Pages

Thursday, October 19, 2017

Jangan Sombong Awak..

Assalamualaikum..

Orang cakap, kalau nak buat baik mesti ikhlas dan jangan mengharapkan balasan apapa. Sebab bila kita buat baik dan mengharapkan balasan or at least kita mengharapkan orang mengenang budi kita serta ingat apa yang kita dah buat untuk mereka and kata la lepas tu apa yang kita terima tak macam yang kita expect, kita jugak yang akan kecewa, frust (eh bukan sama ke kecewa dengan frust). Jangan sampai emosi kita take over sebab time tu lah nanti kita akan mula ungkit-mengungkit, give up, lose faith, dendam and paling teruk berniat untuk berhenti buat kebaikan sebab rasa sia-sia so masa tu lah habes dah semua pahala yang Allah dah bagi pada kita semasa niat asal kita untuk berbuat kebaikan dengan mengembirakan hati orang lain sebab kita dah tak ikhlas. Sebab kita ni kalau dah namanya manusia level-level I yang kekadang emosi suka ambik alih disebabkan rapuhnya jiwa dan longgarnya iman so kita akan selalu nampak apa yang kita dah buat untuk orang tetapi selalu lupa apa yang orang pernah buat untuk kita. Paling tidak pon kita merasa diri kita lebih baik dari orang lain. Bila kita rasa diri kita lebih baik dan hebat dari orang lime, time tu lah kita dah masuk kategori sombong. Jangan sampai sombong. Walaupon kita tak pernah tinggal solat, meninggalkan perkara haram dan yakin tak melakukan dosa, bersedekah setiap hari, berbuat kebaikan setiap hari tapi bila dah terdetik rasa diri lebih hebat dari orang lain maka pada masa itulah automatically kita sebenarnya dah masuk kategori sombong. Kita akan rasa diri kita lebih menonjol, kita bangga diri and tiba-tiba hati pon dah macam keras nak terima nasihat. Kita rasa semua orang salah and kita sorang je betul WALAUPON kita yakin dengan amalan kita tapi kalau dah tercalit sombong tu dalam hati, cepat-cepat isitfar dan bertaubat.


Gambar takde kena mengena dengan entry but I suka tulips.


 Jangan rasa diri kita dan hidup kita lebih baik dari peminta sedekah dekat jalan. Jangan. Twist balik perasaan tu biar kita rasa inssaf dan lebih bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan pada kita. Kita ni kaya lah macam mana, hidup la selama mana, besar pon pangkat kita but at the end of the day nanti, masa amalan kita ditimbang di akhirat nanti kita semua sama disisi Allah. Tak kisah la walau dunia pangkat kita besar, ada driver, duit berjuta, disisi Allah kita sama. Kubur kita pon dalam dan lebarnya sama, kain kafan kita pon sama, semua sama dengan orang lain so kenapa nak sombong? Malaikat Munkar dan Nakir akan sebuat nama kita berbintikan Ibu kita dah bukan ada dah YAB Dato’ Sri Wira etc semua tu. Takde. Nama engkau binti nama emak engkau. Semua. Sama. So kenapa nak sombong? Kenapa nak rasa diri lebih hebat dari orang lain. Kan? Semua pon masalah jiwa yang kita ada, kita kena ingat balik diri kita siapa disisi Allah. Kecik je awak…. Back to HIM. I pon sebenarnya teringin nak jadik baik dan lebih baik (if I rasa diri I dah baik lah – tengok tu nak jugak sombong), nak jadik pemaaf, memberi tanpa mengharapkan balasan, taknak dendam, taknak ada perasaan iri hati dan bersangka buruk tapi kadang-kadang payah. I pernah je rasa nak berhenti buat baik sebab rasa sia-sia, rasa tak dihargai, rasa tak penting dalam hidup orang… Tapi I cuba set balik otak I. Balik semua pada niat asal I… Apa tujuan I… Lepas tu serah semua pada Allah. People nak judge, let them be. Allah tu kan yang penting? Dia tau hati kita bersih atau tak, ikhlas atau tak, baik atau tak. Dia tau.

Besar mana pon kesalahan orang pada kita and how disappointed kita pada sesiapa pon, please ingat balik kebaikan yang mereka pernah buat untuk kita. Ada banyak kan? Cuba ingat yang tu (yang indah-indah). Cuba jangan sampai give up and lose faith. Jangan biar emosi take over over heart and feelings.. Kalaupon tak boleh terima, maafkan. Jangan bawak dendam sampai ke mati. Hidup ni tak lama awak. Entahkan esok lusa kita mati… Mati bukan boleh hidup balik. Nak menyesal pon dah tak guna. Kalau rasa tak mampu, back to HIM. Mengadu pada Dia. Bangunlah Tahajjud tengah malam. Serah diri bulat-bulat pada Allah and mintak Dia bagi pentunjuk. Dia akan bagi. Trust me. Dia akan tolong bagi jalan. Jangan lose hope. Kena mintak dengan sungguh-sungguh. Contoh kalau masa tu kita dah takde hati dah pada BF/Suami/Kawan Baik/Keluarga so bangun la tengah malam, buatlah Tahajjud. Masa solat tu, serah diri bulat-bulat pada Allah. Kosongkan hati and focus only between you and Allah sahaja. Masa doa tu, if kita focus, tipulah kalau takde air mata yang tumpah sebab kita akan rasa diri kita kecik/kerdil disisi Allah.

“Wahai Allah! Milik-Mu lah segala puji. Engkaulah penegak dan pengurus langit dan bumi serta makhluk yang ada di dalamnya. Milik-Mu lah segala puji. Engkaulah penguasa (raja) langit dan bumi serta makhluk yang ada di dalamnya. Milik-Mu lah segala puji. Engkaulah cahaya langit dan bumi serta makhluk yang ada di dalamnya. Milik-Mu lah segala puji. Engkaulah Yang Hak (benar), janji-Mu lah yang benar, pertemuan dengan-Mu adalah benar, perkataan-Mu benar, surga itu benar (ada), neraka itu benar (ada), para nabi itu benar, Nabi Muhammad saw itu benar, dan hari kiamat itu benar(ada). Wahai Allah! Hanya kepada-Mu lah aku berserah diri, hanya kepada-Mu lah aku beriman, hanya kepada-Mu lah aku bertawakkal hanya kepada-Mu lah aku kembali, hanya dengan-Mu lah kuhadapi musuhku, dan hanya kepada-Mu lah aku berhukum. Oleh karena itu ampunilah segala dosaku, yang telah kulakukan dan yang (mungkin) akan kulakukan, yang ku rahasiakan dan yang ku lakukan secara terang-terangan, dan dosa-dosa lainnya yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku. Engkaulah Yang Maha Terdahulu dan Engkaulah Yang Maha Terakhir. Tiada Tuhan selain Engkau, dan tak ada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.”

Habis je baca doa tu, mintak dengan Allah..  Mengadulah pada Dia apa perasaan kita, isi hati kita. Dia dengar. Ok? Cuba lah. I dah buat a few time bila dalam keadaan yang sedih dan keliru. Dia akan tolong. InsyaAllah… Aduh, nak tulis and share pon malu. Banyak yang I tak sempurna lagi. Obviously. Tapi I start sikit-sikit. Paling penting HATI. Bersihkan HATI dulu and kata lah kalau ada terdetik dalam hati kita yang kita lebih hebat dan baik dari orang lain, situ kita sendiri tau yang HATI kita masih tak bersih. Kita masih sombong. I mengaku, ada masa I sombong. Hati I sombong. I dendam.. Tapi I cuba untuk buang semua Ego, I ambik yang baik-baik sahaja. It’s ok kalau harini kita gagal. Esok cuba lagi dan lagi dan lagi. Sebelum kita tidur, kita maafkan semua orang. Susah memang susah, tapi kita cuba. Harini kalau ada orang dekat office yang tak suka kita, tegur je lah. Tak rugi. Kalau dia balas teguran dengan jelingan and body language yang menyakitkan hati kita, takpe sayang.. It’s ok. Esok kita tegur lagi dan jangan pernah berhenti untuk buat baik. Ok? Percayalah cakap I, Orang macam ni disisi Allah dia hebat. Nanti InsyaAllah dia akan balas yang indah-indah yang baik-baik untuk kita. Ok?

Sekian perkongsian dari Ustajah Siti Suraya. Eh. Okbye.


-eNd-

2 comments:

  1. Terima kasih Su cantik krn post positive reminder untuk saling ingat-mengingatkan..semoga ianya menjadi satu ilmu yg bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Su cantik krn post positive reminder untuk saling ingat-mengingatkan..semoga ianya menjadi satu ilmu yg bermanfaat.

    ReplyDelete