Assalamualaikum..
Haritu kitorang makan dekat Boat Noodle Avenue K.
Lepas tu ada menu baru la wei. Nama dia ialah Fried Songtam. Dia Songtam tapi
dia goreng. Paham? Sedap hoi! Ni sebenarnya menu baru atau menu dah lama tapi I
yang dah lama tak datang sini? Hahaha. One more, chicken wings dia pon dah
besar sikit. Last time alahai macam anorexia chicken je. Seiring dengan size
dah besar, I tengok harga pon macam ada peningkatan jugak - bagus. Overall for
visit kali ni Nora kasik 5 bintang! Selera kitorang makan sama naik dengan Mak
Buyong. Next time I nak order Pad Kra Pow la pulak. Tengok Kakyang punya macam
sedap jeeeeeeee. Nak mintak segan sebab member mengandung sure tingin nak makan
banyak. Macam Intan tu lain la dia. Kesah pulak dia kan? Kakyang tanya ‘Kak Intan nak?’ Intan jawab ‘Makan dulu, tak habes nanti Kak Intan makan’.
E! I paling pantang kalau orang jawab makan dulu, tak abes nanti baru makan kalau
I pelawa. Sebab korang tau kan, kita kalau makan mesti yang best tu tinggal
last. Tingat dulu masa I makan Maggie Korea dekat Pavilion. Simpan la kuning
telur tu nak makan last. Seeeeekali Sazli ambik sudu, makan telur I takde
tanya. Kata dia ‘Laaaa, nape tak makan? Meh
I makan’. Zaaaap korek kuning dia lepas tu ngap. I rasa macam nak ambik
pisau tikam je dada I. Hahahaha. Terkulat-kulat je I. Macam Ayang haritu, dia
simpan kuning telur dia sekali Kaklong makan. Nak marah kang jatuh derhaka tapi
bab makan kekadang jangan cari pasal wooo. Dulu masa sekolah, I pernah merajuk
dengan Makcik Kentin sampai I tak makan. I dah queue lama lepas tu dia bagi
orang lain dulu. Seharian moody. Eh tak sangka bab merajuk bab makan ni
perangai dari zaman sekolah rupanya. Adeh. Perangai I banyak turun dekat Shein
ni. Tapi Shein I tengok makan selera je. Debab je takde masalah. Haha. Takde
lagi dia merajuk bab makan. Eh, ada! Masa dia merajuk pasal eskrem, lepas tu
Sazli suap and dia sanggup tak telan walaupon dah dalam mulut dia. HAHAHAHA.
Ikut perangai Mama rupanya!
Tasty
Chicken Wing RM9.90 sepinggan ada 5 ketul. Apeni chicken wing tak kasik sampai
ketiak dia? Hahaha.
Naseb
baik ada. Time tak teringin sangat, ada pulak dia. Yang ni Sangkaya Steam
Bread. RM6.90. Kitorang ambik 1 je. Makan rebut-rebut baru best. Pernah ambik
2, tak abes. Seperti peribahasa ‘Orang
tamak Selalu Rugi’. Sapa pernah tengok dulu ada filem pendek Sang Kancil
dan rambutan yang satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk. (Apa kena
mengena)
Makan
rebut-rebut sedap ni. Kerabu Maggie dekat Boat Noodle bagi I the best la. Cukup
pedas, cukup masam. Tak over power yet sangat tasty. RM8.50
Ni
la Kakyang order. Kra Pow Chicken. Sedap ni. RM11.90 je.
Wajib
Order setiap kali datang. Ni Thai Popoye’s Tempura. RM6.90. Popoye sebab ni
sebenarnya daun bayam.
Hero
of the day. Fried Som Tam. RM8.50
Mix
semua kuah dia. Sedap seriousssssssss!
Kaklong
and Kakyang ni dah macam kawan pulak. Kitorang dok berangan. Kalau Kakyang
kerja sama dengan kitorang sure masuk geng sekali. Lepas tu kalau adik Intan
Zati pon kerja sini, ponnnn masuk geng jugak. Bertambah la ahli I Will Survive.
Tapi makan kat kentin je la sebab kereta tak muat OR I kena beli van. Van pulak
Van Vanette je hahahahha. Tak pon Van Juara. Macam roti je, bila kona terbalik
king king king sebab tak boleh balance. Hahahahhaha.
I
berdiri atas kerusi tau amek gambar ni?
Siti
Nohaliza conquer Fried Somtam
Amboi
Amboi belakang sana gembira sangat tu?
Kakyang
is 5 months pregnant. Dah nampak dah baby bump. Dia dapat bebi girl
laaaaaaaaaaaa. Bestnya! Nanti boleh pakai comel-comel. Macam mana la Kakyang tu
nanti dengan anak dia sebab dia sejenis pandai main dengan bebudak kecik. Anak
orang pon dia beria sayang, anak sendiri apatah lagi.
Tachiu to Kakyang sebab tolong queue kan masa nak
makan haritu. Sampai-sampai terus duduk order je. Mesti bengkak je orang yang
dah beratur lama tengok kitorang. Tapi Boat Noodle ni letak la dekat mana pon
semua long queue kan? Orang memang suka la. Dekat Ampang Point tu pon tak
pernah yang tak beratur. Each time I datang sana sure beratur panjang. Haritu
kitorang order banyak-banyak macam tu + air thai green tea kena RM110.00++ include
tax. Bagi I Ok dah tu harga dia. Cuma yang tak ok, dekat Avenue K ni tak boleh
bayar guna Debit Card. Semua urusan pembayaran guna cash. Zaman sekarang if
transaction tak boleh guna debit or credit card, bagi I agak leceh la. Mana ada
orang suka bawak cash banyak-banyak kecuali Ongtue macam Bapak. Hhahaha. Tetiba
Bapak masuk dalam cerita ni. Okla Bye. Boring pulak harini. Isnin kan?
-eNd-
4 comments:
Okeh nak pi Boat Noodle dgn anak dara i...
Fried somtam menu baru.. Sodap.. Aritu dh mkn.. Nasi krawpow tu slalu gk order tp tgk outlet juga yg sdap.. Ms mkn kt Berjaya times square xsedap, kt aeon shah alam sedap, sangkaya wajib order
Kak su, Kra pow chicken dekat Johnny's sedap kak su
suria amanda : ok, malam ni jugak u pergi ok?
mama tisya : lain outlet lain ke rasa dia? ingat kalau franchise semua rasa sama je.
ayu Mns : johnys eh? ok nanti kaksu try.
Post a Comment