Pages

Wednesday, October 25, 2017

The Loaf SOGO and Jalan TAR with Bunda

Assalamualaikum..

3 minggu lepas kot masa kitorang lunch dekat Interconti (Bapak belanja) sempena Shein dah besar tak pernah makan dekat Interconti hahahah (Tapi I claimed sempena birthday I in-advance, tak kira) MIL ada cakap dengan I dia nak carik souvenir untuk kawan-kawan dia. Dia ada Lunch Reunion dekat hotel mana entah, I tak ingat. Kata Bunda, dia nak kerongsang je takyah mahal-mahal lepas tu I cakap ‘kedekuuuuuut’. Dia gelak je. Hahahahaha. I cakap, maybe Ampang Point ada so nanti Su boleh tolong carikkan dekat sana. Kata Bunda, kawan dia cakap dekat Jalan TAR ada banyak. So I offer la if dia nak I temankan. Ingatkan nak pergi minggu depan-depannya sekali petang tu jugak dia cakap boleh tak kalau pergi esok sebab dia dah geli pungkok tak sabar nak beli. I cakap ‘Ok sayaaaaaaaaaaaaaaang, I teman you’. Mengekek dia ketawa. MIL sekarang dia dalam tempoh recovery untuk mata dia sebab dia ada cornea problem so dia punya penglihatan a bit terbatas so dia tak berani nak drive jauh-jauh. Area Ampang je yang dia berani. Bunda ajak pergi naik Uber tapi I macam tak berapa selesa naik Uber. Nak menunggu sampai kekadang lambat, kekadang sesat so I jadik serabut perut. I ok je drive. Dalam pukul 10.00am I dah ambik MIL. Kitorang pergi awal sebab taknak panas sangat. Parking dekat SOGO lepas tu then jalan kaki pergi Jalan TAR. Enjoy jugak datang sini. Biasa I datang once a year time dekat-dekat nak Raya sebab saja ambik feel. Feel bau ketiak orang padahalnya. Dengan besesak-sesak I pon tak paham kenapa I besungguh buat routine macam ni. Time hari tak raya ni takde la sesak sangat. I target siap cari kerongsang nak makan dekat satu restaurant depan Sogo tu. Nasi Goreng dia sedap! I suka. Tapi haritu tengok dah takde and baris tu macam ada renovation. Frust sangat. Kata Bunda makan dekat Secret Recipe Sogo la, but tengok ponnnnnnnn dah takde. Dah tukar dengan The Loaf. I pon tak perasan zaman bila yang SR dah takde dekat Sogo ni. Tapi layan la wei Sogo, depan tu ada Buskers. Suara pon semua best-best. Impressed giler I.


Ni Bunda punya. Dia cakap nak makan Spaghetti Sayur. Ada pulak tu Veggie Spaghetti dekat sini. Konon makan sayur baik untuk mata. Ok la. Hahahaha.



Minumnya Mint Tea. I yang tolong pilih. Depan Bunda tu is I punya Spaghetti Aglio Olio. Portion dia besar la. Kenyang sampai esoknya I makan.


Hi, Saya Siti Nohaliza…


Sebab you belanja I makan, I up gambar you lagi satu.


Banyak kerongsang dekat Jalan TAR ni and harga pon murah. I pon tak ingat dah kedai mana. Kitorang jalan je. Nampak kerongsang, berenti.


Kata Bunda. Su pilih la. Mana yang Su berkenan, yang tu la yang cantik.

Kelakar la MIL I ni. Masa beli Kerongsang kemain kena ikut bajet berapa. Lepas tu tetiba dia pon nak beli jugak and I dapat jugak upah kerongsang. Mesti lah ambik yang mahal. 6 pulak tu. Hahahaha. I nak ambik 2 dia suruh ambik lagi, ambik 4 suruh ambik lagi last-last ambik 6 terus kah kah kah. Dah la dapat kerongsang lepas tu makan dekat The Loaf and tapau some bread lagi sudahnya belanja makan and upah lagi mahal dari Souvenir Reunion untuk 30 orang tu. Masa send gambar dalam WhatsApp Group yang ada Bapak and Sazli, kata Bapak ‘Hangpa berdua memang belagak’. HAHAHAHAH. Dalam pukul 1.30pm kitorang dah setel dah semua. Bunda pon happy and I pon suka tengok dia happy. MIL I ni memang tau? Kalau dekat kawan-kawan dia, dia akan cakap I tau semua menda and boleh tolong semua jugak. Bangga je dia dengan I. Kalau I masak apapa pon dia cakap la kat kawan-kawan dia I punya resepi best. Salin resepi siap kasik kat kawan-kawan dia. Comel. Lepas tu mestilah I paling cantik. Dulu masa I nak kawen, kata Bapak. ‘Bagi Bapak, Su dengan kawan Su yang pelakon tu (Poja) Su lagi manis’. Ececece. Dah kalau I mestilah yang terpaling. Hehe. Lepas tu kawan-kawan dorang pon suka la cakap I ni macam anak dorang sebab muka iras. Bukan macam menantu. Kata Bapak ‘Eh mestilah, muka Su iras Bapak. Bapak kan hensem?’ T____T Untuk Bunda and Bapak, Su doakan nothing except happiness for you both dunia and akhirat. Biar panjang umur and dapat tengok Shein naik pelamin. InsyaAllah….. (^_^)

-eNd-

1 comment:

  1. Suka tgk kaksu dgn mertua.. kamcing... kaksu muka cam org korea merah² pakai apa eh

    ReplyDelete