Assalamualaikum..
Dah ada yang start cuti raya kan? (Jawapan :
Kaklong). Dalam radio pon dah cakap yang traffic dah start heavy. Untuk yang
balik kampung lalu tol jangan lupa top up TNG sesiap RM200.00 sebab untuk musim
perayaan ni lane tambah nilai takde. Katanya untuk mengurangkan kesesakan. I
wonder macam mana lah kalau tetiba 3 4 lane stuck sebab ada yang TNG Card tak
boleh read atau ada yang lupa habes nak topup or tak cukup baki. Acane? Bukan
makin sesak ke? Dalam seribu orang mesti ada sorang yang makngot lupa nak topap
la apa la jenis selenga hahaha. Tu yang makin bertambah sesak nanti jalan.
Kepada yang nak balik kampung harini (Kaklong) diucapkan semoga selamat sampai
ke kampung halaman dan selamat berperang di dapur. Untunglaaaaa balik awal. I
macam biasa raya KL dulu. Nanti Ahad tengahari (Raya Pertama) zaaaappp balik
Jengka duduk la sampai raya Ke-6. Naseb baik dekat KL-Jengka so hari raya
pertama tu dedua rumah dah boleh beraya. AL-hamdulillah. Bab Hari Raya ni kena
la tolerate baru rumahtangga harmoni. Kepada para isteri yang sentiasa mahu
beraya di rumah sendiri takde system giliran sebab suami jenis mengikut, kena
ingat suami pon ada emak dan keluarga. Cuba bayangkan nanti kalau kita dah
tetua anak lelaki semua ikut telunjuk isteri, raya takde gilir manjang dirumah
isteri. Kita sebagai emak, sedih tak? Tipu la kalau kata tak sedih. Kena ingat ‘What
you give you get back’. Trust me. Untuk suami pulak yang menggunakan kuasa
mutlak ‘Tempat isteri disisi suami.
Jangan jadik isteri derhaka’ so hari raya pertama tak pernah di rumah
isteri, fikirlah perasaan isteri
jugak. Bahagiakanlah Isteri yang lahirkan anak-anak untuk awak. Banyak dia
sacrifice apa salahnya buat dia happy. Kan? Kena tolak ansur supaya semua orang
happy. Ok? Okbye. Jom layan gambar pulak.
Melayankan
si Dyba and Intan. Katanya sempena dapat ‘Duit Raya’ dari office, nak pakai
baju putih and tudung Arzu. Ok boleeeeeeeh.
Macam tahun-tahun lepas al-hamdulillah sempena raya
kita dapat RM500.00 and dapat half month gaji advance bonus. Rezeki. Walaupon
ribut melanda dekat office sekarang ni tapi al-hamdulillah masih ada rezeki
kami disini. Tq Boss! Semoga tradisi dapat duit raya dari majikan ke pekerja ni
akan berterusan sampai bila-bila. Duit raya ni sebenarnya bukan wajib tapi saja
lah kan nak bagi happy-happy. I ni kalau orang tak mintak duit raya, I happy
nak bagi. Kalau jenis dah tua bangka nampak muka pon asyik tanya duit raya duit
raya duit raya semak jugak. ‘Ko kan kaya?
Mesti banyak duit. Hulur la sikit dekat sedara’. I jawab ‘Aminnnnn’. Tapi
kena faham la jugak kalau konsep orang kaya duit semua kena bagi dekat orang,
kalau macam tu Syed Mokhtar pon boleh bankrupt! Kena ajar anak-anak jangan
biasakan mintak duit raya. Tak elok macam tu. Lepas tu jangan bukak sampul tu
dan-dan tu jugak sebab kurang sopan. Simpan and bawak bersabar. Untuk Shein,
takde masalah la pasal nak memintak duit raya ni 1)Sebab kitorang memang tak
ajar 2)Sebab dia macam tak paham lagi. Orang kasik dia duit, dia kasik kita
balik. Bagus! Hahahaha. Nak uweeeeet dengan desak-desak mintak duit raya ni
lain konsep eh? Jangan terkeliru. Hahahaha.
Wahhhh
semua orang gembira dapat duit raya!
I
sedih sangat sebab dekat Petronas Ampang Jaya dah takde dah Biskut Cornflakes
tu. Puas la mencari yang berkenan dihati tapi tak jumpa. Al-hamdulillah semalam
dapat jugak yang sedap dari Fuzzylicious Cookies ni. RM15.00 sebekas. Sedap!
Memang sangat sangat sedap! Crunchy je. Peeeerfect! Cuma semalam, tinggal
sebekas ni je. MENYAM. Apeni salah sticker? Hahaha.
I memang teringin giler nak ke Jalan TAR. Dulu masa
zaman bujang I tingat lagi, mesti ada satu hari yang I, Atin and Yati akan ke
Jalan TAR untuk ambik feel raya. Memang seronok! Lepas tu Sazli pulak every
Friday Night dia akan jalan-jalan dekat Jalan TAR and Jalan Masjid India dengan
abang-abang apartment ni. Saja jalan-jalan and minum ABC dekat sana. Haritu Sazli
beli songkok. Cantik jugak. Kata Sazli best and meriah tapi panas, bau ketiak,
orang tolak menolak dekat certain point. So I macam teringin nak pergi. Dok
postpone-postpone finally malam tadi dapat la deal dengan Anny. Konon nak
bersahur sekali. Sazli pesan, ‘Mama
jangan cantik-cantik. Tak payah mekap. Bawak sling bag yang ada zip, henpon
simpan elok-elok. Pakai tracksuit and pakai kasut ok? Hati-hati’. Dia kasik
I pergi. Yayyyyyy!! Tapi malam tadi Anny cakap takyah la Suraya. Kita lalu je
lepas tu ko ambik gambar. Menyentan-nyentan I. Amenda ambik gambar je? Orang
nak feel laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Kata Anny sana panas and bau ketiak. Hurm bau
ketiak eh? Oklah takper. Kensel (walaupon hati tak berapa redha) hahaha.
Padahal Sazli dah cakap ‘You dengan Anny
and Ellis nak pergi Jalan TAR? Betul?’ HAHAHAHA dia pon macam tak percaya.
Anny
bawak LALU je dekat Jalan TAR. Kthanxbye.
Sudahnya
lepak coffee dekat Bake O Cake. Naseb la tutup lambat sikit.
I
makan Carrot Cake
Anny
makan Nutella Cheese
Yamseeeeeeng!
(Opah kau hahaha)
Keluar pukul 11.50pm, before 2.00am dah sampai
rumah balik dah. Hahahaha. Konon cakap dekat Anny ‘Kita balik pukul 4 la eh?’ Gittew sembang kencang orang umur 30an.
Padahal masuk kereta I dah menguap lapan juta kali. Kah kah kah. Masa dalam
kereta kita dua ronda-ronda KL borak pasal issue orang yang jenis tak boleh nak
berbaik and declare war forever and macam mana kita nak move on. Tapi takde
stressed pon. Banyak gelak je. Kitorang ketawa je sebab fikir ‘Macam mana eh Suraya kita boleh terlepas keluar pagi buta macam
ni. Apa lagi clubbing laaaaaaaaaaaaaaaa!’ HAHAHAHA. Sembang kencang.
Padahal muka memasing sirap je dengan pakai tracksuit. Hahaha. Memula Anny ajak
sahur dekat Melting Pot Concorde tapi I taknak sebab kat sana banyak ongtue.
(Macamkan kita umur 20an) HAHAHAHA. Kita lalu dekat Bukit Bintang and tengok
meriahnya KL waktu malam. I macam jakun lepas tu Anny tanya ‘Ko duduk Ampang ke mana ni Suraya? Ni KL
ok? KL’. Yerlaaaaaa. Nak tanya orang duduk mana. Dia tu padahal asal Ipoh.
Jangan nak eksyen sangat. Hahahaha.
Sebelum Anny gerak balik, kitorang sempat beraya
dulu. Nanti lepas raya la baru dapat jumpa balik. ‘Selamat Hari Raya Suraya.
Aku sayang engkau’. Sebelum air mataku mengalir dan egoku tercalar baik gua
blah sekarang. Hahahaha. Selamat Hari Raya sahabat. Aku pon sayang engkau J
-eNd-
Nice experience..
ReplyDelete