Monday, July 10, 2017

Surprise Birthday Dinner Kaklong at Bake O'Cake

Assalamualaikum..

HAPPY BIRTHDAY TO KAKLONG! Assemogaaaaaaaaaa! Semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki, disihatkan tubuh badan dan dalam lindungan Allah selalu, bahagia dunia dan akhirat. Aminnnnnn. Yang ke berapa tu Kaklong? Dia kata rahsia. Amboi kemain rahsia macamkan artis je kan? Haha. Birthday Kaklong 9th July tapi kita celebrate awal sebab tu dia tak dapat hidu surprise yang kitorang aturkan untuk dia ni. Kitorang surprise dia dengan birthday dinner among family je dekat Bake O’Cake 6th July haritu. Nothing fancy pon, Cuma makan-makan and lepak sama-sama je dengan family. Surprise ni collaboration antara Kakyang and I. I bahagian cari tempat, pilih menu and arrangement. Kakyang bahagian sediakan belon, sediakan party pack and jemputan tetamu. Tetamu yang dia kena handle tak ramai. Abang Long, Atinten dengan Eddy serta Kaseh. Along takde sebab dia ada kursus askar-askar pergi berperang dekat Port Dickson. Bincang Rabu, Khamis dah on. Terpaksa buat awal sebab weekend tu semua orang bizi dengan open house segala so tak sempat.. Awal pon takper, janji ‘pengantin’ happy. Sukaaa sangat Kaklong. Dia cakap, seumur hidup dia tak pernah dia dapat surprise macam ni. Iyaaaaaan dia. I pon happy tengok Kaklong happy. Yerla, dia pon seorang yang baik dan tersangatlah penyabar walaupon kekadang annoying and suka menjawab. Haha. Kaklong pon kelakar and penceria suasana. Pandai masak, penyabar orangnya. Kalau dekat mana-mana ada Kaklong sure jadik ceria. Now that she’s old. Sedih pulak rasa… Risau jugak bila lately dia selalu tak sihat. Moga Allah panjangkan umur Kaklong. Amin…… Jom tengok gambar.


I sampai awal dekat Bake O’Cake dari group pengantin. Just to make sure everything is ok. Thank you to Bake O’Cake especially Mr Omar coz the dinner went smoothly. Makanan pon semua sedap.



Helium Balloons tu Kakyang beli murah. RM2.65 sebijik. Kata Kakyang, nama kedai dia lupa tapi lokasi dekat Melawati, Next to Klinik Ibu dan anak and atas kedai biskut-biskut. Boleh? Ni la paling murah pernah jumpa. Kalau kat KLCC dalam RM4-5 macam tu. 10 bijik baru RM26.50 je wei. Tak payah letak fertilizer (untuk kasik belon tahan lama) sebab bukan lama pon usia belon ni. Paling lama 2 jam lepas tu resaksa gorgon (Shein) akan musnahkan. Haha.


Kaklong kita pakaikan dia Topi dengan Sash lepas tu pempuan pakai crown, and kanak-kanak (Shein and Auliyya) pakai topi ni. Aku tak paham la asal orang lain beli apesal semua murah? I beli je semua akan jadik mahal. Blardihel.


Handsomenya suami I okbye. 


Lambat sangat rombongan pengantin sampai, Shein sempat la berdrama nak Kek. Dia tau tak Mr David boleh muncul dekat Bake O’Cake ni anytime je. Hati kau sangat kental Shein.

BTW tema pada malam ni ialah White and denim. Shein masa petang tu dari rumah Mak Tok dah siap mandi. Cun! Tinggal salinkan baju je. Masa salin baju pon dia tak cranky, so Mama kasik 100% mark untuk Shein lah. Dah la hensem baju kemeja putih, seluar putih. Rambut pulak kenteng panjang. Kalau buat bun tu perrrrrghhhhh….!! Kaklong masa siang tu, dia ajak pergi beli baju dekat Avenue K. Kata dia kena pakai baju putih malam ni Kakyang suruh. I buat bodoh je la, takde beria tanya. Padahal dah tau. Kebetulan siang tu dia memang dah pakai baju putih pergi kerja, so dia bedalnya pakai baju tu sampai malam. Kata Kaklong, kalau tau ada surprise macam ni, dia mekap cantik-cantik. Hahahaha.


Pengantin dah sampai.


 Kata Kaklong masa nak parking, dia dah nampak kereta I. Tapi tak terfikir langsung I ada untuk surprise dia. Dari jauh dia dah nampak ada belon, tapi tak sangka pulak untuk dia. Masa masuk tu Kaseh cakap, ‘Ada Makcik dengan Shein la Mama’. Bila dia jalan, nampak I dekat meja dengan belon semua baaaaaaaaarulah dia tau surprise untuk dia lepas tu I baca lips dia ‘babi babi babi’. HAHAHAHAHHA.


Birthday Girl pon berjujuran air mata kegembiraan… Happy Birthday Kaklong! Ko jangan nak nanges-nanges drama swasta dekat sini (sebab kalau tak, I join sekali hahahaha). Hope you like it. Ayang punya plan ni. Aku tolong-tolong je mana yang patut.


Kaseh and Abang Long.


Cantiknya Atinten. Ni baru abes pantang ni ye? Badan dah slim balik.


Si Eddy pon ada. Dah tu? Kena la ada sebab dah jadik family! Hahahaha.


Pengantin boleh dikatakan baru jugak ni.

Sampai-sampai je dalam 10 minutes, makanan pon di serve. I memang request awal dengan Mr Omar nak light appetizer (Salad and Fries) and 3 jenis main dish je. Small portion for 10 person so each dish tu ada banyak plate tapi small portion, paham? Takyah banyak-banyak jenis sebab taknak lambat sangat abes makan, esok dah kerja. Portion dekat sini memang besar and kalau complete Salad, Dessert semua untuk perut I, memang tak boleh abes. So I mintak Spicy Beef Salad, Fries, Spaghetti Aglio Olio, Beef Stroganoff Pasta, Nasi Goreng Cina for the kids dengan Cake for dessert. Mr Omar buat small portion je. Alhamdulillah semua kenyang, takde pembaziran. Itu pon ada 1 plate of Beef Stroganoff tak abes and pack bawak balik. Cake kitorang ambik slice je. Ambik 5 jenis (Nutella Cheesecake, Snikers Cheese Cake, Chocolate Mousse Slice, Red Velvet dengan Carrot Cake). Also tak abes and tapau bawak balik. Semua makanan ni cost us tak sampai RM300.00 pon ok? Memang murah giler! Tu cake takde 50% off tu. Kalau dapat 50% off lagi la berdabel-dabel murahnya. Imagine eh? Makan murah, tempat selesa and class with minimal cost. Terbaik la Bake O”Cake!


Spicy Beef Salad


Fries paling laku. Zap zap setel 3 plate.


Spaghetti Aglio Olio


Beef Stroganoff Pasta


Nasi Goreng Cina

Makanan sampai, kitorang makan dengan gembira… Lepas tu Shein dah tak boleh nak stay dekat kerusi so dia ajak la Kaseh dengan Auliyya main-main dekat corridor belakang Bake O’Cake tu. Corridor ke panggil? Kat belakang tu ada tempat laluan nak ke apartment. Semua gated. So I senang hati soal safety bebudak ni. Guard pun ramai but still, tak boleh take for granted. Eyes always on them la. Kita tangkap-tangkap gambar sebelum surprise Kaklong dengan Kek pulak. Dia ingat dah abes, tapi dia ternyata silap. Hahahha. 


I ingat lagi masa Ayang lahir, I Form 1 kot? Ke form 3 eh? Tak ingat. Tapi I ingat masa sekolah menengah la Ayang lahir. Hahaha. Ishk, macam sebaya pulak dengan kanak-kanak 20-an. Awwwuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu – terus menyalak. Hahahaha.


Mata bertentang mata ni.. 


Ayang and Kaklong. Susah jugak nak ambik gambar sebab banyak bugs kacau. Bugs tu ialah Shein and Auliyya. Sebok orang nak bergambar, sebok nak masuk sekali. Tarik ajak main la apa la. E!


Kaklong I. I sayang dia. Sebab Kaklong baik. Kerja pon happy je sebab ada dia. If kitorang takde kawan, at least we have each other. Lunch berdua, ke klinik berdua, setel things berdua. Syukur kakak I kerja tempat sama dengan I, rumah pon tak jauh. Semua pon smooth je Allah atur.


Ni la budak ni, buas!


Nak ajak bergambar pon puas nak tangkap.


Kaklong bersalinkan kasih masa umur dia 39 tahun. So umur macam dia dah nak masuk warga emas (wahahaha), tetiba ada anak kecik. Best pon ada kata Kaklong sebab orang lain walaupon dah macam tak susah sebab anak-anak semua dah besar tapi at least dia tak sunyi. Ada anak buat berkawan dekat rumah. Betul jugak. 


Masa dah kumpul balik dalam restaurant. Time to sing a birthday song and makan kek. Orang potong kek, kita sudu kek. Ko ada? Hahahaha. Tapi ok jugak idea ambik slice cake ni, at least dapat rasa memacam jenis cake.

Siap makan kek, maka berakhirlah majlis. Semua setel dalam 2 jam setengah je so kata la kalau korang nak buat any surprise dinner or birthday dinner celebration dengan family or kawan-kawan yang dah warga tua (cepat penat and mengantuk kah kah kah) serta ada kanak-kanak and rasa cuma ada limited time, don’t worry. Semua boleh setel. Buat la dekat Bake O’Cake. Deal awal-awal dengan restaurant macam mana nak kasik sempat. Order 2 3 jenis makanan dah la. Kang ada 15 orang semua nak order sorang satu mana nak sempat. Sempat tu sempat la cuma takot lama sangat menunggu and lambat sangat setel. Kalau macam ni punya arrangement buat weekdays time bekerja pon boleh. Sini tempat selesa, selamat untuk bebudak and bebudak tak boring boleh lari-lari. Makan, cake, coffee semua pon ada. Smoking area pon ada. Makanan pon sedap, harga pon affordable. I highly recommend this place untuk korang try bawak family for any occasion. Sure puas hati.


Cik Eddy ni suka tau buli Shein. Vice versa. Shein pon suka buli Cik Eddy. Hahaha.


Kak, semoga kekal jodoh sampai ke syurga, dan diberi kebahagiaan dengan Abang Long sentiasa. Aminnnnn….


Eh budak ni, party dah abes baru nak pakai topi.

Hope Kaklong happy la malam ni. I agak dia happy. Tak abes-abes dia senyum and cakap I kongang sebab kata dia, I muka selenga je macam taktau apapa masa dia cakap kena pakai putih malam ni. Eh, mestilah! Dah nama pon surprise. Kalau kecoh-kecoh bukan la surprise namanya. Ngek la dia ni. Dapat la tunjal sekali dekat kepala dek Kaklong. Nak balas kang, takot jatuh derhaka. Hahahahaha. On behalf of Kaklong, I nak ucapkan terima kasih pada Ayang for lovely arrangement and pada Abang Long, Sazli, Eddy, Atinten, Kaseh, Shein, Auliyya and Aideen yang taktau apapa, tau membutaaaa je tu (hahahah dah nama pon 2 bulan setengah takkan nak main kejar-kejar pulak) for make it happen, sporting pakai putih and stay sampai abes majlis. Kata Kaklong, ni la kenangan terindah dia dalam hidup. Dapat jugak merasa walaupon dah warga emas. Tu la kan? Sikit punya arrangement yang tak sampai RM300.00 ni pon dia dah happy sangat-sangat. Wang bukan segalanya, tapi ikatan kekeluargaan yang kuat itulah yang paling penting. Ohana = Family (Dalam bahasa Hawaii. Hawaii eh? Confident je aku hahahahha). Tapi kalau ada duit tu lagilah best. Ni kalau aku kaya raya kak, aku surprise ko dengan dinner atas bumbung hotel naik helicopter ok? Lepas tu bawak pergi kedai emas suruh ko pilih apa je yang nko nak or pakej umrah siap. Haaaaaaa. Doakan lah eh?

R11-G, M City Residency
No 236, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
03-27727501

-eNd-

3 comments:

aziekz said...

I klu jd k.long..mmg hepi..dpt suprise cm ni..mmg bhagiaa la..simple meriah
*Xperlu heli@emas bagai..ha3

- dieyana - said...

happy birthday k.long.. mcm best je tmpt nih

ai bc entri u pun nganga2, mcm ai pula yang disurprisekan..hahha

CeRiTeRaKu said...

Sebak je baca. Bahagianya bila ada adik2 yg saling syg menyanyangi n mghargai each other.