Assalamualaikum.
Masa bagi Kaklong Nasi Goreng
Lada Kering yang I masak semalam, dia terus reminiscing back our memory dulu
masa I first time buat Nasi Goreng Lada Kering ni. Masa tu tak kawen lagi kan
Kak? I buat kena letak atas surat khabar sebab oily giler. Bajet macam nak buat
sambal tumis so letak minyak banyak-banyak (sebab takot cili tak masak nanti
sakit perut) and lepas tu letak nasik. Bukan Nasi Goreng Lada Kering dah tapi
Lada Goreng Bernasi Minyak. Hahahahaha. Tapi sedap la Nasi Goreng ni. Dulu masa
zaman kecik-kecik I remember Mak buat macam ni and memang sedap! Lagi sedap
sebab tinggal makan je and tak payah buat apapa. Hehe. Dah seminggu Ikan Bilis
yang Sazli dari En Kahar from Sabah beli dok ada dalam peti tapi I tak
buat-buat jugak Nasi Goreng ni and finally I dapat kekuatan untuk buat semalam.
Malam tu sediakan perencah and esok paginya tinggal goreng je. I ikut resepi
yang tulis dalam Facebook. Simple je and The Girls and Sazli cakap sedap. Cuma
I rasa macam berminyak sikit. Next time kena kurangkan minyak lah. I rasa la
jugak sesudu dua. Dapat jamah pon dah ok, lepas kan tingin. I masak 4 cawan
nasi malam tu and dapat bekalkan Sazli and The Girls. Suka la dorang semua and
request nak lagi. Main order je. Bayaaaaaaaaaaaaaaaaa laaaaaa. Penat ok masak?
Intan minggu depan sempena birthday week Intan, Kaksu nak request Intan buatkan
Kaksu Nasi Goreng. Boleh? Dyba goreng telur. Izzy bawak timun. Kaksu dengan
Kaklong this time nak jadik tukang makan je.
Nak buat Nasi Goreng
Lada Kering ni kena menggunakan kekuatan tangan. Kalau guna blender dah jadik
tak sedap lah. Bagus untuk membentuk muscle. Kata Kaklong ‘muskel’. Haha.
Bahan-bahan
- Lada Kering (direbus sampai lembut) dalam 15 tangkai
- Bawang Merah 6 ulas
- Bawang Putih 3 ulas
- Belacan sebesar ibu jari
- Ikan bilis
- (Semua ni tumbuk lumat)
- Ikan bilis goreng
- Scramble Egg
- Nasi Sejuk
- Minyak untuk menumis
- Garam
Cara Membuatnya
- Memula panaskan minyak. Jangan banyak sangat. Biasa-biasa je macam nak buat nasi goreng biasa. Lepas tu masukkan bahan tumbuk. Masak sampai la cili pecah minyak and masak. Kang tak masak, sakit perut pulak kang diucapkan padan muka.
- Masukkan nasi sejuk. Gaul rata and lepas tu masukkan scramble egg. Perasakan dengan garam.
- Tabur ikan bilis dengan jarak sejengkal dari paras nasik. Siap!!
Nasi Goreng Lada
Kering yang dimasak dengan kasih sayang (sebab stay up late sediakan perencah
and woke up early untuk goreng)
Close up sikit.
Nampak je bangang tapi sedap ni. InsyaAllah. Kalau tak sedap pon kena cakap
sedap. If not, I murka.
Suzalina cakap nak
Egg Sandwich. So buat sekali la. Dia tu kurang sihat, apa dia nak makan or tingin
I buat la. Untung dapat Adik baik macam I ni. (Mula la tu nak sombong hahaha).
This time I letak tomato, timun and bawang yang I dipotong kecik-kecik. No
cheese and less mayo sebab takot gemok. Lada hitam jangan lupa.
I buat 3 tingkat.
Memula roti, letak tomato and tuna dalam tin lepas tu lapik roti and letak inti
egg sandwich and lapik roti. Baru kenyang makan and puas hati. Roti sapu dengan
butter.
Party la dekat
Pantry.
Korang nanti try la. Senang Mak Enon. Tapi ingat eh, minyak kena
kurangkan. I selalu rasa kena letak banyak minyak sebab takot cili tak masak.
Salah theory tu. But still edible la. Masa yang dulu I buat lagi la disaster.
Sampai kena letak atas surat khabar. Hahahahahaha. Ikan bilis if letak kemudian
yang garing pon I rasa lebih sedap kot? Macam GF I masak, dia suka letak sawi.
Rumah I takde sawi last night and rasanya sepanjang duduk rumah ni memang takde
pernah keep sawi unless nak buat mee/mihun goreng. Kepada yang terliur, esok
boleh la korang buat. Kalau taknak pedas, bijik cili tu keluarkan. Macam
semalam walaupon kaler merah tapi takde yang komplen pedas. Samaada takot nak
komplen atau memang tak pedas. Hahahahaha. I masak, mandatory eh kena puji. If
tak puji nanti I merajuk. Okbye. Oh yang tadi I cakap tabur ikan bilis jarak sejengkal dari paras
nasik tu takde apa pon sebenarnya. Saja gurau. Hahahahahaha.
-eNd-
No comments:
Post a Comment