Assalamualaikum..
Minggu ni memang minggu makan untuk I la. Naseb la
ada House of Corset so takde lah takot nak put on weight sangat. I memang berat
dah setahun ni turun naik tak lebih 60kg. Ikutkan takde la ringan mana tapi
kira ok la dengan tinggi I. Ikut nafsu makan, susah nak dapat 53kg tapi
InsyaAllah boleh cuba. Pada yang tanya macam mana cara nak menten berat badan,
senang je. CUT SUGAR, NO RICE AND NO DINNER. Itu sahaja. Sugar la punca berat
badan naik. Kata la tingin nak makan dessert kan? Boleeeeeeeeeeeeeh tapi lepas
tu kena la ‘bilas’ dengan air kosong yang banyak. Kalau pagi pon minumnya
horlic, tengah hari milo dinosaur, malam ice blended and in between nak pekena
affogato manjang mana kan mau kurusnya? Sugar tu. Konon rasa tak makan sebab
seharian bedal Starbucks Ice Blended and tak makan nasik tapi nape tak kurus? Itu
yang salah ye Tuan Puan Saudara Saudari sekalian? Kalau dah ambik high sugar
intake memang payah la nak kurus. I ingat dulu, masa memula I nak turunkan
berat badan I sangat sangat sangat sangat berdisiplin on sugar intake.
Kesannya? Memang senang turun berat badan. So pada yang baru nak start I
suggest start with House of Corset, kurangkan portion nasi kepada half, jangan
dinner and watch out on sugar intake. Ubah slowly, jangan drastic. Pakai HOC tu
sebab nak bagi padan ‘sendat’ so makanan tak boleh masuk banyak-banyak sangat
and as a motivation jugak. Bila dah pakai HOC consistent nanti lama-lama body akan
ada shape no matter how debab diri kita. So dari situ akan rasa lebih
bersungguh nak turunkan berat badan. Meanwhile, harini kita tengok gambar
makanan je la eh? HAHAHAHAH.
Beef
Stroganoff Pasta from Bake O’Cake. RM25.00 harga beliau. I suka kuah banjir
macam ni.
BBQ
Chicken Salad ni pon sedap. RM20.00 sahaja. Kitorang kongsi bertiaga (Dyba,
Intan and I) makan dengan spaghetti and jugak dessert.
Nuttella
Cheesecake. RM17.00/slice
Hi
Beshiendong-shiendong Mama…. I love You… Dia kalau baru dapat toys mesti cakap ‘Tachiu Mama.. I love you…’ Pandai
bodek. Kekadang Abah pon dia suruh cakap thank you kat Mama pulak.
Ni kitorang makan Jumaat lepas. I kena ambik Shein
dekat Bake O’Cake sebab dia ada activity dekat Taman Tasik Ampang Hilir dengan
Schoolmates lepas tu hantar balik rumah Baba and Maktok. Half day je sekolah
sebab dah abes term. Ni dia berfoya-foya la takyah sekolah 3 minggu. Tapi malam
tadi ada orang rindu sekolah lah! Dia tanya dekat I, ‘Mama, tomorrow good morning Miss Ainu, Good Morning Edifah’. Kalau
macam tu maksudnya dia tanya esok sekolah ke tak. Hahahaha. Tapi drama je. Kata
Sazli, pagi tadi happy la lepas mandi tak payah pakai baju sekolah and semua
toys dia nak angkut pergi rumah Mak Tok. Dekat sana ‘No Gadget Rules’. Tidak
dibenarkan pegang gadget at all. Nak main, kena main dengan Baba and Maktok.
Bagus jugak tu. Habes-habes pon depa tengok la cartoon. Petang-petang nanti
Baba bawak la dia naik basikal dekat depan rumah. Tu kekadang lepas mandi pon
dah bau udang sebab main non-stop. Debab la Shein duduk rumah sebab dia kalau
dengan Baba and Maktok memang mewah la makan. Kekadang 3 meals sehari semua nasik.
Balik tu ada hati mintak ‘Chickes’ (Chicken) dekat I.
Sapa
suka Meang Kam, angkat tangan!
Macam
ni cara makan dia. Memang layan…
Ni
Pineapple Rice. I tak suka, Intan pon tak suka tapi takper la at least dah
rasa. I memang teringin nak rasa macam mana.
Hadoi.
Cannot move on la dengan Pulut Mangga. So far takde lagi tempat yang sedap I
dapat cari dekat KL ni. Sapa tau boleh share dengan I. Kot ada yang boleh
delivery ke, lagi bagus.
-eNd-
1 comment:
assalamualaikum kaksu
pulut mangga yang konsisten sedap. cukup lemak n kuah dia bukan stok pakai susu pekat ke apa. adalah dekat kg baru, suraya seafood. haha betul2 depan hospital al islam kg baru.
nanti cuba tau.
-eclass adibah-
Post a Comment