Pages

Wednesday, August 30, 2017

Punca Kekalahan Team Malaysia?

Assalamualaikum...

Tahniah team Malaysia dapat Perak untuk Sea Games KL 2017. Tak rezeki, nak buat macam mana. Dah la main dekat Malaysia lepas tu kalah pulak time I datang tengok live, lagi la sedih. Time aku tak datang boleh pulak dia menang. Mana la keadilan dalam dunia ni. Hahahah. Sedih sangat semalam masa Thailand goal. Terus I nanges tau? Time tu dah takde mood, tapi naseb baik budak remaja dekat belakang ni sokong bersemangat jerit-jerit sampai I terpaksa tenangkan dia . Dah la beli tiket mahal dekat ulat, hujan pulak tu and kalah lagi. Package malang bertimpa-timpa hahahahha. Itu Wana, Apai dengan Zack Galak melancarkan gerakan menghalang I dari datang Stadium tengok bola sebab asal I tengok la bola dekat mana-mana confirm kalah. Sebelum ni team sayur Wakdan, now Malaysia team pon dah berjangkit. Maknanya I kena duduk tengok bola dekat rumah baru Malaysia boleh menang. Apai suruh I tengok Netball ke, Snooker ke. Yang tu takpe.. Asal jangan 'kacau' team bola Malaysia. Bongok la Apai! Ni kepala berat, rasa macam nak demam. Sian I sangat tau? Dalam sedih-sedih semalam naseb la bebudak WakDan menceriakan I dekat FB. Terhibur jugak rasa dirihku inih. Untuk Team Malaysia jangan patah semangat, cuba lagi next time Ok? Tapi Sea Game Malaysia entahkan bila. Patut nak cuba kasik menang time malam tadi. E!

Nah I belanja sekeping gambar dengan Intan. Semangat tu pasang sticker dekat Malaysia. Abang mana entah belanja. Kata Intan, entah tu je duit RM50.00 dia ada, kena pulak bayarkan kita. Kepada Abang tersebut tak kira dimana awak berada, Intan doakan awak murah rezeki. Intan tau? Bukan I. Haha.

Nanti gambar lain I update next week. Ni I nak balik Jengka dah, nanti Jumaat lepas Solat Raya InsyaAllah I akan balik KL pulak. Cuti lama ni, harap semua dapat jaga diri. Mana yang memandu jauh sila berhati-hati dijalan raya. Kepada yang kecewa Team Malaysia kalah tu jangan la nanges lama-lama. Adat la bersukan ada menang, ada kalah. Kalau semua nak menang macam mana???!!! Eh, dah termarah balik. Hahahhaha. Walaupon disogok dengan gelaran punca kekalahan Team Malaysia malam tadi tapi I redha. I takkan berputus asa datang ke Stadium lagi. Tiada siapa dapat menghalang hatta Ulat-Ulat cekik darah sekalian mahupun Apai, Galak dan Wana. To Intan, I owe you one. Nanti kita makan sedap ok? Nanti Kaksu ajar Intan basic pasal football. Kalau dapat Kad Kuning,  lepas tu akan dapat Kad Merah. Kalau dah dapat Kad Merah kena keluar padang. Bukan lepas Kad Merah, dapat Kad Hijau pulak. If lepas Kuning, Merah and Hijau itu punchcard office namanya. Ok? Okbye.

-eNd-

No comments:

Post a Comment