Assalamualaikum..
Haritu I ada share resepi nak buat Nasi Ayam Thai
dalam entry dekat sini, and harini I nak poyo pada semua rakan taulan dan
saudara mara sekalian bahawa Nasi Ayam Thai I telah menjadi dan boleh bawak
meniaga hasil kolaborasi I dengan Khatig. Hi-5 Tig! Walaupon Atig cakap I punya
sos tu rasa kuah rojak (kentot kau la) tapi I yakin dan pasti sos I tu sedap.
Serious sedap alim lam lam ha tulis dekat dada. Cuma kaler dia je la tak ngam
sebab Si Atig ni pergi beli cili padi warna hijau. Padahal gambar dah tunjuk
dah kaler merah tapi biasalah degil. Hahaha. Sos dia tu I ubah skek la sesuai
dengan bahan-bahan yang ada dekat negara Malaysia ni. Puas cari Yellow Bean
Sauce, memang takde lah. I tukar dengan Tauchoo and tukar sikit-sikit kasik
kena dengan tekak I tapi rasa tak lari and of coz sedap. I mean, come on la. I
masak dengan anak tauke kentin sekolah Ampang kot? Mestilah sedap. Thank you
Atig for your help. Semua bahan dia beli siap! Takde masalah tak kenal daun
ketumbar ke apa. Setel semua. Ayam pon siap cuci, siap perap dengan ginger and
garlic – untuk hilang hanyir. I sampai rumah dorang tinggal masak je
walaupon ada gangguan dari dua orang tu
(Sazli and Aliah) tapi al-hamdulillah kami tenang di dapur. Hahahaha. Stressed
aku nak masak bila Sazli and Aliah masuk dapur. Kejap kang tanya bila boleh
makan, kejap kang buat bising. Eeeeee pergi la duduk depan sana jaga anak! Seb
baik result ayam, sup, nasik semua sedap and menjadi so dua orang tu jangan
banyak cakap. Hahahaha. Masak tak lama. Dalam sejam je. Senang, cepat dan
mudah. Korang boleh la try nanti bebila ok?
Nasi
Ayam Thailand by Siti Nohaliza dan anak Tauke Kentin Sekolah Ampang.
Resepi I salin balik so korang boleh copy and ikut
semua sebijik macam dalam ni InsyaAllah la menjadi. Paling penting sos dia la.
Kalau rasa tak hebat nak agak-agak bahan, ikut je macam resepi dekat sini. I
guna sukatan yang ada dekat rumah Aliah ni. Dia macam sudu susu tapi ada
size-size dia. Full cup, ½ cup, ¼ cup semua ada. Haritu I nampak ada dekat
IKEA. Nanti nak kena beli la ni (walaupon masak 14 tahun sekali tapi konsep
dia, tools semua kena cukup).
Resepi Asal
½ cup yellow bean
sauce
½ cup soy sauce
¼ dark soy sauce
½ cup palm sugar
¼ cup chopped fresh
ginger
¼ cup chopped
garlic
6 chopped fresh
Thai Chile Peppers
Resepi Yang I Buat
½ cup tauchoo
½ cup kicap manis
kipas udang merah
½ cup gula kabung
2 sudu gula pasir
¼ cup halia tumbuk
¼ cup bawang putih
tumbuk
6 biji lada kecik
tumbuk
2 sudu sos ikan
2 bijik air perahan
limau nipis
2 sudu chopped daun
ketumbar
Sos dia ni mix well
je. I agak kalau panaskan dalam periuk lagi sedap, tapi Atig cakap tak payah. Hasilnya,
takyah masak atas periuk pon dah sedap jugak.
Bahan-bahan Rebusan
Ayam
Halia Tua
Akar Ketumbar
Cara-cara Masak
Nasi
Rebus ayam bersama
halia tua dan akar ketumbar. Selesai, angkat ayam dan letak beras dalam periuk
nasi. Bila dah masukkan beras letak ayam balik. Lepas tu tekan butang On and
tunggu sampai nasi masak.
Letak nasi dalam
pinggan. Potong ayam dan curah sos diatas. Siap. Selamat Mencuba!
I pesan pada Atig ayam beli bahagian thigh je. Senang and
sedap. Atig perap ayam ni dengan halia and bawang putih supaya tak hanyir. Bini
dia mana boleh makan ayam lembik-lembik stim macam ni. Dia geli. Padahal Mak
dia keturunan Cina tapi yang dia ngaku, dia keturunan Pakistan belah ayah dia.
Hahaha. Dah Cina tu Cina je la. Taknak ngaku apehal?
Atig kata boleh rebus je ayam dia dalam periuk terus. I
tanya boleh ke, Aliah pon jawab ‘Boleh la
Maksu, periuk RM400’ #rollingeyes
Masukkan ajer ayam ni dalam air yang ada halia and akar
ketumbar. Aku dah cakap letak ayam lebih. Ni nak makan 4 orang belakang Atig
letak 6 ketul je. Mesnyirap je I makan tak cukup ayam lepas siap tu.
Ni dah siap rebus. Keluarkan ayam tu, masukkan beras and
garam and letak ayam balik. Masak la macam biasa. Siap! Beras tu Atig guna
beras wangi. Hasil dia memang superb. I rasa kalau nak sedap korang kena guna
beras wangi la.
Air Soda Herbs. Bahan-bahan Ice Cream Soda (tapi haritu
Atig guna air biasa je sebab dia cakap tak ngam la if makan dengan nasik).
Lychee + Lemon + Mint Leaf + Serai ketuk sikit. Mix well. Sedap giler! Sazli
tanya dekat Atig ‘Wei ko aperhal letak
serai dalam air wei?’ Hahahahaha. Dah kata herbsssss???
Dessert Pulut Mangga. Tak sedap! Sebab patut pulut tu
kukus and letak santan tapi haritu kita masak guna periuknasik je so tawar.
Hahaha. Patut masak je la dengan santan and letak garam. Tapi bila makan dengan
Mango + Kuah Santan tu sedap je. Pekatkan kuah santan guna tepung jagung ok?
Si Aliah makan
Pulut Mangga I lepas tu muka macam nak cakap ‘Wei apesal tak sama macam yang dekat Ban Tao wei?’ Shadapyu la!
Makan je jangan banyak citer. Hahahaha. I cakap pada Atig, ‘Tig dah ada pulut ni kalau ada Durian sedap kan Tig?’ Tak sempat
nak sambung cakap Bini Kaki Drama dia cakap ‘No
Durians allowed in this house’. Rasa nak terajang je. Nyamuk tak boleh,
monyet tak boleh, camping taknak, nak mandi kena mandi air panas, makan kena
dalam aircond, Zoo taknak pergi. Tabaaaaaaaaaaaaaaah je aku nak melayan Puteri
sorang tu. Pakkal sayang je. Kalau tak malas nak layan. Hahaha. Kata Atig, ‘Nak makan Durian dalam rumah samaada aku
pindah rumah lain atau aku kawen lain je Maksu’. HAHAHAHAHHAHAHAHAH kesian
giler. Takpe la Tig, bebila ko rasa nak makan tempoyak, durian semua makanan
kampung, kita deal diam-diam je la bertiga sekali dengan Saz. Lia tinggal. Kah
kah kah. Kepada Apai and
Galak, takyah la drama cakap tak ajak la apa la, padahal besuka ria BBQ dengan
Syafiq Rahim. Pui!
-eNd-
4 comments:
uiii..leleh air liur kite..nsik ayam peberet!
Sedapnye...
sukatan air rebusan ayam utk masak nasik tu sama mcm masak nasi biasa ke kaksu ?
-dieyana- : nyummmmm
adda syuhada : sedap!
mommy zarith : ha a, sukatan macam masak nasi biasa je
Post a Comment