Assalamualaikum..
Happy Birthday Intan aka Mok yang ke 33 tahun! Intan
jangan la sedih sebab dah 33 ok? Bagi Kaksu Intan tak macam 33 pon… Still look
young. 33 takper janji cantik, sweet and happy go lucky sebab kalau sentiasa
gembira nanti automatically dia jadik awet muda. Kan? Kaksu hope tahun ni last
la Intan celebrate single ok? Walaupon wish Kaksu ni makan 7 tahun ada kot?
Intan macam tu jugak pon HAHAHAHA. Takper, jodoh tak sampai lagi. Sebab yang
terbaik mesti sampai last-last macam kalau dalam TV tu lawan-lawan hero kalah
dulu kan? Nanti last-last dia akan menang jugak. Macam tu jugak dengan kes
Intan dan jodoh ni. Eh, tapi macam tak relevan je. Hahahah. Malam tadi beria la
kitorang stay up sampai midnite nak wish dekat dia tapi Birthday Girl dah tido
awal sebab penat buat assignment and migraine kata dia. Tu la I tanya Intan, if
next year dia dah ada degree, dia nak sambung ambik Master ke? Kata Intan kalau
dia ambik I nak buat apa? I cakap I nak terajang je dia. Menyampah dah tengok
dia tension dengan assignment and tak boleh plan apapa. Kejap kang pergi
library, Sabtu Ahad pon kalau takde kelas sebok dengan study dia. Macam tu nak
sambung Master? I tanya Intan ‘Kenapa
Intan nak ambik Master? Nak jadi VP ke?’ HAHAHA. Birthday Intan harini,
naseb takde buat rules ‘Birthday Week’ macam
I, kalau tak mampos. Cuma warna tema dia untuk Intan Celebration ni nak
specific light blue + white pants + purple shawl. Dah tu kena dapat approval
dari dia pulak tu. Tak boleh lari warna dengan yang dia nak. Cost la birthday
dia ni sebab kena beli baju and seluar baru. Tu malam tadi Kaklong call dia dari JJ
marah Intan sebab warna light blue susah nak cari. Habes bekandang babi keluar.
Hahahaha.
Happy Birthday Intan. Assemoga! Dia taktau yang kitorang arrange breakfast untuk dia ni. Kek sponsor by Izzy, Dyba and Siti Nohaliza. Breakfast by Kak Jue and Siti Nohaliza. Hope you like it Love :)
Dyba, Intan, Siti Nohaliza and Izzy... Susah la Intan nak cari baju light blue ni. Demi Intan, seminggu kitorang cari baju hari-hari-hari dekat KLCC. Akhirnya jumpa jugak. Missing Kaklong. Takper, nanti lunch kang dia ada.
Ada kisah kelakar disebalik baju ni. Kitorang carik merata kot dari H'&M, Zara, M'&S semuaaaaaaaa takde BIRU YANG MACAM INTAN NAK. Padahal sebesar-besar alam KLCC tu boleh takde? Sudahnya jumpa dekat Isetan. Kitorang beli dekat E-by Ecesis (Jenama apeni?). Padahal dorang tak jual lagi sebab only launching new collection by Friday tapi I paksa jugak dia jual kalau tak I taknak balik. Naseb baik dia nak jual. Hahaha. Si Intan pulak dah beli dah baju, tapi bila dia basuh and iron tetiba shrink and tak muat dekat tangan sebab dia kan lengan size body builder? Sudahnya semalam dataaaaaaaaaaang balik KLCC carik baju Intan pulak. Kaklong berpisah dengan kitorang semalam sebab dia nak cari baju dia dekat Ampang Park tapi tak jumpa. Sudahnya malam dia pergi JJ pulak. Taktau la jumpa ke tak. Kata dia kalau tak jumpa, dia nak pakai baju kelabu je. Intan terus menjerit keluar seluar jantan. One more, harini SEMUA KENA PAKAI EMAS. Eeee Intan ni memang macam-macam kan?
Kak Ju and Intan. Semalam I tolong arrange kan bunga Kak Ju for Intan. Arrange untuk 2 3 orang lagi semua nak cari I. Dah tu pulak Si Intan asyik la duduk belakang I, lalu lalang depan I sudahnya kena marah. I cakap 'Intan asyik datang dekat Kaksu kenapa???? Pergi la buat kerja!' Hahaha.
Sorry I letak lagi satu sebab I rasa I cantik. Kah kah kah.
Happy Birthday Intan! Ni sebahagian dari office mate yang ada. Yang lain ada yang meeting etc. Tapi meriah jugak pon. Suka la Intan sebab dia Pengantin harini. Semua nak ambik gambar dengan dia.
Sedapnya Choc Brulee Cake dari Ana Cake House ni. Size 7' harga cuma RM55.00 je. TQ Ana! Kalau korang nak order boleh contact Ana terus dekat +60 19-514 4174. IG boleh tengok dekat @fazhanaariffin. Ada banyak lagi kek-kek dekat sana. Yang Choc Brulee ni favorite I. Makan sejuk-sejuk lagilah sedap. Rasa macam eskrem.
I dengan Kak Ju sponsor breakfast ni. Simple je, boleh la alas perut sebelum Lunch. Mee Hoon, Mee Goreng and Seri Muka Durian by @Nzdelicacy. TQ Awak! Mee tu sebekas RM40.00 je. Murah kan? Dah la sedap.
Seri Muka Durian ni dorang kasi I FREE. Tachiuuuuuu. Semoga tambah murah rezeki. Intan kena cakap thanx dekat dorang ok?
Sumpah sedap! Ni la Seri Muka Durian yang paling sedap abad ni yang I pernah makan. Korang kena try ok? Boleh order dekat 016 330 4677. Kuih-kuih lain pon ada jugak.
On behalf of Intan (Macam biasa la kekadang I macam Manager dia jugak) I nak ucapkan terima kasih pada semua untuk breakfast yang siap ada Kek untuk pagi ni. Intan tak sangka tau ada surprise untuk Intan macam ni? Intan malu tapi mahu. Macam la Kak Su taktau. Tu harini I agak dia memang takde kerja. Kerjanya kehulu-kehilir dengan Dyba ambik gambar dia and bunga-bunga dia. Suka la tu dapat banyak bunga kan? Kitorang buat semua ni untuk Intan sebab nak Intan happy tau? Ni baru sikit, InsyaAllah more to come ok? Today Intan kan Princess? Tapi harini je. Minggu depan Kaksu balik. Paham? Untuk Intan Kaksu doakan semoga Intan panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, bahagia dua dan akhirat. Kaksu nak Intan happy. Apapa pon yang Intan buat walaupon Kaksu menyampah kadang-kadang, Kaksu cuma nak Intan happy. No matter what, Kaksu ada di belakang Intan, support Intan waktu susah atau senang. Cuma bab nak sambung Master tu je Kaksu tak setuju. Paham? Intan kan dah tuwe, cuba enjoy sikit life tu. Asyik mengadap assignment mana la enjoynya? Intan deserve to be happy sebab Intan dah banyak buat orang lain happy (dan menyakitkan hati jugak sebab you sometime annoying hhahahaha). Assemoga Intan!
-eNd-
Assemoga intan
ReplyDeletehappy bufday intan! walau tak kenal intan in person, tetaplah terseret sama dalam kancah ingatan sejak baca blog choyaya..heehehe. cantik baju intan.. kali ni siti nohaliza tewas tipissss... :p
ReplyDeleteSemua cantik!👍 bajunya , orangnya,birthday girl ,kek ,kuih talam , mee goreng dan kawan kawan ,😂
ReplyDeleteAssemoga tu maknanya apa kak Su?
ReplyDelete#happybirthdayintancomel