Assalamualaikum..
Semalam I ada share kisah Hud Ku Sayang dalam FB I and
harini I compile jadik 1 entry. Senang korang nak baca and pahamkan. Kisah ni I
copy dari FB-Page Kisah Rumah Tangga (KRT). I edit sikit la yang bahasa
short-form and letak koma, titik elok-elok supaya lebih mudah difahami Ok?
Credit to KRT untuk kisah Hud Ku Sayang ni. Punya menarik kisah ni sampai rasa
macam Drama TV3 pulak. Ni betul punya Drama ni. I bet, mana yang jenis layan
drama, sure baca sambil tersengih-sengih. Hahahahaha. Enjoy!
Part 1 – Hud Ku Sayang
Assalamualaikum Admin KRT.
Maafkan saya, saya gunakan
fake akaun untuk buat luahan ni.
Saya seorang perempuan yang
berumur awal 20-an. Saya baru saja menamatkan pengajian degree. Saya taktau nak
start cerita ni dari mana. November 2016 adalah detik paling pahit bagi saya. Saya
tak datang period selama 2 bulan, lepas buat medical checkup di sebuah hospital
Swasta, saya disahkan pregnant 5 minggu. Masa tu, saya terkejut sampai nak
pitam. Saya tak pernah terlanjur dgn sapa-sapa, bahkan saya takda teman lelaki
pun. Saya sangat menjaga ikhtilat saya.
Keluarga saya start marah dan
benci dengan saya. Saya dianggap sebgai anak yang memalukan keluarga. Keluarga
saya agak ternama, sebab ayah saya Businessman. Demi menjaga nama baik keluarga,
saya telah dipaksa berkahwin dengan sepupu saya. Sepupu saya setuju nak bantu keluarga
kami. Kami nikah pada Januari 2017. Perjanjian telah dibuat. Kami akan bercerai
pada September 2017 bila saya dah bersalin dan habis pantang. Selepas
berkahwin, saya ikut menetap dengan suami di KL. Suami saya seorang deliver Domino
Pizza. Pada awal perkahwinan saya amat tertekan. Sampai demam selama seminggu.
Tapi suami saya sangat prihatin dengan saya. Dia menjaga saya dengan baik, even
masa saya demam dia lah yang mandikan saya, lap badan saya, masakkan bubur
untuk saya.
Namun saya bersyukur dia
seorang yang sangat-sangat menjaga solat. Tapi ada ketikanya saya malu juga
bila sepupu yang agak rapat dari kecil, sekarang dia dah nampak semua aurat saya
ketika dia mandikan saya. Dia kata kat saya, jangan fikir bukan-bukan. Anggap
jer macam seorang Abang jaga seorang Adik. Saya selalu menangis kat dia dan
cakap kat dia yang saya tak mengandung pun. Saya tak pernah buat perkara keji
tu. Dia hanya mengangguk dan selalu cakap yang dia percayakan kata-kata saya.
Dia selalu bagi saya kata-kata semangat.
Kami tak pernah tidur sekatil,
sepanjang perkahwinan kami tidur dibilik asing-asing. Cuma sekali sahaja kami
tidur sekatil, masa tu dia urutkan kepala saya masa demam, kebetulan dia baru
balik dari kerja terus terlena atas katil saya, tapi kami tak pernah melakukan
hubungan kelamin. Dia tak pernah nak mengambil kesempatan terhadap saya.
Dua bulan berlalu. Kami berdua
jalani hidup seperti pasangan yang awkward. Yelah, Sepupu yang selalu mengusik
saya masa zaman sekolah, kini dah jadi suami saya. Dulu dia seorang yang
periang, suka sakat menyakat, sejak berkahwin jadi agak pendiam. Kami bercakap
bila perlu jer. Time makan pun kami jarang bersembang. Saya tak bekerja, hanya
suami jer bekerja. Saya pernah terbaca payslip dia, gaji bersih nya 1700+, kami
duduk dirumah sewa. Sebulan rm500, tapi yang buat saya terharu, suami saya
tetap bagi saya RM500 untuk nafkah zahir setiap bulan, jadi dengan baki RM700
tu lah dia guna untuk belanja dapur, minyak motor, bil telefon dan duit kopi
dia sementara tunggu gaji bulan seterusnya. Keluarga belah saya langsung tak
ambil peduli pasal saya, hanya kakak saya jer yang selalu melawat saya dekat
rumah.
Bulan April yang lalu, satu
perkara telah berlaku. Saya tak tahu samaada saya nak gembira ataupun sedih.
Pada satu pagi perut saya sakit sangat. Darah mengalir dari alat sulit saya dengan
kuantiti darah yang banyak. Saya ingatkan period. Masa tu sakit bercampur
gembira, saya fikir saya tak pregnant, saya ajak suami pegi buat medical
checkup sekali lagi, kali ni di Hospital Kerajaan. Rupanya, ada ketumbuhan di
rahim saya. Doktor cakap mungkin itu lah punca kitaran haid saya terbantut pada
hujung tahun lepas. Doktor suruh saya jalani operation untuk buang ketumbuhan
tersebut. Suami pun bersetuju. Segala kos operation, Suami saya tanggung dengan
duit simpanan dia masa bujang dulu. Selepas operation, dia ambil cuti selama 2 minggu
untuk jaga saya dalam pantang. Saya mula jatuh cinta dengan sikap prihatin dan
penyayang dia terhadap saya. Tapi saya tak bagitau. Saya malu kalau saya
bertepuk sebelah tangan. Setelah pulih dari operation, keluarga saya datang
jumpa suami saya. Ayah saya mintak supaya kami bercerai lebih awal. Saya
disuruh sambung sijil master. Saya geram dengan tindakan selfish ayah. Tapi
suami saya seakan menurut saja permintaan Pakcik dia. Bulan puasa yang lepas,
dia naik Pejabat Agama untuk urusan dokumen penceraian.
Saya sedih. Saya dah terlanjur
sayangkan suami saya.
Raya baru ni saya ada bertanya
pada dia.
"Abang betul ke nak
bercerai dengan saya?"
Dia hanya gelak.
"Betul la, kan haritu
perjanjiannya macam tu."
Walaupun dia ketawa, tapi saya
tau yang dia jugak sedih nak bercerai dengan saya. Mungkin ego lelaki yang
membuatkan dia susah nak cakap yang dia jugak sayangkan saya atau mungkin dia
taknak bergaduh dengan ayah saya. Lepas dengar dia cakap macamtu, saya tak jadi
nak luahkan perasaan saya pada dia.
Hujung bulan ni, kami akan
naik ke Mahkamah untuk lafaz talak.
Saya sedih sangat. Saya taknak
bercerai dengan dia. Saya sayang suami saya sangat-sangat. Saya rasa saya
takkan jumpa dah lelaki yang baik macam Sepupu saya ni. Masa takda orang nak
percaya dengan saya, dia jer lah yang selalu bimbing dan percaya dengan apa yang
saya cakap dulu.
Saya mohon sangat pendapat
kakak-kakak, apa yang saya perlu buat untuk selamatkan perkahwinan saya ni.
Perlu ke saya bagitau cepat perasaan saya pada dia? Mohon semua doakan yang
terbaik untuk saya dan suami.
Part 2 – Hud Ku Sayang
Assalamualaikum Admin.
Saya confessor yang tulis
semalam pasal nak bercerai dengan sepupu saya hujung bulan ni. Sebelum tu, saya
nak cakap terima kasih banyak-banyak pada akak-akak yang bagi komen membina
pada saya. Saya ade terbaca jugak komen-komen yang kata saya ni menipu lah,
bajet-bajet Maryam Nabi Isa lah. Saya tak pernah pun cakap saya ni semulia Ibu
Nabi. Dan ade jugak yang cakap, saya mereka cerita, jujur saya cakap sikit pun
tak ambil hati dengan komen begitu. Apa yang boleh saya buat. Saya doakan anda
dan ahli keluarga tak terkena penyakit begitu. Saya rasa serba-salah sebab post
saya ramai yang bertengkar. Ada jugak komen yang cakap suami saya lurus dan
pendidikan rendah lah. Sebenarnya, suami saya abis belajar dulu. Dia 2 tahun
tua dari saya. Dia ade degree dalam kos pengajian kaunseling. Muet dia pun
tinggi dari saya. Cuma dia suka buat kerja yang tak duduk dalam ofis. That’s
why dia kerja deliver.
Terima kasih kepada Kak Cahaya
Iman Haykal. Komen akak yang paling awal bagi dorongan pada saya semalam. Tak
lupa jugak pada akak-akak yang lain. Terima kasih sekali lagi.
Masa saya taip confess petang
semalam, saya masih duduk kat umah parent sejak dari hari raya lagi. Jadi dah
lebih kurang 3 minggu saya tak duduk dengan suami. Lepas abis cuti raya dia
balik KL terus masuk kerja. Sebenarnya, lepas akak-akak komen suruh saya luah
perasaan pada sepupu saya tu, saya tak ikut pun cakap akak-akak semua. Saya
rasa biarlah apa nak jadi pun jadi lah.
Tapi saya tak sangka malam
tadi, saya dapat wassap dari dia.
"Apa perasaan dapat
banyak likes? Seronok ke buat macamtu?”
Saya tetiba risau kalau-kalau
dia baca post tu. Saya tukar topik tanya dia dah ke makan belum.
Dia reply,
“Kemas kain baju, esok pagi
saya datang ambil. Duduk rumah orang lama-lama. Macam takde rumah sendiri
pulak".
Saya jadi geram pulak dia
mesej macam tu. Saya kemas semua pakaian. Time nak tidor tu, saya asyik
terkenangkan kalau esok pagi dia marah-marah saya pasal post tu. Walaupun dia
bukan jenis baran tapi saya pernah tengok dia pukul adik dia pasal adik dia
merokok kat asrama, itupun 5 tahun lepas.
Pagi tadi dia sampai, naik
kereta Saga dia tu. Terkejut jugak. Biasanya dia tak pernah bawak kereta kalau
jalan jauh. Balik kampung haritu pun kami naik bas jer. Lepas salam-salam
dengan family, kami terus balik. Dia taknak stay lama-lama kat rumah Ayah saya.
Sepanjang kami dalam kereta tadi, dia senyap jer tak cakap-cakap ape. Saya pun
tak berani nak tegur macam-macam. First time tengok dia serius. Biasanya blur
dan cool jer. Sampai kat rumah, saya tanya lah kenapa ambil cuti hari ni? Saya
boleh naik bas balik KL. Dia diam jugak. Dari petang bawak ke Isyak dia masih
senyap. Saya pun tak berani la nak tanya banyak kali. Tengah nak lelapkan mata
tadi, dia wassap saya macam dalam gambar kat bawah ni. Saya rasa malam ni saya
lah insan yang paling bahagia sekali atas muka bumi. Terima kasih sangat pada
akak-akak yang doakan kami. Semoga Allah jer yang dapat balas semua jasa baik
akak-akak semua. Harap2 dia tak baca post saya yang ni. Mesti dia marah lagi. 😂
Part 3 – Hud Ku Sayang
Assalamualaikum Admin. Ni saya
Hudzaifah. Suami Asyikin. Nak mintak tolong Admin, boleh tak delete pic
conversation WhatsApp yang wife saya bagi haritu? Segan ler. Boleh ye Min? Ouh, lagi satu nak
bagitau. Terima kasih pada Admin dan semua yang mendoakan rumah tangga kami. Nak bagitau, kami memang takj adi
bercerai. Hal Family pun dah settle kelmarin, jadi boleh lah padam
posting-posting Wife saya sebelum ni. Sebenarnya banyak misunderstanding jer
pun. Hahah. Ini pun saya check messenger dia. Baru jumpa fake account dia ni.
Hahah. Ini first time saya yang confess kat KRT ni. Lepas post yang ni saya
akan delete akaun dia ni. Weekend ni kami pindah rumah baru dekat area Bukit
Gasing, PJ. Kami ingat nak buat kenduri doa selamat sikit. Nak jemput semua tak
mampu. Sape yang duduk dekat area tu, komen lah kat post ni. Nanti saya inbox
invite personal. Boleh kenal-kenal jiran setempat. Yang duduk Taman Dato Harun
atau Taman Medan pun boleh komen. Sekali lagi, terima kasih pada yang mendoakan
hubungan kami sebelum ni. Moga Allah SWT kurnia kan ganjaran yang setimpal pada
kakak-kakak semua. Ameen.
Notakaki : Dalam Part 1 sampai Part 3 memang macam-macam komen yang I
baca. Sampai gaduh-gaduh la Makcik-Makcik Bawang sekalian hahahaha. Ikutkan
kalau I sendiri baca, memang tak logic giler. Firstly, masa dia disahkan
pregnant and dia tau yang dia tak pernah buat hubungan sex, kenapa tak dapatkan
second opinion dekat Hospital lain? Kata Degree holder? Takkan la tak boleh
berfikir secara bijak sikit? Ni bukan zaman dulu kala. Menda miracle ni berlaku
pada Maryam sahaja ye? Lepas tu mana ada dah. Walaupon Allah cakap ‘Kunfayakun – Kalau Daa cakap jadik,
maka akan jadiklah’. Taaaaaaaaaaaaapi ni kan tahun 2017? I tak take
serious pon kisah Hud and Asyikin ni. Ambik sebagai hiburan je. Lagipon nampak
macam sweet sangat. Kalah Suri Hati Mr Pilot. Lagipon ikut trend drama Melayu
sekarang jenis yang tak becinta – terpaksa kawen – lepas tu baru jatuh cinta so
OK apa? Hahahahaha.
Kalau betullah Hud and Asyikin ni wujud, nak jugak tengok rupa dorang
macam mana. At least dapat la tutup mulut Netizen yang cakap kisah dorang ni
dongeng and tak wujud. I dah siap forward kisah ni dekat Scriptwriter friend
Marini Md Zain and Natasya Farhana. Mana tau boleh buat skrip untuk drama.
Tengok dalam KRT, TV3 pon ada respon kata kalau ada permintaan boleh buat. Ni
kalau masuk slot Akasia ni CONFIRM MELETOP. I nak hero Syukri Yahya lah. Heroin
takde idea. Tapi kalau ambik I pon ok apa? Tak dapat jadik Pembaca Berita,
jadik Pelakon pon ok Kah kah kah. Thank you KRT kasik hiburan pada I. Baca
confession lain naik sakit jantung aku, yang ni je menghiburkan. Untuk Hud and
Asyikin, semoga bahagia sampai ke Syurga. Amin…..
-eNd-
7 comments:
hahaha kaksu kaksu
ni kisah benar ke kaksu? mcm dramaaa tau..i pun suka syukri yahaya..best dia pye lakonan..menjadddiii je
Kaksu klu jd kan drama tv3 tu sy pn nk syukri yahya jgk dgn nelydia senrose..bru sengeh time tgk tu..kann
Cam drama@novel.plk😀
Tp realiti...alhmdulilah..jodoh😊
Syukri Yahya dengan Zara Zya boleh tak Kak Su? sweet kan citer diorang ni... kisah yang lain dalam KRT sakit jiwa
Setuju shukri yahya woowww suwit sgtt
Yeahhh masuk jugak dlm tv3 slot akasia .... selasa ni start .. smpai sini cari kisah die balik , sbb suka masa baca tuuu 😛😛😛
Post a Comment