Assalamualaikum..
Last week I ada share dalam FB/IG I kitorang punya
impromptu vacation di Villa Samadhi Jalan U Thant kan? Ramai yang menantikan I
share/review tempat ni. Sementara tengah panas-panas ni meh la I cerita
experience I stay satu malam dekat Villa Samadhi sebelum jadik macam holiday I
yang lain. Ko tengok entry Phuket setakat mana je I tinggal? Hahahaha. Entry
Korea and Europe I ucapkan selamat tinggal ajer la. Malas dah nak fikir so
kepada semua tak payah tanya mana sambungan nanti I stressed okbye. Actually
kitorang takde plan pon nak stay dekat sini tapi bila Boipren Mak announce
Malaysia dapat cuti on Monday tu sempena menjadi champion Sukan Sea KL 2017, so
I pon cakap dekat Sazli why not kita pergi check in dekat mana-mana hotel yang
dekat bawak Shein mandi kolam ke… Saja je kill time since kitorang cuti lama kot
dari Rabu-Isnin? I pon start la survey dekat dalam Agoda.com and Booking.com
nak tengok mana yang best. I shortlist la MO, Renaissance, The Majestic, JW Marriot
etc tapi kalau boleh I prefer tempat ala-ala Villa Bali macam tu. Saje je nak
ketenangan ala-ala hutan tropika. Semenjak dah tua-tua ni kita prefer tempat
macam hutan-hutan je lagipon Ongjengka kan asal dari tempat banyak pokok haha. Tapi
nak dekat KL lah kalau boleh. Mana nak carik dah kalau KL? Janda Baik memang
ada banyak la. Bersepah tempat-tempat best, cumanya malas la nak drive and
memang nak yang paling dekat. Kata Ain kalau nak dekat pergi De Palma je. Situ
pon murah RM130 je satu malam. Hahaha. Kalau duduk De Palma baik tido dekat
rumah je sebab bukak tingkap nampak De Palma. Google kata ada satu Villa best
dekat KL nama Villa Samadhi so zaaaappppp tanpa melengahkan masa terus la I
book dekat Booking.com and kebetulan kalau book haritu dia kasik less 20% jadik
tak sampai RM900.00 include tax semua for one night so suka la I and terus buat
payment. Biasalah Malaysian, semua murah and cakap ada discount menggelupur la.
Termasuk la I. Hahahaha.
Cantik
kan? Ni view dari Balcony bilik kitorang. I memang suka dan puas hati la duduk
dekat sini. If korang tanya berbaloi ke bayar RM900.00 untuk satu malam? I definitely
say YES!! Sangat berbaloi. Sini aura lain macam la. Masuk je bilik terus rasa
macam nak buat homework. Kah kah kah.
But wait, sebelum korang sama teruja, I nak bagitau
yang Villa Samadhi ni tak allowed kanak-kanak below 12 years old. Sini memang
untuk orang beromentik and senyap-senyap je main pondok-pondok hahaha. Takde
bising-bising. Itu memang dia punya rules and regulation dia. Masa I share
dalam IG and ada gambar Shein, ramai pelik macam mana Shein boleh lepas masuk.
Hahahaha. Semua tu sebab kesilapan teknikal. Bila I dah buat payment, then only
I baca yang no extra bed and no child below 12 allowed. I called la hotel and
tanya macam mana since kalau I cancel pon no refund. Dah tu macam mana kan?
Dorang tanya, I tak baca ke term dalam website? I cakap mana dorang boleh
expect semua orang baca. Kena la tulis besar-besar dekat description pasal
bebudak tak boleh masuk dalam Agoda/Booking. I lagilah pemalas nak baca. Asal
nampak perkataan less terus zaaaappppp booking. Lepas bincang, kata Villa
Samadhi, I boleh datang bawak Shein but kena make sure yang Shein tak buat bising
since guest lain tau term dekat sini. Naseb baik. So kita dalam cerita ni, I
tak bersalah lah. Hahaha.
Kitorang
ambik bilik jenis Luxe Crib. Lux Crib ni paling hujung and ada balcony. Korang
kalau nak datang sini ambik Lux Crib ni ok? Memang best. Katil size King so
boleh la kalau nak shooting drama Hindustan golek-golek tapi sebesar-besar alam
katil ni, Mohamad Shein Iskandar masih jugak menyempit dekat I sampai I nak
terjatuh kebawah. E!
TV
LCD but very limited channel la yang ada. Cartoon takde. Memula rasa nak marah
eh tapi sini kan no kids allowed? So tak jadik marah.
.
Lux
Crib ni dia ada 3 bahagian. Bilik, Living Area and Bathroom. Bathroom sangat la
besar nak mampos. Cermin ada dua so bila
nak gosok gigi takyah la gaduh.
Sauna
sini thorbaek la bro. Dia automatic. Pasang dari 2pm – 11pm everyday kalau tak
silap I so sentiasa la bubble macam ni. Shein takot. I rasa dia ingat sini air
dia panas kot? Padahal mana panas pon. Suam-suam ketiak je.
Build
in cabinet dalam Bathroom pon luas and banyak compartment. I suka.
Yang
ni pulak dekat Living Area. Tetiba ada meja nak buat apa?
Ada
sebijik lagi TV. Lepas tu ada coffee station and ada rak buku. Ni nak bawak 2 3
orang lagi pon boleh ni tapi tido atas Toto la. Bawak dari rumah. Hahahahha. Ongkampung suka la tido depan TV ramai-ramai macam I ni.
Ni
Balcony. Memula terfikir kenapa la buat Balcony macam ni. Memang tak safety
langsung kot untuk bebudak macam Shein. Korang tengok je la. Tu lubang tu, muat
kot badan Shein. Tu kalau jatuh tu, I rasa mati pon boleh but then again, kena
tanya diri sendiri. ‘Tempat ni boleh
bawak budak tak?’
View
dari Balcony bilik kitorang. Memang best! terus nampak kolam weh. Bilik lain
balcony mengadap ke jalan pon ada. Eeeeuwwwww.
Kolam
sini dalam ya amat. Ada la bahagian cetek sikit. Yang bahagian dalam tu kalau I
berdiri memang lupus la kepala. Tu yang bawah jambatan tu paaaaaaaaaaaaaaaling
dalam. Memang tak kids friendly sebab apa? Sebab sini no kids allowed. Bagus
kalau paham.
I
suka la konsep Tropika macam ni walaupon ada nyamuk tapi takper lah, ada
ketenangan jiwa tengok pokok-pokok besar. Dekat KL ni weh, ingat senang nak
dapat Villa macam ni?
Shein
and Sazli both happy la and Sazli cakap nanti nak datang sini balik la. Sebab
best tapi Shein macam mana? Itu persoalannya. Hahahaha.
I share sikit pasal Villa Samadhi ni. Korang jangan
confuse dengan perkataan Villa eh? Dia tak sama macam Tanah Aina and Villaku
dekat Cherating yang I duduk tu. Situ satu rumah besar ada 7-8 bilik kan? Sini
konsep dia sama je macam hotel. Korang bayar untuk 1 bilik tapi bilik ada
banyak jenis la. Paling murah is Crib RM815.00, Luxe Crib RM965.00, Sarang RM1,165.00,
Luxe Sarang RM1,430.00 and Loft RM1,570.00 – Ni harga untuk July and August
Promotion. Untuk bulan semilan I taktau. Tu kena check sendiri lah sebab
percutian ini tidak mendapat tajaan dari mana-mana orang so I share info mana
yang I tau je la. Macam bilik jenis Loft dekat rooftop and siap ada kolam atas
tu. Tapi kolam cetek je la ala-ala Alexis tu. Villa Samadhi ada 20 jenis bilik.
Beza setiap bilik yang ada is keluasan dan view. Ada jenis bilik yang boleh
masak dalam tu sebab ada kitchen. Pilih la memana ikut korang punya budget. Ok?
Jom kita tengok pulak macam mana rupa sekitar Villa Samadhi ni.
Sini
bahagian entrance. Depan sikit lepas kereta tu. Sini Private area. Memang
security tight la. Takde bilik, no entry.
Ooo
ada kolam ikan. Apa lagi Shein, terjun la.
Ikan
Talapia ke tu? Ya Allah. Nightmare.
Ok,
dari kolam ikan tu kona kanan, naik tangga ni menuju ke kolam and restaurant.
Ambik
towel siap-siap. Kolam ni depan restaurant.
Ada
la pondok-pondok macam ni untuk korang lepak-lepak. I memang sukaaaaaaaaaaaaaa
sebab tenang and damai je. Memang tenang takde dengar orang jerit-jerit. Kalau
ada pon Shein je la. Pakai je Swimming Mask nanti dia akan tanya ‘Are you Ok?’ Memang macam tu la. Hahahaha. Sebab bagi Shein once pakai swimming mask, dia kena tanya
banyak-banyak kali macam tu.
I
lepak sini lah. Boleh order makan dari restaurant cekodok 20 ketul harga
RM50.00 and berangan macam ongkaya. Kah kah kah.
Sini
boleh sapkok and main dam aji or dam ular.
Ada
banyak pondok ni sekeliling resort. Redup sebab pokok semua besar-besar. KL
maaaaaaaaaaa mana nak dapat macam ni wei? Tak excited ke?
Tu
nampak bilik kitorang dari kolam.
Beria
pakai kasut pergi pantai.
Ni
dekat area cetek je. I punya risau Shein bising. Dia dah la manjang ‘Are you Ok Mama? Are you Ok?’ Kita yang
dekat darat yang dia risaukan. Dia tu dalam kolam dah la dalam. Sebok tanya
orang ok ke tak.
Eh
ada kura-kura rasaksa! Suka la Si Shein.
Lepas
masuk kolam, dia naik. Itu la kerja sampai la konek kecut pon masih taknak naik
jugak.
Leklu.
Sapkok sebatang. Sini boleh isap rokok so Sazli sangatlah gembira. Bagus la,
boleh halau nyamuk T____T
Breakfast
is included dalam harga yang I kasik tau di atas. For 2 person. Bukak 7.00am –
11.00am ok? Kata tak suka dia punya buffet, boleh order dari dalam menu and tak
kena extra charge.
Let say korang malas nak keluar dinner/lunch boleh makan dekat sini or boleh makan dalam bilik tapi Steak harga RM140.00 la exclude tax. So malam kitorang makan dekat Hadramawt. Lagi best!
Sazli
ambik set breakfast yang ada artichoke. First time makan. Sedap!
I
makan ni. Samadhi amenda entah. Ada roti + poached egg + bayam + kentang and
tomato. Sini takde nasik lemak. So jangan tanya. Breakfast Buffet pon very
limited choice tapi ok la, still boleh makan.
Ku bilang
jangan dihulur tangan tu Shein… Kena gigit tak pasal.
So amacam, best kan? Memang best bro wa cakap lu. I
dah hasut Shanom untuk datang sini buat anak. Beliau nampaknya terpengaruh.
Hahahahahha. Untuk couple yang masih takde anak and yang nak relax-relax hujung
minggu, datang la sini pweaseeeeee. Memang best! Tenang dan damai. Tak sangka
dari rumah I hanya 4 minutes je. Waze cakap 4 minutes ok? Sazli dah
gelak-gelak. Ko imagine la tempat ni tak berapa jauh dari GE Mall, tak ke
bahagia hidup and and Sazli? Hahahahahahha. If la I kaya kan? Sumpah I buat
resort ala-ala tropical macam ni dekat area KL. Jangan buat Villa sebijik sebab
nanti susah la kalau 2 3 orang je nak datang. Kan? Macam Gerimis Senja Villa
dekat Hulu Langat tu macam dah best tapi anak 14 memang la best. Anak sorang
macam I ni acane? If korang tanya boleh ke bawak kids, I rasa if korang call
dorang and kawtim ok je la kot cuma takde kebebasan nak menjerit je la. Semua
kena control diam-diam. Hahahaha. Nak murah? Please book via Agoda or Booking.
If direct website harga dia akan jadik mahal. More info and photo boleh tengok
dekat website dia.
Villa Samadhi
Persiaran Madge, Taman
U Thant,
55000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
-eNd-
Finally ada juga blogger up pasal villa samadhi ni.. nak pergi tapi gambar view dalam villa ni very limited kat google..
ReplyDeletemmg best klu gini gaya..
ReplyDeletehahaha kalau i rasa nya kena halau kot.sebab walau pun anak cheq tu gegirl tapi lasak kalah shein kot.mau nyer dengar sora mak nye menjerit je.
ReplyDeleteaisya ismail : nanti pergi and feel the experience there. memang best!
ReplyDeleteadda syuhada : memang best pon, nanti u kena pergi ok?
fadMn : hahahahahhah. yer ker? macam tu mmg tak dapat la pergi sini. hahaha