Assalamualaikum..
Korang harini plan nak berbuka puasa dekat mana?
Kalau takde plan lagi, boleh la bukak puasa dekat 9Kedondong sebab untuk hari ini
sahaja, 9KEDONDONG BAGI LESS RM10.00
UNTUK RAMADHAN BUFFET MEREKA. NORMAL PRICE IS RM55.00 NETT/PERSON TAPI HARINI
HARGA CUMA RM45.00 SAHAJA. If korang nak, boleh call mereka untuk buat
tempahan ASAP. Untuk booking call terus ke 016-8868311 ok? Jangan lambat sebab
tak banyak slot yang tinggal. Makanan dekat sini memang semua pon sedap-sedap
and sesuai la untuk yang suka makan masakan melayu sebab dekat sini dihidangkan
dengan CITARASA KAMPUNG. Yang paling popular and ada hari-hari semestilah Siput
Sedut Masak Lemak Cili Api. I suka jugak dia punya Sambal Udang, Kambing Bakar.
Perrrrghhhhh!! Semua lauk pauk citarasa kampung ni kena la dengan tekak I and
memang semuanya sedap. Rugi kalau korang tak pergi lagipon harini ada discount.
Dia punya Nasi Kerabu pon sedap. Goreng pisang, cucur ikan bilis and cekodok
pisang made before your eyes ok? Makan panas-panas dia punya nikmat,
perrrghhh!! Jangan lupa ambik cucur ikan bilis cicah dengan mana-mana gulai.
Nak cicah dengan Sambal Udang pon layan jugak bro. Eh, aku taip aku pulak yang menyirap
rasa dihati. Apehal???? Gerai pon ada banyak selain dari makanan utama. Pilih
la mana nak. Air panas, air sejuk, pelbagai dessert yang semua pon sedap alahai,
rugi rugi rugi kalau tak pergi. I kalau review makan memang ikhlas dihati. If I
cakap sedap and berbaloi korang kena try. Tak caya boleh tulis dekat dada. Alip
lam lam ha. Haaaaaa. Jom tengok diantara makanan yang ada dekat 9Kedondong.
Harap jangan la yang ada menjilat screen. Hehe.
Sambal
Udang. Kekadang ada petai, kekadang takde. Tapi ada atau takde memang dedua
sedap. Jangan lupa makan dengan cucur bilis panas-panas ok? **menyirap je….
Siput
Sedut Masak Lemak Cili Api. Kuah pekat bukan macam sesetengah restaurant. Tengok
pon dah tau sedap. Terliur leteeewwwwww
Ni
Mee goreng kering macam ni memang I punya favorite. Sedap!
Makanan
orang jawa ni. Sambal Goreng. Ada tempe, tauhu, suhun, tauhu kering semua. Sapa
pernah makan?
Very
the healthy one. Simple je. Sayur Goreng takde kicap, takde sos takde apa.
Plain sahaja. Sesuai untuk sesapa yang eat clean tapi gamak ke nak makan
tumbuh-tumbuhan ajer? Hahah.
Lala
pon ada. Susah nak dapat ni.
Gulai
pon ada. Kuah pekat macam ni I suka. Ambik Cucur Ikan Bilis buah cicah kuah
kari + sambal belacan samadengan pengsan
Masak
Kurma Ayam untuk yang perut manja tak tahan pedas
Kari Ayam u’olls. Ni betul punya kari ni
Ayam
Bakar!
Kambeng
Bakar pon sodap.
Sebelum continue gambar makanan, I nak bagitau
9Kedondong juga menyediakan tempat solat lelaki dan wanita berasingan. Lepas tu
siap ada trawikh so tak payah kelam kabut nak balik untuk solat trawikh
berjemaah sebab dekat sini pon ada. Sangat convenience untuk yang ada anak-anak
kecik dan jugak selamat sebab dekat sini gated area. Pulak tu senang nak
parking and bila makan tu memang rasa best sebab sini dia punya deco ala-ala
kampung so bila makan tu dia punya feel lain la. Damai je rasa. Kawasan pun
luas dan selesa. I suka dekat sini sebab Shein boleh main lari-lari dengan
gembira and I tau dia selamat. Yang tak selamat kalau main terajang-terajang
atas stage. Tu jer. Yang tu kalau cedera sendiri la tanggung…. Ok?
Gerai
Bersusun. Dekat sini ada buah/rojak, air panas, makanan goreng and pelbagai
nasi dan mee. Semua ada disini, mak pak je takde. Hahaha.
Laksa
Johor dekat sini memangn thorbaik!
Murtabak
and roti john
Apeni
Cream Caramel sedulang? Huwaaaaaaaaa
Macam
ni la suasana dalam 9Kedondong. Meriah je..
Ni
last week tak silap masa 9Kedondong buat majlis berbuka puasa dengan anak-anak
yatim. Semoga murah rezeki. Amin…. Macam ni la bagus, betul meraikan anak
yatim. Bukan meraikan VVIP lepas tu bebudak kasik makan last-last duduk pulak
dekat lantai kena tunggu VVIP datang. Double Standard sangat.
Amboih.
Betul macam raya dah ni. Siap berbaju melayu. Tinggal pakai samping je lepas tu ‘Butang Baju Melayu Aku Mana Pah?’
Amcam jatuh chenta tak dengan makanan yang ada dan
suasana dekat 9Kedondong? Kalau jawapannya YA jangan tunggu lagi, terus book
NOW NOW NOW. Jangan lambat ok? Offer ni pon ada untuk harini sahaja. Lepas ni
tak janji ada lagi. InsyaAllah korang akan suka. Makan sedap, tempat selesa,
solat trawikh ada, parking senang. Semua pon convenient and ada pulak LESS
harini. So boleh la book and datang ramai-ramai ok? Mana yang baca ni, silalah
panjangkan 9KEDONDONG RAMADHAN BUFFER PROMOTION ni kepada sahabat handai, jiran
tetangga, sanak saudara dan ketua kampung masing-masing. Jom meriahkan lagi
Majlis Berbuka Puasa di 9Kedondong. Selamat Berpuasa!
Call : 016-8868311
-eNd-
not bad harga dia murah jugak. tempat lain semua 98++
ReplyDelete