Thursday, August 17, 2017

Mekap Cantik by Imaan Elulue

Assalamualaikum..

Zaman sekarang memang trend mekap sweet-sweet je eh? Ala-ala ND masa dia kawen haritu and latest ni mekap Tengku Inah by Saidatulnisa also sweet je I tengok. Ramai orang fikir, kalau mekap sweet macam tu charge dia akan jadik murah sebab tak tebal and guna barang mekap sikit. Tapi tak yer? Sebenarnya mekap sweet macam tu la memerlukan skill yang lebih tinggi nak kasik perantin tetap nampak cantik, tanpa bantuan fake eyelashes, contact lense cerah, pipi merah macam kena penampak kokodai and lipstick bold. Muka nampak tak berubah sangat tapi still nampak cantik and sweet jer. Susah tu nak buat. I ingat masa Nadia (kawan I) kawen last year (ke last 2 years tak ingat dah) by AyangKamell pon mekap jenis macam tu. Lama jugak pon mekap. Sama je macam mekap tebal biasa tu. Maksudnya Nadia dulu la yang buat trend makeup sweet sebelum ND and Tengku Inah. Haaaaaa. Tu, korang boleh tengok dekat sini. This time, I nak share MUA yang I biasa collaborate bersama sejak tahun lepas untuk ANNESURAYA punya projeck, Imaan Hatta. Dia ni kawan baik Atita Haris and Atita memang banyak kali la mekap dengan Imaan ni sebab kena dengan taste dia. Atita tak suka mekap tebal sangat, macam yang nkorang tengok dekat IG dia. Sweet je kan? Now pon dah banyak dah artist yang dia mekapkan and makin kencang dia punya bizniz. Sebelum charge dia melambung and beliau lebih popular serta profile dia makin mantap, baik la korang ambik sekarang. Pada I, charge Imaan ni berbaloi and kena la dengan skill dia. Barang-barang mekap dia pon yang 1st grade. Mekap semua jenis orang tak mengenal darjat dia guna mekap yang sama. Kekadang ada MUA yang pilih bulu time mekap. Display je MAC, Estee Lauder semua tapi yang guna cap Giant. Ada jugak yang baru pergi kelas mekap sekali lepas tu terus claim diri MUA, yang tak tahan charge dah jadik RM300 untuk bertunang. Padahal mekap punya hasil, I pon geleng kepala dah tu barang mekap yang dia guna pon fake punya. Acane? Memacam hal.

Atita Haris dalam natural look by Imaan. Cuma dia pakai bulu mata palsu jer. Si Titot memang suka pakai bulu mata palsu.



Yang ni pon cantik kan? Now mekap-mekap macam ni la trend. Nampak sweet je kan?


Ni mekap dinner yang sweet jugak. 


Mekap nikah.


Hairdo pon Imaan boleh buat, yang pakai tudung pon boleh jugak. Tak ramai MUA yang boleh buat rambut.


Korang boleh tanya Imaan, mekap macam mana yang sesuai dengan nkorang and nak yang macam mana. Of coz dia akan advice the best look of you tapi dia also ambik kira apa yang customer dia nak. Yang ni pon tak nampak heavy sangat. Tapi dia pakai contact lense grey.


OMG memang semua pon nampak manis-manis kan Si Imaan ni mekap?


Ni la Imaan. Nama glemer Elulue. Ngada. Pang nak?

Kalau korang berkenan dengan hasil mekap Imaan boleh la kontek beliau sendiri. Dia boleh mekap untuk semua acara. Dinner, Tunang, Nikah, Sanding, Berangan, Profile, Catalog serta mekap Bridesmaid jugak atau mekap nak pergi open house serta event. Semua boleh. Mekap untuk saja-saja feeling perasan cantik macam I biasa buat itu pon bole kak kah kah. Kasik tau je nanti Imaan bantu menyelesaikan masalah mekap anda semua. I tanya Imaan, dia cover kawasan mana, kata beliau serata donya… Tapi ada charge transportation la kalau luar KL. Kata nak carik makan? Kalau minyak kena tanggung sendiri kasihani jugak dengan beliau. Dah la charge pon dah murah. Kalau FREE transportation bila nak kaya and boleh belanja I makan ketam serta dipndip? Kan? Kalau korang amek Imaan, Package yang nkorang dapat selain mekap cantik dari Imaan ialah dia akan mekap dengan kasih sayang, telus, tak pilih kasih, takde gossip - kalau ada pon dia jenis simpan rahsia. PROFESSIONAL (Kalau A musuh dengan B pon dedua dia boleh mekap lepas tu takkan ada masalah belakang hari hahahaha), dia jenis tak bawak mulut, tak ngumpat belakang, kelakar, bongok serta menghiburkan hati. Susah nak dapat package yang macam ni. So adakah anda rasa berbaloi? Kalau ya Taip ‘SAYA MAHU MEKAP DARI IMAAN’ dan send ke 28882 hahaha.

Harga beliau
Dinner RM200
Tunang RM250
Nikah RM300
Sanding RM400

Kalau guna code CHOOYAYA YANG CANTIK boleh dapat less RM20.00 OK APAAAAAAAA? RM20.00 boleh kenyang ok? Dapat Mekdi and Kepsi. Kalau beli Nasi Lemak Kukus Ayam  area rumah I dapat 4 kali makan. Berharga jugak tu. Check out hasil-hasil Imaan dekat Instagram beliau yang private tu (budget ada stalker and exclusive) and Call/WhatsApp Imaan dekat 019-6008598. Ok?


-eNd-

3 comments:

ita citot said...

Tengok muka dia ni sekali imbas macam Linda Rafar. Masa Kak Su buat kelas mekap sblm ni ingatkan kolaborasi dgn Linda Rafar tu, rupanye org lain. Hehehee...

Macam muka Kak Su ade iras pelakon ni nama Lia Natalia. Ce try gugel. Haha tetiba selit jugak psl Kak Su. Huhu...

Chooyaya! said...

Ita Citot : Ha a mmg ada iras Linda Raffar. Lia Natalia mmg ada iras Kaksu eh? Few orang jugak ada cakap. HEHE

ita citot said...

Ye Kak Su.. Masa memula jumpa blog ni ita ingatkan pelakon tu. Bila belek bebetul owh bukan rupanye. Tapi mmg ada iras la Kak Su. Klw dah few org ckp tu maknanye betul la tu. Hehehee...