Assalamualaikum..
Hi korang, I ingat mulai minggu depan kan untuk
Sabtu/Ahad I nak bukak FOR ALL yang nak jual barang-barang Pre-Love SAHAJA tak kisah la apa jenis pon yang nak dijual,
korang boleh menggunakan blog I sebagai medium. Ok? Min 1 gambar, Max 3 gambar.
Kalau rasa banyak buat la Photo-Grid. Korang kena buat text sendiri and semua
info pasal barang pon korang kena provide. I hanya akan copy paste sahaja and
masuk dalam blog. Apapa sahaja yang nkorang nak buyer tau boleh include semua
everything dalam tu. I hanya akan pick for publish info yang complete sahaja.
Contoh kalau nak jual Pre-Love handbag korang kasik la Gambar, Jenis, Bila
Beli, Condition, Reason to sell, berapa harga, cara pembelian and contact
number. Sebarang iklan menjual Pre-Love I akan accept hanya melalui email I sahaja
iaitu [surayasulatin@gmail.com] and I tak accept yang dari WhatsApp sebab sian
I, nanti nak kena copy paste pulak masuk blog. Dah I pon busy menyelamatkan
dunia, acane? I kan part time Power Rangers so korang kena paham yang I tak
selalu FREE. Yang ni I harap SESIAPA
PON JANGAN NAK AMBIK KESEMPATAN PADA DIRI I YANG LEMAH. I cakap melalui EMAIL
SAHAJA so kena melalui EMAIL SAHAJA. OK? Kang ada je la yang malas
pergi WhatsApp I je. Nanti I marah baru tau. Ok? I garang jugak kadang-kadang.
Dulu zaman darah panas biasa dah serang-serang orang kalau tak puas hati. Ni
dah tetua sapa yang nak cari pasal, provoke I menggunakan apapa medium pon
lantak ler ko kat situ. Malas I nak layan. Kah kah kah. Motto hidup I ialah :
Less Drama. Gittew.
I takkan
mengenakan sebarang charge untuk JUALAN PRE-LOVE ITEM DI BLOG I NI
taaaaaaaaapi kalau la korang nak join I buat sedekah/infak pada orang-orang
yang tak bernasib baik boleh je. Tak kisah pon berapa janji ikhlas. RM10.00
hatta RM1.00 pon I terima. Ok? Usually every month memang I ada allocate sikit
untuk sedekah. I takde specific nak bagi pada sapa. Kekadang nampak dalam FB
ada orang sakit-sakit I kasik je. Mana dan la. Ok? Tapi kata kalau taknak pon
takpe (^_^) Cuma I mintak korang doakan I murah rezeki dah la. Untuk iklan
product tak boleh guna slot ni ok? Ni Untuk jual Pre-Love item sahaja. Yang tu
kalau nak macam biasa, PM tepi. So paham tak? Kalau paham bagus. Nanti email I
and letak tajuk SLOT PRELOVE CHOOYAYA.
Nanti I akan reply bila turn korang akan sampai. I akan publish on Sabtu/Ahad
and please email I untuk selewat-lewatnya pukul 10.00am sebelum Jumaat. Ok?
Ingat. Ayat buat sendiri. Tulis la macam mana pon korang nak. I prefer yang tak
guna short form sebab I allergic orang guna ayat nak senang ni je. OCD I tak
membenarnya typo. Harap semua paham. Kalau paham, bagus and boleh ready segala
info barang yang korang nak jual and email pada I ok? Okbye.
-eNd-
No comments:
Post a Comment