Pages

Monday, November 11, 2019

Resepi Killer - Udang Masak Lemak Cili Api + Batang Keladi and Petai

Publish : 9 Jun 2017
Re-publish : 11 November 2019

Assalamualaikum…

Atuhhhhdia pagi petang dia belasah share pasal makan. Kah kah kah. Takper ke? (Kalau cakap tak boleh pon I nak share jugak. Tak kira). Kalau cuti lama balik kampung memang melambak la I share resepi and pasal makan. Ni pon I ambik yang THE BEST je. Korang tau la Kaklong dia kalau masak, campak-campak pon sedap je. I agak, sapa yang emak-emak penyabar, tak reti bebel, tak pandai marah memang dia masak sedap la. Kan? Macam I, hurm… No comment sebab takot ada yang bebulu manjang I puji masakan sendiri. Hahahah. Kalau kat kampung I jadik pembantu tukang masak la. Basically resepi from Kaklong nanti dia suruh la I tumbuk bahan and masak. Later dia yang akan masukkan asam garam semua. Jadiklah sedap. Biasanya kalau Sazli cakap sedap I cakap la I yang masak. Contoh macam Udang Masak Lemak Cili Api + Batang Keladi and Petai ni. Subhanallaaaaaaaaaaaaaaaah sedap giler ok? Udang pulak gemok and fresh. Batang keladi is organic la, ambik yang GF tanam and petai pulak dapat dari reader’s jual. 100 tangkai over baru RM80.00 je dia jual dekat I.

I tengok dekat Jengka pon 8 tangkai RM10.00 punya mahal. Baik hati giler reader’s I.  Petai tu I bahagi-bahagi dengan Shariffah and kawan-kawan lain. Next batch petai I ingat nak buat Sambal Tempoyak pulak. I suka petai. Petai pon banyak khasiatnya walaupon kencing bau harum and mulut rasa kuda. Sazli pon suka jugak petai. I kalau ada petai, rasa amacam masa semua menda nak masuk petai termasuk la makan Maggie, Mee Goreng and Nasi Goreng tapi kena la bekado-kado sebab kat rumah ni bukan semua orang suka makan petai. Eksyen sungguh! Macam dekat kampung banyak la bahan fresh dapat like serai, daun kunyit, kunyit, batang keladi and daun kari. Nanti if rumah dah siap, I bercita-cita nak jadik petani moden la macam Fynn Jamal and Huda. Best apa? Tanam pegaga lepas tu boleh buat ulam. Petik je dekat belakang rumah, best kan? Harap jangan la ada biawak buat onar kalau tak memang aku nanges la. Nangesssss je kerja-kerja. Umur berapa umur?



Ambik gambar dari dalam periuk je. Hahahaha. Perrrrghhhh Wa Cakap Lu haaa this Udang Masak Lemak Cili Api + Batang Keladi and Petai ni memang killer la. Sedap nak mampos!



Ikan Patin Goreng. Fresh! Garam kunyit je. Nothing fancy. Nak sedap makan time panas-panas. 


Petai Bercili ni sekali memang kekasih Sazli la. Selera je dia makan lauk simple macam ni. Tak payah lauk lain dah pon takpe.

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api + Batang Keladi and Petai
Celur Batang Keladi dengan asam keping. Ketepikan. Tumbuk Kunyit Hidup dengan garam. Bila dah lumat masukkan cili padi. Lepas tu masukkan bawang merah and titik sekali serai. Tumis bahan tumbuk lepas tu masukkan udang. Lepas tu masukkan santan. Bila mendidih masukkan batang keladi sekali dengan asam keping tadi, petai dan daun kunyit. Perasakan dengan garam. Siap! Senang je kan? Sambil goyang tetep pon boleh buat. Kacang Mak Enon. Sesuai dimasak untuk sesiapa yang nak impressed bakal Mak Mertua (Intan sila ambil perhatian).

Resepi Petai Bercili
Goreng ikan bilis. Ketepikan. Hiris bawang merah, bawang putih, cili padi dan bawang besar. Tumis semua bahan hiris. Lepas tu masukkan air asam jawa barang dua sudu. Masukkan petai and bawang besar. Perasakan dengan gula dan garam. SIap! But haritu Kaklong buat version lain la weh and yang tu lagi sedap. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis. Tumis… Masukkan santan and petai. Lagi sedap weh kalau letak santan. Santan tu sikit je. Jangan banyak sangat. Serious shit lagi sedap! Lepas ni I nak buat macam tu pulak la. Memula eksyen masa Kaklong share resepi, suruh I buat macam tu I taknak. Sekaali yang tu lagi sedap. Gambar tak sempat ambik sebab Piranha semua dah kerjakan. Sedap sehingga menjilat pinggan.

Okbye

-eNd-

2 comments:

  1. Perkhh halkum rasa pedih2 je baca makanan bercollaboration dgn petai ni sue!!!!!! sedapppp nyaaaaaa.. dah kena pakai bip 24jam .jejes ailio! hahahhaha

    ReplyDelete
  2. nur aishah : nanti u try mcm ni. simple yet sangat lah sedap! nanti i order petai, nak selit order tak?

    ReplyDelete