Pages

Thursday, July 27, 2017

Arwah Teh dan Kampung Kuala Paya


Assalamualaikum…

Masa Raya Ke-5 tu Kak Zura call Mak bagitau yang Mak Teh jatuh masa tengah duduk dekat kerusi and terus tak sedar. Sebelum tu, Teh ada cakap dekat Mak yang dia punya kepala sakit sampai tak boleh nak sentuh. Dari hospital Segamat terus Teh di bawak ke Hospital JB sebab ada pendarahan dalam otak. I call Izzy mintak dia bagitau keadaan Mak Teh. Kata Izzy, kawan dia yang handle case. Dia cakap, Teh kena bedah sebab nak keluarkan darah beku, lepas tu dah kena mild stroke. Katanya keadaan tak membimbangkan. I pon ada la rasa lega sikit. Time tu dekat kampung Jengka. Fikir kalau Teh teruk, nak ajak Mak pergi balik Johor terus. Naseb la ada Izzy, boleh jugak tanya dia serba sikit pasal Teh. Izzy doktor dekat sana. I pon dah bincang dengan Kaklong, maybe kitorang nak visit Teh dekat JB. Plannya nak naik flight je (cecece sembang kencang nak naik kapalterbang) boleh buat day trip. Pergi pagi, balik petang. Check ticket pon murah je tak sampai RM250.00 pergi balik. Lagipon sekejap je tak sampai sejam, rasanya gagah la nak pergi. Kata Kaklong, kita pergi next week la on working days. Jumaat tu I balik KL and terus balik rumah Bapak. Masa petang tu, Mak call cakap Teh meninggal. Innalillah…. Tak sempat nak melawat Teh masa dia hidup. I tanya Mak, nak balik tak? Kaklong boleh ambik dekat Jengka. Mak cakap dia tak sihat (dia memang demam pon) lagipon cucu-cucu dia anak-anak De ada kat kampung. Ok. Taknak balik takpe, jangan menyesal Cik Salmah. I pon bincang-bincang dengan Sazli, kata dia better I balik untuk bagi penghormatan terakhir pada Arwah Teh. Lagipon Mak Sedara I. Memang I baik dengan Arwah Teh dari kecik lagi. Sazli tak pergi, dia teman Mak dekat KL (Bapak pergi Mexico) and lagipon nak bawak Shein pergi ziarah orang meninggal tak berapa sesuai. Jauh + kitorang balik hari je. So esoknya, 4.30am kami gerak dari KL menuju ke Kampung Kuala Paya, Buloh Kasap, Segamat. Dalam 8.00am kitorang sampai ke kampung, al-hamdulillah.


Sebelum sampai rumah Teh, lalu depan rumah Aghe. Tau tak nak sebut macam mana? A-re. Re, bukan ray. I suka ‘bau’ kampung. Semacam ada perasaan sayu, teringat time kecik-kecik asal cuti sekolah, I mesti balik kampung. Teh rajin melayan. Kekadang I dengan De, kekadang I sorang. Kekadang De sorang.


Sampai kampung, jenazah masih belum tiba. Tak sure kenapa lambat. Rasanya sebab siap mandikan semua dekat hospital. So, kitorang terus ke rumah Usu Endut untuk breakfast and rehat-rehat sekejap. Tak jauh pon jarak dengan rumah Arwah. Selang 3 biji rumah je. Time ni Mak dekat kampung dah jiwa kacau. Nanges-nanges cakap nak datang. Lagilah dia tau adik bongsu dia, Usu Julie ada datang dari Singapore. Dah terlambat Mak. Nak ambik Mak dari Segamat – Jengka – Segamat dah berapa jam. Malam tadi orang siap offer nak ambik dia taknak. Haaaaaaa. Kata De, Mak asyik nanges je. Dah last minute macam ni, susah la sikit nak arrange transport. Kereta ada, tapi De tu tengah pregnant, memang tak harap la nak bawak kereta dari Pahang ke Johor ni. Takper la Mak, takde rezeki nak ‘jumpa’ Teh untuk kali terakhir. I pon bakar line, hantar gambar-gambar suasana kampung and sedara-mara mana yang ada dekat dia. Jumpa pulak dengan Aghe kawan dia masa muda remaja dulu. Lagi la laju air mata mengalir. Dah macam reunion pulak. Kalau Mak ada, sure dia suka ni jumpa kawan-kawan dia masa muda dulu yang datang dari kampung-kampung sebelah.



Rumah Arwah Teh.


Ni la Usu Julie. Adik bongsu Mak. Mak anak ke enam. Usu Julie yang bongsu. Datang dari Singapore.


Usu yang bawak makanan ni semua termasuklah Kuih Boyan tu.


I tengok biskut kelapa ni teringat dekat Intan and Kaklong. Intan gelak-gelak cakap kenapa Kaklong suka pau kelapa, kuih inti kelapa, coklat kelapa? Macam Ongtue. Kata Kaklong, ko tunggu la tua nanti Intan. Ko pon suka kelapa.


Ni dengan Abang Ari. Cousin I. Anak Arwah Teh. Abang Kak Zura. Tapi Kak Zura haritu tengah sedih and bizi, tak sempat pon nak borak dengan dia. Tengok dari jauh je.


Ni la kawan Mak. Aghe. Comel sangat Aghe ni. Jumpa kitorang terus peluk.


Ni Mak kenal la ni. Kawan-kawan sekampung dia.


Yang kopiah putih ni Ulong. Abang Mak yang sulong. Duduk dekat Felda Kemelah. Sama dengan Arwah Ngah Yam.


Yang pakai baju melayu tu, Pak Ngah Seran. Nama dia Hasran. Suami Arwah The. Duda la dia lepas ni.


Ni Jenazah dah nak dibawak ke Masjid untuk di sembahyangkan.

Ramai sangat orang datang. Penuh dalam and luar rumah. I tengok keliling rumah, berbeza sungguh dengan masa I kekecik dulu. I ingat dekat rumah Teh ada mata air, tanah dia warna merah and banyak pokok durian. Sebelah kiri ada dusun durian and dekat baruh tebing ada pokok Langsat. I suka sangat kampung ni. Sukaaaaaaaaaaaaa taktau nak cakap macam mana. Sini memang suasana kampung. I ingat dulu pernah mandi sungai. Bawak kura-kura balik umah sebab jumpa dekat tengah jalan. Bila dah besar, jarang dah I balik kampung. Kekadang Teh datang rumah Kak Zura dekat Bangi, kitorang pergi la sana. I suka masakan arwah. Sedap sangat. Apa pon dia masak, semua sedap. Yang masak sambal sedap tumis bawang dulu tu, arwah la yang ajar.


Yayyyyy dapat jumpa Skacuaien! I paksa dia datang jugak dari Kulai. 2 jam lebih jugak la nak sampai. Lobiu ebab-ebab!


Sebelum balik KL. Pergi balik rumah Usu Endut untuk lunch. Yang depan tu Kak Mariah dengan Usu Julie. Sebelah Kaklong tu Kak Kedil. Ke Kak Bonot entah. Dorang twins. Sampai sekarang I tak boleh beza T___T Ni semua anak-anak Arwah Ngah Yam.


Usu Julie dengan Usu Endut tengah masak. Ikan Lampam Masak Tempoyak!


Duduk depan : Kak Kochip dengan Usu Julie

Belakang : Kaklong, Kak Kedil/Kak Bonot, Siti Nohaliza, Kak Kedil/Kak Bonot and Kak Mariah. Sama kan muka twins? Suara semua sama. Memang tak dapat beza.


Ikan Lampam Tempoyak in the Making.


Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Kitorang gerak balik KL dalam 2.30pm macam tu. Sedih sebab Arwah Teh dah takde. Mungkin lepas ni, susah dah la nak balik Johor. Ngah Yam takde, Teh pon dah takde. Itu la Mak Sedara I yang close. Dengan Pakcik-pakcik tak close pon. Yang tinggal lepas ni Maklong je (kakak Arwah Ayah) dekat Serom 8 sana tu. Jiwa I dekat dengan Johor ni sebab itu lah tempat asal keturunan I. Bugis belah Mak, Jawa Scottish belah Arwah Ayah. Jawa Scottish waklu! Hahahahaha. Nanti bila Shein dah besar, I nak kena remind dia, kita JDT SHEINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN! Kena cakap Shein ada darah Johor and kena bangga dengan keturunan Lanun Bugis dan darah Jawa. Jangan segan mengaku Orang Jawa walaupon kekadang orang suka peleceh. ‘Eh, ko ni muka Jawa ada hati nak ngorat aku’. Sikit-sikit cakap muka Jawa. Apa ingat Ongjawa takde yang iras Siti Nohaliza ke? Please ok? Kita jawa pon ada yang cantik-cantik jugak. Geram nak lempang orang yang suka peleceh Bangsa Jawa. Walaupon kekadang menyirap dengan segelintir perangai penyokong JDT tapi kena redha sebab kita Ongjohor kena bersatu hati *tetiba. Hahaha.

Happy dapat kumpul dengan cousin-cousin and jumpa sedara mara Johor. I ni cousin semua tetua dah. Muda-muda remaja macam I (hahaha) ada la 2 3 orang je. Banyak yang baya-baya Kaklong and dah bercucu pun. Happy dapat jumpa Si Ain jugak. Bila la entah nak jumpa lagi kan? Sesekali jumpa memang rasa seronok. Bila lah lagi dapat hirup udara kampung dan dapat pijak tanah merah dan bau pokok durian, bunyi unggas and sejuk damai cuaca kampung. I suka Kampung Kuala Paya ni. Nanti lah, bila ada umur I nak ajak Mak balik jugak jumpa sedara mara mana yang tinggal dekat Johor ni. InsyaAllah…. Sampai KL dalam pukul 4.30pm macam tu. Last I nampak kedai-kedai kain dekat Tangkak. Sedar-sedar dah dekat Akleh. Hebat tak hebat la I tido. Abang Long drive sorang, sian dia. Ada co-pilot pon tak guna sebab asyik membuta je. Sama naik la dengan I. Hehe.

Lastly, jom sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah Teh dan Arwah Ngah. Mohon Allah tempatkan mereka di kalangan orang yang beriman serta diringan seksa kubur. Amin…..

-eNd-

No comments:

Post a Comment