Assalamualaikum..
Masa last day kerja bulan puasa haritu, sebagai seorang Isteri yang
tough dan taknak menyusahkan suami dari terlibat dengan kerja-kerja belakang
tabir isteri (shopping) maka I pon bersemangat dari Office menuju ke Jalan
Kewajipan Subang sana tu untuk collect baju raya dekat Eisya Syakira. Nak pos
takot tak sempat pakai raya (last-last tak pakai pon masa Raya hahahahah). Waze
cakap estimated time with traffic dalam 50 minutes. I ok je. Bring it on bebeh!
Dah agak dah ni sure jalan jem nanti sebab dah nak dekat pukul 4.00pm tapi
takpe, nak jugak cuba. Memula I berjaya la. Takde langsung salah jalan sebab I
sejenis walaupon dah guna Waze eeeeeeeeeeeeh tetap nak salah jalan jugak. Kalau
Waze jenis boleh bercakap dengan I sah-sah dah gaduh dah. ‘Eh ko ni dah kenapa? Aku cakap turn now, turn la! Ko pergi terus
jugak kenapa OMG!’ Macam ni la Waze cakap dekat I agaknya kalau dia boleh
bercakap. Usually sebab salah masuk simpang la. Kah kah kah. Tapi haritu
nampaknya I sukses langsung takde silap, so bangga sekejap. Dalam lagi 5km nak
sampai tetiba Waze I tulis ‘No GPS’ aje mampos. I dah panic. Ni dekat mana
pulak ni? Nampak macam area Sungai Besi tapi langsung tak familiar. Padahal
lagi 5KM je nak sampai huwaaaaaaaaaaaaaaaaa. I pusing-pusing mana entah,
last-last sampai MRR2 yang dekat BTS tu. I berenti dekat Petronas ke Shell
entah, lepas tu I remove Waze and Install balik. I ingat berjaya, tapi gagal. On
off HP pon tak berjaya jugak. I ingat sebab tak update iOS so dan-dan tu jugak
la I update. Kekonon lepas complete nak guna la Waze balik, tapi punya la lama.
Naseb I ambik keputusan untuk patah balik ke Ampang. Kalau I tunggu alamatnya
bukak puasa atas jalan. Memang I bengang giler time ni sebab rasa macam mission
tak berjaya. Lepas dah update iOS eeeeeehhhh tetap la No GPS jugak sampai la
kesudah.
Dia jadik macam ni
la. Route ada, tapi No GPS. Mana la I pandai nak carik jalan macam mana.
Masa beli cable iPhone, I tanya la Abang Cable tu macam mana nak buat
dengan masalah Waze I ni. Dia cakap, kalau macam tu guna la Google Map. Dia
cakap henpon takde masalah. Yang masalah is time tu maybe peak time so semua orang
guna Waze maka signal tak kuat. So I ingat sebab tu lah. Ok… Install Maps pulak.
Dari Ampang Point tu sesaja je la try guna Maps tapi tetap tak ok. ‘Maybe now time nak dekat raya so orang
tengah guna banyak kot Waze dengan Maps’. Masih bersangka baik. Meanwhile
dekat rumah, I bermasalah dengan I punya WiFi. I sorang je. Henpon I sorang.
Sazli and Shein takde masalah. Samsung S5 yang belacan tu pon takde masalah apa
yang peliknya. Dalam bilik pon boleh detect WiFi tapi I punya setakat hall je.
Dah tu kejap ada, kejap takde. Kejap kang suruh masuk password. Puas la I on
off henpon and on off WiFi. Bila dah masuk password dia kata salah padahal
betul je. So I pon tukarlah username and password ikut nasihat dari Abang
Telekom. Time tu Ok la sekejap dalam 5 minutes tapi lepas tu jadik balik. Sebab
WiFi tak kuat signal dekat henpon I, maka I punya ICloude pon dah tak auto
recover. I ignore je. Malas nak fikir. Lagipon tak memerlukan untuk guna Waze.
Pergi buat kerja Nuffnang pon dekat area KLCC and OU so I tau jalan, takde hal.
Masa nak pergi OU saja je la I try guna Waze poooooon tak boleh jugak.
Lama-lama rasa annoying pulak. I mintak Ain buat study case. Dia pon
mencarik la jalan penyelesaian. Ada la cara yang pergi setting, pergi location,
On sana On sini, never sana never sini lepas tu tekan home button dengan Off
Button serentak tapi tetap bebal jugak Waze I. Dia sejenis degil. Kau degil kau
degil kau degil. Menyirap je I. Lepas tu kata Ain, dah kebetulan I nak pergi
pasang Screen Protector baru dekat iPad baru Shein + nak repair iPad lama dia
yang dia jatuhkan dalam air tu, so Ain cakap suruh I check sekali Waze I sebab
tempat yang I nak pergi tu pon is iPhone Specialist. I dapat tau tempat tu dari
Cikgu Khairi. Dia yang suggest masa I bebel-bebel dekat FB pasal iPad. Henpon
dia pon ada masuk air. Repair kena RM80.00. Tapi tu masa dia kena, dia terus
buat. Yang Shein punya iPad ni dah dekat setahun kot? Hahahahaha. But takper
la, kita cuba.
Masa dekat sana, I bagitau dekat Amoi tu masalah Waze I. Lepas tu dia
cakap maybe ada WiFi problem. Dia try on WiFi and tengok henpon I detect 1 je
WiFI. Dekat henpon dia detect 6 WiFi so dia cakap, henpon I ni signal tak kuat
so dengan WiFi yang tak kuat tu semua la Waze, Maps tak boleh nak guna. Baru la
I teringat. Paaaaaaaaaaaaaaatut la WiFi dekat rumah pon asyik la disconnected.
Lepas tu masuk bilik, tak dapat dah WiFI padahal bukan jauh pon jarak. Kata
dia, nanti dia tukar carbon menda entah. Dia cakap ada dekat motherboard.
Lantak laaaaaaaaaaaaa janji ok. Charge RM80.00 and dia repair dalam masa kurang
dari sejam so I pon pergi la minum dulu dengan Intan. Tachiu Intan teman Kaksu.
I ajak Intan pon sebab henpon I kan tak boleh guna Waze. Kata Intan, tempat ni
dekat Setapak je. Kalau Kaksu tak guna Waze, mesti sampai Subang. Kwahaja
Intan. Hahahahah.
Now, selesai dah masalah Waze I. Dah boleh guna dah.
Yahoooooooooooooooo!!! Tachiu Mondis sebab membantu I menyelesaikan masalah I. Kena
charge RM80.00 tu bagi I berbaloi la dengan masalah henpon I sekarang. Dekat
tempat lain, I tak sure berapa kena. Dalam internet pon takde yang bagitau
masalah WiFi sebenarnya yang Waze bengong. Tu sebab I taktau. Nanti nak tengok
dekat rumah macam mana dia detect WiFi. Ok ke tak. Eeeeee kalau tau la sebab ni
je, dah lama I pergi repair. Memacam handphone expert I tanya, semua kasik cara
tapi tak dapat nak solve the problem. I dah menyirap nak beli henpon lain je.
Tengok pulak dekat FB iPhone 8 nak keluar dah. Lagi la ketar-ketar je tangan.
Tapi ni dah ok so selesai masalah. Yang cakap nak beli henpon tu I acah-acah je
sebab semenjak kawen, I tak pernah beli henpon pon. Semua Suami belikan. Dari
Blackberry, ke Samsung S3, ke Samsung S5, Ke iPhone 6 semua Sazli yang kasik.
Heeeeeeeeeeee. Korang yang ada masalah sama macam I boleh la pergi ke tempat
repair iPhone macam I ni.
Mondis punya
Instagram. Thank you Cikgu Khairi tolong suggest. Nanti I update dengan
nkorang, iPad Shein boleh repair or not ok? Yang tu kena tunggu 2 hari. Call la 013-3313495 and bercakap dengan Mondis and bagitau apa masalah henpon korang. Selain dari iPhone, henpon lain pon dia buat jugak.
-eNd-
Pembetulan :
ReplyDeleteBukan masalah wifi tetapi SATELIT SIGNAL.
i baru je haritu sama kes jugak . Rm100 kena tp wifi ok gps still tk ok . srs nk baling fon skrg
ReplyDelete