Bersempena birthday PA Siti Nohaliza iaitu Intan, harini dia busy sikit. Happy birthday Intan! Atleast lepasni kalau kaksu tanya Ain bila nak kawen Ain boleh jawab "tunggu Intan kawen dulu nanti Ain kawen lah sebab Intan lagi tua dari Ain". Hahahaha. So takpe, kasik chance mereka bergembira and Ain tolong update blog since dah dapat notice dari malam tadi sampai kesiang. Dia kalau bagi early notice memang semacam punya eksyen. Ain cakap dengan kaksu pagi tadi nasib baiklah Intan punya birthday takde term birthday week. Kalau tak manjang lah dia busy kang. Siti Nohaliza yang betul-betul bini Datuk K tu pon takde birthday sampai seminggu, melampau betul. So harini cerita pasal kebab kambeng tersedap Ain pernah makan. Minggu lepas siap masuk mimpi punya biadap kebab ni. So beli lah lamb grill and buat letak dalam tortilla, bagi rupa lebih kurang macam gambar bawah ni. tapi jauh beza rasa. Tortila kan keras. memang la tak sama. Lamb grill tu pulak liat boleh tahan macam makan selipar.
Kebab kambeng terpaaaaaaling sedap Ain pernah makan. Dah seminggu lebih jugak teringin tapi nak yang sebijik macam ni. Ni Ain makan dulu dekat kedai Iran area Victoria Market, Melbourne. Bapakla sedap. Kita order baru dia uli roti pita tu. Roti dia tak lembut sangat tapi sikit tak liat. Kambeng dalam tu dia grill and rasa memang cukup semua. Balut sekali dengan tumbuh-tumbuhan sikit (Sambil taip sambil telan ailio). Kalau banyak duit memang pergi Melbourne balik hari ni semata-mata nak makan. Kubilang kalaaaaaau..
Tingat lagi masa nak makan ni kedai tu dah nak close, siap dah nak kemas kerusi meja sebab kalau tak silap Victoria Market and kedai-kedai area situ ada hari tertentu je dia bukak sampai lewat petang/malam. The rest akan close pukul 3-4pm macamtu. Ke earlier eh? korang google la sendiri. Kedai ni pon asalnya dah nak close but dia happy je layan customer datang. Dah makin ramai sudahnya macam tak jadik tutup time tu. Hahaha. Sudahnya kitaorang berkampung jugak makan borak semua. Kalau dia dah tutup masa tu tak merasa la kebab sedap ni. Teringat ada sekali Ain nak makan dekat satu kedai area Kulai ni (nama dirahsiakan), kita tanya elok-elok kemain makcik tu jawab "dah nak tutup! dah nak tutup!". Bengang jugak tapi kutahan. Ikut hati nak je jawab "tutup terus jelah makcik, jangan bukak sampai bila-bila". Ni bukan nak compare, tapi mana budaya yang baik kita ambiklah. Cara layan customer contohnya. Baik restoran or apapa jenis kedai. Ni muka yang datang ala kadar layan pon nak taknak.
Dahla pasal kebab. Makin cerita makin tingin. Sakit pulak hati. Lately pon Ain rindu nak buat solo trip. Dulu dari zaman study ada buat few solo trip. Jalan by group ni best. Tapi Ain lagi suka jalan solo backpackers. Masa nilah kita nak cabar diri sendiri sebab semua benda sendiri decide. Banyak experience best. Yang tak best pon dah tukar jadik best sebab pengalaman tak semua orang ada. Transportation pon merasa bas/train/beca/basikal/kuda/flight/taxi semuaaaaa dapat naik. Macam dulu masa buat solo Jogja-Solo-Balikpapan-Surabaya memang fun. Lepas cuti 2 minggu lebih habis baru rasa lunyai badan. Kah kah kah. Tapi still best! Memang susah sikit especially perempuan. Nak yakinkan parents pon payah in terms of safety semua. Ada few tempat dulu yang Ain pergi je dulu then dah balik baaaaru bagitau mak. Macam masa trip Krabi dulu. Konsep dia janji bagitau. Kalau bagitau before takut tak lepas so bagitau dah balik kira aci jelah. Hehe. Tapi lepastu kena bebel redha jelah.
Cantiknyaaaa laut. Ni kat Sorento Ferry Terminal. Naik Ferry ni ke Mornington Peninsula and lepastu start journey ke Great Ocean Road.
Rindu malam minggu dekat Malioboro Street, jogjakarta. Suka tengok live performance macamni. ANU ni perform best. Dua malam berturut pergi tengok. Dia tau tak dekat Malaysia dulu ada movie Anu dalam botol? Hahahaha.
Gambar lain tak sempat carik sebab busy. Rindunya nak jalan sorang. Gambar kat atas ni empat-empat lain negara. Nak masuk full tak muat pulak sebab debab sikit. Tu yang kaki je masuk. Hahaha. Hope tahun depan Allah bagi lah rezeki lebih so dapat spend buat solo backpackers lagi. Ingat nak try by train dari Johor-Kelantan-Hatyai then naik ke Krabi. Harap-harap jadik. Tapi tengok Mabul geram je sebab laut dia cantik. Rawa yang dalam Johor pon cantik. Tak pernah sampai lagi. Tapi kalau takde rezeki jugak pergi jelah Pantai Desaru dekat Kota Tinggi. Dua jam je dari rumah. Bawak bekal sandwich. Pon okkkkkk (sedapkan hati).
Bye!
1 comment:
Yuhuuu dapnyaa..
Post a Comment