Assalamualaikum..
Mak ada dekat KL since hari Khamis. Kaklong
admitted on Rabu, Khamis tu terus dia datang KL. Happy la bila dapat spend time
dengan GF tersayang tapi at the same time, risau pulak sebab Kaklong tak sihat.
Now Kaklong kena go for endoscopy untuk check if ada apapa masalah dalam perut
dia and lepas tu on medication for one month. If lepas tu white blood count
still tak naik, dia kena go for ambik air tulang belakang la pulak. Hopefully
nothing serious. ‘Ya Allah, kau
berikanlah kesihatan kepada Suzalina Sulatin dan sembuhkanlah dia dari sebarang
penyakit berbahaya, Amin’. Korang aminkan tau? Mana tau Allah makbulkan doa
dari 10k readers I kali ni. I mintak tolong korang doakan Kaklong I. Mohon
Allah dengar permintaan kita… Now Kaklong ok cuma biasalah kalau duduk ward,
mental pon sure tak berapa nak kuat. Dia tak lalu nak makan. Tanya apa pon
taknak. Tanya nak duit pon dia kata ‘Takperlah,
taknak. Ada banyak lagi’. Hahahaha. Sempat lagi kan Kaklong ni nak belagak?
Taknak kalah tu. Geram jer. Now Mak ada dekat KL lagi. 3D2N kita check in dekat
Hotel Putra sebab Kaklong tak dapat single room. Ni dah dapat single room, Mak
teman dia dekat hospital lah. How I wish I can be there with them 24/7 tapi ada
tanggungjawab pada anak dan keluarga jugak. 2 malam tido dengan Mak dekat hotel
I bawak Shein sebab dia nak main dengan Amsyar, so Sazli takde. Rasa sunyi
pulak. Kata Sazli, dia pon sama. Kitorang ni kalau dah depan mata gaduh je.
Manjang tak puas hati. Dah jauh, mula lah rindu. Kata Sazli, dia balik umah
rasa empty je Mama and Shein takde. Tapi bila balik dia semak. Hahahahah. Yerla
Shein tu manjang cerita dia je nak tengok. I ni dah lama tak tengok Nigella and
Grey’s Anatomy season lepas-lepas yang I rakam tu.
Hari
Khamis, sementara Kaklong berehat tido, I dengan Kanyai (kata Shein Kanyai)
bawak Mak pergi Aeon Big Wangsa Maju kata dia nak beli seluar, lepas tu
makan-makan dekat Octopus Wangsa Walk. Mak makan Nasi Goreng Tomyam. Kemain suap
menyuap. Dah tu I macam mana?
Mak memang suka beli baju dekat Aeon Big. Sini
senang sebab dah beli, boleh potong terus dekat tingkat bawah tu (dia kan
pendek, seluar confirm kena potong). Sementara tunggu alter seluar, boleh la
urut kaki dekat Manjakaki. Situ memang favorite Mak. Urut kaki and belakang
satu jam RM55.00 harga. I suka Manjakaki ni sebab urut dia best and harga pon
ok. Dekat Ampang Point pon ada jugak. Siap urusan dekat Aeon Big, kitorang ke
Wangsa Walk. I pon ada jugak survey baju nak pakai time Raya Haji. Melampau kan?
Syawal tak abes lagi dan nak cari baju untuk raya haji. Tahun ni I berazam nak
pakai baju baru di raya haji sekali dengan Shein dengan Sazli. Hahahaha.
Ada
Kakyang I relax sikit la sebab dia drive. Kakyang drive cekap. Kata Mak, naseb
dia tak pandai bawak kereta. Kalau pandai bawak motor pon, dia dah lesap ke
Tongkiat. Kalau pandai bawak kereta memang kerap la datang KL. Hahaha. Dulu dia
ada belajar, lepas tu Arwah Ayah bahan dia cakap dia bawak motor keras, terus
dia kecik hati taknak dah bawak motor sampai kesudah. Lama benar kecik hati.
Membawak ke syurga eh Mak? Sebab Ayah pon dah meninggal.
Dari Jumaat sampai Ahad, I check-in kan De, Amsyar
dengan Mak dekat Hotel Putra sebelah Pusrawi tu sebab Kaklong tak dapat Single Room
lagi + senang Mak ada dekat sana nak spend time dengan Kaklong. At least ada
bilik, De pon boleh la rehat and Kaklong pon boleh rehat. Kita ni kalau tak
sihat, lepas tu ada orang melawat kekadang nak tido pon tak sampai hati. Sebab
tu konsep melawat ni kena betul especially melawat orang yang sakit tenat atau
baru lepas bersalin. They need rest. Macam Bapak, dia kalau melawat sesiapa pon
paling lama 20 minutes. Betul la konsep tu. Melainkan kalau yang tukang sakit
tak bagi tinggalkan dia or tak kasik balik, itu lain cerita.
Superior
Room ada 1 single bed, 1 queen size bed + breakfast for two now ada promo
RM180.00 sahaja satu malam. Hotel Putra ni bagi I OK la berbanding dengan De
Palma walaupon TV dia jenis kotak lagi. Kalau De Palma tu furniture dia pon
macam nak roboh.
Katil
single dia pon besar jugak. Muat la De dengan Amsyar tido. Katil lagi satu Mak,
I and Shein.
Mak
and Amsyar depan Hotel Putra. Sebelah je dengan Pusrawi. Senang kan macam ni? I
rasa konsep hotel sebelah hospital ni sangat praktikal. Buat hotel 3 star pon
dah ok. Senang pada family yang jauh-jauh nak datang visit.
Malam
tu I bawak Mak and De makan dekat Kerisik. Belakang JJ AU tu. Sini sedap makan
dia. Set Ikan Siakap + Kailan Ikan Masin + Daging Masak Merah + Telur Dadar +
Nasi for 4 only RM55.00 sahaja
Ishk,
teringat pulak Daging Masak Merah ni. Sedap!
Siakap
Stim pon sedap. Tapi kalau De masak lagi sedap.
Sabtu lepas Shein bangun tido, kitorang pon balik
sebab I ada kerja dekat KLCC. Rindu Abah Shein jugak… Siap setel semua urusan
kitorang hari Sabtu tu, Shein pon dah dapat beautiful nap, pukul 5.30pm kami berdua
gerak ke Hotel Putra nak bawak Atok, Ibu and Amsyar main-main dekat Taman Tasik
Titiwangsa pulak. Sini ok jugak sebab ada banyak ‘taman’, ada air minum bersih
semua siap. Parking je hazab. Jalan pon jem. I ambik masa almost 50 minutes
dari Ampang ke Hotel Putra. Shein dah tak sabar-sabar nak jumpa Amsyar. Masa
nak suruh dia nap tu, I promise dia if dia tido, I bawak jumpa Amsyar. Dia tido
paksa pejam mata lepas tu cakap ‘Close
your eyes. Amsyar Amsyar’. Hahahahah comel Shein. Shein kena nap, kalau tak
nanti malam pukul 7.30pm dah membuta. Bangun esok paginya pulak. 12 jam kot dia
kalau tido. Jenis hantu tido jugak Shein ni macam eerrrr okbye.
Shein
mintak ‘Hold hand Atok’.
Nak
ajak Atok tengok ‘Car’. Ada orang
main remote car. Amsyar ni dia sebaya Shein tapi terlalu dewasa untuk umur dia.
Tempat mainan bukan semua dia suka. Macam Shein, asal ada ‘taman’ semua dia
suka. Amsyar tak. Dia tak suka main-main macam tu and dia cepat boring. Cakap
pon pandai. ‘Shein ni terlalu nakal la’ Kata
Amsyar T___T Hahahahaha.
Main
bubble! Harga sebekas RM5.00 and refill RM2.00. I kasik je dekat adik tu sebab
mintak dia tolong ‘mainkan’. Dapat kat bebudak ni, tak jadik pon bubble.
Go
catch the bubble Shein!
A
few times try, baru la jadik bubble. Tapi tak cantik macam orang tadi buat la.
My
GF. If Mak duduk KL kan best… Boleh jumpa selalu.
Malam
tu I bawak Mak makan dekat Johnys JJ AU pulak. Johnys ni favorite Mak. Dia suka
makan steamboat dekat sini. Enjoy tengok Mak makan. De pon makan banyak. I pon
sama naik. Hahahahah. Dalam kereta Shein mintak ‘More Eat Mama’. Lepas tu Atok ajar cakap ‘makan’. Dah dia jerit kuat-kuat, ‘Makaaaaaaaaaaaaan!’ Hahaha.
Balik
hotel, dua orang ni continue main. Memang bising!
Selagi tak tutup lampu, selagi tu la tak stop main.
Hikmahnya pada kami Kaklong admitted, dapat la spend time sama-sama. Shein pon
puas la dapat main dengan Amsyar. Amsyar tu naik rimas dengan Shein sebab Shein
clingy dengan dia. Hahahaha. Shein tu apapa dia tak lupa Amsyar. Beli apa pon,
dia sebut ‘One for Amsyar’. Hopefully
kawan baik lah sampai besar. ‘Amsyar,
Makcik nak mintak maaf kalau Shein annoyed you too much. Dia kan sayang Amsyar?
Tu yang nak berkepit je? Hahahaha.’ This is how I spend my weekend. Memang
dengan family je and tak dapat penuhi undangan Open House kawan-kawan. Sorry
sangat-sangat. Rasa macam tak sampai hati nak makan sedap-sedap bergelak ketawa
dengan kawan-kawan while Kaklong tak sihat and family semua ada dekat sini.
Sazli pon paham…. Dia encourage I untuk spend time dengan family I. Itu pon masa
Ahad dia suruh I lunch semua dengan Mak… Kereta I tu bersepah and kotor takyah cakap
la. Macam masuk track. Aku pon tak paham amenda yang kotor sangat.
Iyannnn
dia sakit. Semoga cepat sembuh Kaklong. Sayang nko,
-eNd-
Semoga cepat sembuh k.long..dan dipermudahkan urusan..ameen
ReplyDelete*insyallah..doa org tak kenal dimakbulkan..aminn