Thursday, October 26, 2017

Icescape Ice Ring – IOI City Mall

Assalamualaikum..

Sabtu lepas, memula Sazli cakap nak  bawak Shein pergi hiking dekat Bukit Nenas and lepas tu boleh la pergi Mini Zoo dekat sana. Dia memang kalau takde apapa plan, mesti dia akan plan something for Shein. Sedih dia tengok muka Shein kalau terperap je dekat rumah. Jumaat malam tu Sazli cakap 'Esok pagi kita keluar pagi-pagi lah Mama sebab tak panas'. Tapi biasalah dalam kehidupan kita, cita-cita tu tak semestinya akan kesampaian. Shein and Sazli pon siap breakfast dah pukul 10.00am so acane nak ke Bukit Nenas tengah panas belenting ni? Tetiba Sazli cakap nak try ice skating lah. Shein sure suka try new thing. I pon tanya Dyba kot-kot dia nak join ke sekali Dyba cakap Ok. Intan tak boleh join sebab dia busy dengan assignment (Tu yang I cakap kalau dia sambung Master, I nak terajang je dia terus. Tak abes-abes weekend pergi Library) So tengah hari tu taraaaaaaaaaaa tetiba kitorang dah ada dekat IOI City Mall dah. Hahaha. Macam tak caya je ad hock plan macam ni menjadi. Biasa plan bertahun pon tak jadik-jadik. Contoh : Kitorang plan nak cuti hari kerja and and pergi Sunway Lagoon haaaaaaram tak menjadi kenyataan. Dari Shein takde, sampai dah nak masuk 5 tahun dah pon. Hahahaha. I suka la buat activity macam ni sebab I memang kalau tak buat apapa jadik meroyan dekat rumah. Perangai kaki berjalan dah jatuh dekat Shein tapi Shein lagi up sikit la. I kalau dah penat, rasa la rindu rumah and reti la nak balik. Shein takde der. Walaupon dah berjalan dari pagi jejak ke tengah malam, nampak je  jalan nak balik rumah kitorang daaaaah dia menggelupur taknak balik. Hahaha. Kata Sazli 'Suraya, perangai anak you ni sebijik macam perangai you. Kaki jalan. Pantang nampak pekan'. Pekan = Kedai/Mall. Hahahahaha. Naseb baik lah Shein ikut perangai Mama. Kalau tak mereput la Mama duduk rumah tak buat apa. Aku pandang engkau, engkau pandang aku. Sekian terima kasih.


Besar kan Shein? To date berat dia dah 24.7kg ok? Memang nak pecah dada kalau nak dukung dia. Ni nampak gaya ni umur 12 tahun memang dia lagi tinggi dari Mama la ni jawabnya.




Tu glove tu dari rumah dia nak pakai dah. Glove I beli masa kitorang pergi Korea last time. If nak murah, korang bawak la stokin and glove sendiri ok? Glove wajib pakai sebab takot nanti jatuh, kena lenyek dengan kasut orang injured pulak.

I cakap pada Sazli, kena bawak baju spare sebab I sejenis kalau skating memang package basah lencun sampai ke sependa. So bawak 1 more set top to toe. Untuk Shein pon sama. Percaturan I menjadik la, memang masa siap main I basah sampai sependa kah kah kah. Tapi tak lencun la. Sazli takde basah pon. Jatuh pon takde. Dia pandai sama macam Joe. Cuma stokin je kena beli lain sebab masa dah siap, stokin abes basah. Icescape Ring IOI Mall ni bukak everyday from 10.00am - 10.00pm. Harga untuk Adult and Child sama je. Weekday RM25.00 and untuk Weekend, School Holiday and Public Holiday is RM30.00/person. Konsep dia sekali masuk tak boleh keluar-keluar dah so bawak makanan or makan kenyang siap-siap sebelum masuk. Glove kalau tak bawak kena beli lah. RM10.00 and Socks RM6.00. Locker pulak RM2.00 and kalau nak sewa Peguin RM30.00/hour. Tetiba jadik mahal pulak kan?


TQ Papa bawak Mama and Shein pergi sini last week. Masa balik Sazli tanya 'Mama happy?' Ofcoz la Mama happy kalau berjalan and mengabeskan duit. Hahah.


Shein ni kan? Geram je. Patut dia dah ada Peguin pergi la main dengan Peguin. Asal nampak je Abah dengan Mama pimpin tangan sebok jugak dia nak menyelit dekat tengah-tengah. Tak bagi chance Mama Abah nak romentik.


Yayyyy bestnya ada Dyba join. Dyba, Joe and Sophie je yang main. Aurel kecik lagi so dia tak main la. Joe and Dyba tak turn masuk dalam ring. Aurel behave je. Takde pon buat perangai. Cranky pon tak.


Joe pon pandai, Sophie pon pandai ice skating. Yang tak pandai sorang tu je. Hahahaha.


Sophie ni sebaya Shein. Beza 8 hari je. Dari kecik sampai la dah besar susah betul nak bercakap dengan I. Dengan Shein pon dia malu-malu ayam lagi.


Aurel umur dah 1 tahun 5 bulan. Macam baru je lagi Dyba pregnant, tetiba dah 1 tahun lebih dah Aurel.


Gaya dah ada tu Shein


Ok. Jom masuk ring. Tengok Si Dyba, belum apapa dah jatuh. Dia jenis jatuh yang baring terus. Hahahaha. Padahal Sazli dah pegang tangan kiri kanan bawak masuk ke tengah ring TETAP jugak jatuh. Pegang Peguin pon jatuh jugak. Hahaha. Comel la Dyba.


Sujud ke Dyba?


I naik keras-keras perut ketawa tengok perangai Dyba tau? Kata Sazli 'Mana la korang dua tak jatuh. Orang Ice Skating slide, korang pergi berjalan' Hahahaha.


I Up sikit la dari Dyba sebab ada la jugak bergerak walaupon look very awkward and macam berenang sebab dengan tangan-tangan I sekali menguak TAPI ok la, ada jugak bergerak. Time ni pinjam Shein punya Peguin. Dia sekejap masuk sekejap keluar. Ikut mood dia. Siap tido yang tak tahan tu. Hahahah.


Mestilah ada jatuh. Naik lumat rasa bontot. Tapi sejuk je rasa bontot. Hahaha.


Sophie and Shein cepat pandai. Tapi Sophie lagi pandai la. Takde Peguin pon dia ok je.

Kitorang masuk dalam 3.00pm and by 7.00pm siap. Dalam sehari, akan ada 3 kali dorang buat ice resurfacing dalam 30 minutes. Pukul 2.30pm, 5.00pm and 7.30pm. Bagi I, 4 hours dah cukup dah. Tu pon esoknya sakit-sakit badan. If korang tak pernah datang, jangan lupa pakai socks yang tebal sikit sebab kalau tak nanti sakit kaki. Sapa kata Ice Skating tak penat? Penat wooooo. Naseb la esoknya kitorang takde buat apapa dah. Dyba confident je cakap 'Dyba rasa, lagi sekali lagi datang, Dyba dah pandai dah ni Kaksu'. Hahahaha. Yerla Dyba. Tapi kitorang memang had fun sangat. Next time boleh la repeat. Kata Dyba tunggu lebam dekat kaki dia surut dulu baru boleh pergi. Intan pulak akap kalau nak pergi repeat, pergi lepas dia abes ezam bulan 1 tahun depan. Hahahaha. Oh btw, Surau dekat sini besar and selesa. Tempat merokok pon disediakan so naga sekelian alam jangan risau tak dapat hisap rokok. Smoking area ada. Vending machine air and snacks pon ada. Nora kasik 4 bintang!

Icescape Ice Ring – IOI City Mall
AT4, Lebuhraya Lembah Klang Selatan, IOI Resort,
62502 Serdang, Selangor, Malaysia
Open Daily : 10AM–10PM
Telephone : 03-83288875

-eN0-

2 comments:

ita citot said...

Gambar ke 3 yg kak Su dengan abg Sazli tu. Sekali pandang eh, apsal beso sgt peha kak Su ni. Rupanyeeee tu tangan abg Sazli kat tepi. Hahahahaaa...

Bole masuk dlm 9gag ke picture hacks ke ape ntah tu. Yg psl bila kita tgk 1 gambar tu, kita akan tgk lagi sebab nak konfemkan. Ape ntah tajuk dia dalam BI. Haha

dyba said...

nanti kite repeat lg eh kaksu...haha..i redha je lutut lebam jnji happy;)