Pages

Monday, August 14, 2017

Go’Bang Maju Patin Tempoyak

Assalamualaikum..

Hari Khamis lepas I first time makan dekat Go’Bang Maju Patin Tempoyak dekat area Sri Rampai. Bapak la sedap! Sama sebijik macam dekat Temerloh. Kalau kurang pon maybe dalam 0.5% la kot? Ikut tekak I, dia kena masam lagi sikit baru ngam. I suka sini sebab ada banyak ulam. Ulam pulak semuanya fresh. Ada pucuk kayu, ulam pegaga, daun selom and pucuk ketereh. Tak sangka KL ada ulam-ulaman macam ni. Ni jugak first time rasa dia punya Pais. Pais ada dua jenis. Patin dengan Ikan Tilapia. I chose Patin la. Tak dapat la Ikan Tilapia sebab itu mimpi ngeri I. Mau demam kalau makan. Hahaha. Kita makan bertiga bil kena RM80.00 macam tu. Ikan Patin dia RM12.00 untuk semangkok. Kalau nak kuah jer RM2.00 amboi. Kitorang ambik Ikan Patin 2 mangkok, Ikan Baung Masak Lemak CIli Padi 1, Pais Ikan Patin 2, Ulam-ulam makan and bungkus bawak balik, Air 3 jenis, Nasi 3 pinggan and sambal sikit-sikit 4 bekas sos tu. Ni kira mahal ke murah eh? Kalau bagi I, harga macam ni dengan dia punya rasa kira puas hati la. Biasa la first time makan semua nak merasa. Tu pon I jeling je Ikan Patin Masak Asam Pedas. Go’Bang ni selesa sebab kedai dia besar, corner lot. Ada system yang bagus. Peti Ais Dessert pon ada. Cuma yang tak best sebab time makan, banyak sangat orang mintak sedekah. I kurang sikit kalau tengah makan, orang nak jual ubat la, nak jual pen la, nak mintak derma la. Lepas tu jenis hati kental, cakap suruh datang balik lepas makan pon dia berdiri je. Selagi tak bagi. Hati kau kental Zack!


Pinggan I, Ikan Patin ambik kepala, I suka bahagian lemak-lemak lembik dia tu. Pais Ikan Patin, lepas tu tumbuh-tumbuhan. Ada pucuk ketereh OMG sedap giler. Makan dengan kicap manis. Dekat sini pulak guna Kacap Cap Kipas Udang. Bagus!



Ni sambal kaklong ambik. Ada Budu, Sambal Belacan, Sambal Tempoyak dengan Kicap Bawang.


Pais Ikan Patin Go’Bang Maju ni memang sedap! Ikan dia takde rasa hanyir. Dengar cerita Ikan Patin dekat sini and jugak resepi dia semua dari Temerloh. Sebab tu rasa dia tak lari. Kalau rasa dia lari, kena la kejar. (Lawak tak?)


Wuuuuu Sedapnyaaaaaaaaaa!! Terliur pulak tengok. Ni kena repeat anytime soon ni.

I ingat semua orang taktau lagi Go’Bang ni so that I pon boleh la poyo-poyo dengan semua orang. Padahal semua orang dah tau. Kata Intan dia dah a few time lunch dekat sini sebab sini favorite Dato’ dulu. Sampai hati tak cerita dengan I. Boss I pon cakap dia dah tau and muka eksyen je cakap dah makan dia punya Pais. Dah tu, aku sorang je la yang tau kisahnya sekarang ni eh? Hahahaha. Sian I. So, untuk pencinta Ikan Patin Masak Tempoyak yang berada di Kuala Lumpur, korang boleh la makan dekat sini Ok? Operation hours dari 10.30am – 11.00pm every day. Ye ke every day memandai je I. Hahahaha. I ingat nanti nak bukak restoran Ikan Patin jugak la. Tukang masak dia De la. Sebab De masak sedap. Hahahah. Kalau dalam Trip Advisor rate 4 out 5 star. Kira ok la kan? So jangan lupa nanti makan dekat sini Ok? Kalau makan sesedap tu ingatlah dinda di sini. Kbye.

Go’Bang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai
19, Jln Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai,
55100 Kuala Lumpur.

-eNd-

1 comment:

  1. kak su dekat food court wisma geah dpn klcc tu da ada gobang maju..baru bukak,,g la terjah

    ReplyDelete