Assalamualaikum..
Hari Khamis lepas, Kakyang tag I dalam FB pasal
Dinosaurs LIVE in KL. Tengok macam best je sebab dinosaur dia besar-besar and
boleh gerak-gerak. Shein sure suka ni. Dia ni sejenis pelik. Dia tak suka
sangat Superhero tapi lebih suka yang watak jahat. Macam cerita Ultraman, dia
lebih suka Monster. Kalau binatang-binatang ni suka semua yang ganas je. Dinosaur’s
kat rumah tu ada yang kecik, besau, ada suara, takde suara, plastic, getah
semua ada. Dia memang suka. Lagi satu dia suka Sharks. Pet tak main lain. Yang
comel-comel dia tak suka sangat. Hahaha. Bagus Shein. Senang hati Mama. Kot
kekecik ni suka melawa seram jugak nanti masuk geng kunyit. Geng Kunyit tau ke
tak? I pon baru tau semenjak follow FB Page Kisah Rumah Tangga (KRT). Stressed
aku baca. Memacam hal. Macam drama pon ada. Lepas tu now popular la gelaran Makcik
Bawang la apa la. Kah kah kah. Ok back to cerita Dedecor bak kata Shein ni ha,
kitorang 3 beranak pergi la Sabtu lepas ke MATIC Jalan Ampang dalam pukul
3.30pm macam tu. Ampang ok, Ampang. Tu pasal la gua sayang habes dengan Ampang.
Hahaha. I Google dulu sebelum datang sebab nak tau tempat ni bukak and tutup
pukul berapa lepas tu berapa harga ticket dia. Tengok-tengok bukak 10.00am –
10.00pm Monday to Sunday. Bagus. Tengok harga ticket affordable so joooommmmmmm!
Time sampai ni Shein tengah tido, naseb baik dengar suara Dinosaur mengaum
senang sikit dia bangun. Tak cranky tak apa. Happy! Tapi nak dukong and memula
macam malu-malu kambeng la. Tak lama lepas tu dia dah naik syeh. Jom tengok
gambar.
Ni
dekat depan kemah Dinosaur tu. Kemah eh orang panggil? Sebab dia memang macam
Khemah pon tapi besar la. Pau Mama sekor Dinosaur and satu pedang. Ada la buat
perangai sekejap sebab nak lagi sekor, tapi kena tazkirah dengan I. Serious I
memang tazkirah je Shein sekarang. Naseb mendengar. Hahahaha.
Masuk-masuk
je nampak T-Tex ni. Bapak segala bapak besar nak mampos! Mengaum-ngaum. Takot pulak
aku. Hahaha.
Kat
sini ada yang jenis bergerak, ada yang tak gerak. Setiap ekor Dinosaur dia akan
bagi info macam nama, diet semua lah. Ni kalau ada Rayyan each type dia tau
nama. Kalau I semua pon Dinosaur. Tapi dia ada 2 kategori lah. Dinosaur baik
dengan Dinosaur jahat. Yang ni Dinosaur cicak. Aci boleh je kasik nama.
Yang
ni semua boleh bergerak ye? I ni pakkal la nak tunjuk macho depan Shein, kalau tak
ada jugak rasa takot. I cakap dalam hati ‘Mampos aku ngigau malam ni’
Ooo
yang ni I tau ni. Pernah tengok dalam Jurasic Park. Dia kecik, tapi jahat ni. I
don’t like you.
Lighting
dia memang on point and nampak real. Shein punyalah suka.
Ada lebih 40 jenis life size animatronic dinosaur yang korang boleh tengok dekat sini.
Ok,
belanja la gambar I sekeping.
I suka dekat sini. Kenapa? Sebab dia punya aircond
sejuk. So selesa la untuk princess diluar sana yang tak suka berpanas macam I.
Untuk kanak-kanak pon selesa. Lepas tu ada tempat makan walaupon choices of
foods limited tapi at least ada la nasik, eskrem and snacks macam pau semua tu.
Lepas tu kerusi pon banyak untuk peneman duduk layan screen cerita dinosaur
jugak. Ada Bouncing Castle tak silap 1 3 jenis kot? So bebudak boleh main dekat
sini puas-puas and berbaloi la dengan harga sebab lebih kurang sama macam masuk
Gym. Lepas tu ada macam-macam activities for kids and ada jual-jual souvenir
memacam jenis dari soft toy sampai la ke pedang semua ada. Sediakan ajer duit.
Toilet pon ada tapi tak berapa bersih sangat la. I kasik 6/10 macam tu. Agak
luas jugak tempat ni. Overall I kasik
7.5/10 bintang. If korang nak datang, lepas-lepas Zohor pon ok. Takyah kalut.
Sini duduk 4 jam baru puas and kanak-kanak puas main. Nak bagi lagi seronok,
anak korang mesti ada kawan. Takde kawan pon takpe tapi sekejap kang Mama Mama
Mama menyampah jugak. Kalau ada kawan kurang la menyerengak I.
Ni
untuk activity pecahkan telur. Kena bayar RM10.00 tak silap I. I tak bawak
Shein dekat sini sebab baru lepas kena Pau RM60.00 untuk seekor Dinosaur.
Hahaha. Sini dia punya entrance.
Sini
exit.
Amboi,
siap pakai lab coat. Nampak macam menarik ni. Nantilah next time datang lagi
sekali, I bawak Shein try all activites. Lagi best kalau ada kawan sekali.
Bouncing
Castle pon semua besar-besar.
Yang
ni kecik sikit.
I
think this one sesuai untuk budak 3 tahun kebawah. Emak-emak boleh duduk tunggu
dekat sini. Ada kerusi disediakan.
Ni
nak masuk FREE. Dorang build Dinosaur guna kayu-kayu macam korang boleh nampak
dalam gambar tu. I malas masuk. Kang I tak pandai cantum, Shein yang stressed.
Ni
favorite Dinosaur Shein. Dia suka la sebab kecik and baik. Lepas nampak yang
jenis ni, terus pau I yang toys punya. Lepas dapat, berlari dia datang sini
letak dekat sebelah and cakap ‘Mama same!’ I pon tak perasan.
Pedang
bunyi and lampu-lampu ni harga RM30.00
Yang
besar-besar dia takot. Abah nak datang dekat ambik gambar pon dia tak kasik.
Sini
ada dekat depan Bouncing Castle, area Mak/Pak makan sambil menunggu anak-anak
bersukaria main dalam Bouncing Castle.
Soft
Toys pon ada jual. Naseb Shein tunjuk je, takde mintak.
Sini
BAHAYA. Sini la jual memacam toys. Dinosaur LIVE in KL ni dari company
Australia. Mat Saleh yang jaga ni not so friendly. Nora kasik 2 bintang je.
More
toys yang dijual.
Tu
nampak ekor je tu. Punya panjang.
Tachiu Papa bawak I dengan Shein datang sini.
Ok,
sebelum balik ambik gambar dulu dekat sini. Always full je.
Gini
la rupa khemah Dinosaur LIVE in KL ni.
Amacam, best tak? Sesapa yang ada anak-anak suka
dengan Dinosaur, boleh la datang sini. Macam I cakap tadi Show ni dibukak
10.00am – 10.00pm setiap hari. Please spend minima 4 hours’ baru la anak-anak
puas main. Korang boleh arrange time sendiri. Makanan tak berapa banyak choice
tapi boleh la nak alas perut. Outside Foods I tak sure boleh bawak ke tak.
Harga tiket untuk pemegang MyKad and MyKid berbeza dengan foreigner. Dewasa RM50.00 seorang. Kanak-kanak 3-12
tahun RM30.00 and below 3 is FREE. Show ni dah bermula dari 14 July
lepas and akan berakhir pada 14 Jan 2018 so jangan kalut-kalut eh? Ada masa 6
bulan dari show bermula. I pon memang nak bawak Shein datang sini lagi. If
tanya I value tak for money? I jawab YES sebab harga sama je kalau bawak masuk
Gym. Sini ada banyak Bouncing Castle and ada Dinosaur as well. So berbaloi, Cuma
kalau laaaaaaaaaaaaa dewasa masuk FREE lagi best. Hahahaha.
Dinosaur LIVE in KL
The Lanai, Malaysia Tourism Centre (MaTiC),
Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Contact : 03 9235 4800 / 4900 – number of MaTiC
Website
: www.dinosaursalive.asia
-eNd-
Menariknye tempat ni..nk pergi jugak..anak2 i pun suka dinosaur2 ni..tq for sharing
ReplyDelete