap!
Makan time panas-panas perrrrghhhhh sedap giler ok?
Inti Kuih Koci tu kata la kalau korang jenis lagi manis (Macam Mak) letak la
gula lebih. Mak I tu memang jenis manis. Kalau buat air teh o walaupon dah
pesan, ‘Mak nak manis buah je’, TETAP
buat manis melekit. Kata dia nanti orang cakap kedekut gula. Degil. I tanya
dia, sapa yang cakap kedekut gulanya? Kan semua orang mintak manis buah je? Dia
buat pekak. Hahaha. Sama jugak kalau dia buat Milo, selagi boleh letak susu,
dia letak banyak-banyak. Eeeee menyirap je. Orang dah pesan taknak manis, tetap
manis. Last-last I tambah jugak air. Bagi I macam ni dah just nice. Inti tu
boleh rasa, ikut selera korang ok? Nah I belanja video kaki De dengan Kaklong
yang I rakam tu.
Ngek kan puak-puak ni? Hahaha. Selamat Mencuba! I
jamin korang akan puas hati. Makan hasil tangan sendiri ni, walaupon ada penat
sikit tapi rasa puas hati and berbaloi. InsyaAllah.
-eNd-
suka mkn kuih koci..buat tk pernh hehe
ReplyDeletesedapnya..
ReplyDelete