Pages

Friday, November 17, 2017

Melaka Trip - Bandar Hilir

Assalamualaikum..

Tengok balik gambar-gambar I dengan Intan and Dyba dekat Melaka ni, macam cantik jugak. Tak sangka Melaka cantik. Banyak ambik dari camera handphone Abang Azza. Dia pakai jenis jenis Samsung S8. Yang I share ni semua raw, takde edit apapa. Cantik kan?? Eh beria aku excited sampai dua kali tanya cantik ke tak. Hahahaha. Ke biasa-biasa je sebenarnya gambar ni? Kalau rasa biasa-biasa tak payah jawab. Dulu zaman I pakai Samsung, gambar semua level tahi je. Now S8 cantik giler ok gambar? Ni nak kena pakai Samsung balik ke acane ni? One more. I rasa macam difficult nak update blog pakai iPhone. Sapa iPhone user, ada experience tak nak update/edit blog? Kalau ada, korang guna app apa? Sila share and jangan buat I bangang forever. I dah forever failed sian sangat diriku ini. Kalau ada urgent nak edit entry sponsored biasa akan susahkan Ain, or I akan log in guna Samsung S5 I ni. But tu last choice la sebab kalau boleh nak Ain susah sikit hidup dia kena push dengan I. Hahaha. Anyway, tadi nak cerita pasal Melaka, ni aperhal tetiba masuk bab handphone pulak? Takde apa pon.. Office Trip ke Melaka pergi pagi balik malam je. This trip kitorang pergi MPO dengan Bandar Hilir je. Lunch lambat around 2.30pm lepas tu jalan-jalan area A Famosa/Dataran Pahlawan and kawasan sekitar dia and by 10.30pm dah sampai KL. To be frank, I had fun walaupon takde apa. Sesekali chill dengan kawan-kawan and ada 'me time' macam ni actually boleh release tension. Jalan ramai-ramai dekat A Famosa macam reminiscing back memories masa zaman I sekolah dulu time rombongan sekolah datang sini. Tahun 1992 tak silap I. Now 2017 so ada la 25 tahun I tak naik St. Paul Hill tu. Imagine now I 36 years Old and another 25 years if I umur panjang my age is 61 years old. OMG tu pon kalau panjang umur. Mau I naik hill ni dengan cucu pulak. Anak Shein. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sempat ke?


Kemain melaram spek baru. I beli dekat Focus Point MPO. Jenis Dior, after less harga tak sampai RM700.00 pon. Tingin nak pakai Aviator tapi kata Intan nanti muka I jadik sedih. I beli sebab I punya yang lama hilang dalam kereta Sazli. So beli pattern lebih kurang. Yang lama jenis Armani. Last week, Sazli cakap jumpa pulak dalam kereta T____T



Dulu masa zaman sekolah, dapat tengok A Famosa dalam buku je. Bila sampai sini, rasa excited sangat-sangat time rombongan sekolah tu. Yerla kita duduk Felda, kategori kampung so jarang-jarang la dapat berjalan and pergi trip. Now, I datang balik tetiba sedih teringat dulu hidup macam mana (sebab susah), kawan-kawan ada yang berjaya, ada yang hidup huru-hara, meninggal pon ada. 


Naseb baik pakai NMD, so tak la sakit kaki nak panjat bukit. Cantik kan NMD I dengan Dyba? Sapa yang suka, boleh check out dekat IG @zgsports and deal dengan dia. Dekat Adidas store if korang carik, memang takde (sesambil promote Zack Galak lol)


Atas bukit ni ada la orang jual Key Chain yang ada nama tau? Lepas tu Abang jual Key Chain tu approach I tanya taknak beli ke? I jawab 'Taknak la, nanti semua orang tau nama I'. HAHAHA. Spontan jawab. Lepas tu Abang Key Chain tu gelak je and cakap 'Macam tu tak boleh buat apa la hahahaha'.


Turun dari St Paul, kitorang pergi dekat Train ni. Sipi-sipi nak buat video clip hindustan cerita Kuch Kuch Hota Hai.


Lepas tu kita jalan-jalan je all the way nak ke Clock Tower untuk minum Air Tembikai. Memula rasa nak naik Beca tapi macam tak sampai hati tengok yang tukang bawak. Dapat customer macam Dyba ok la. Dapat macam Intan and I? Ada yang I offer nak kayuh beca sendiri. 'Abang takpe Abang, Abang dah penat, biar saaaaaaaaaaaya bawak, abang relax je duduk dekat belakang'. Hahahaha.


I tingat lagi masa naik Beca ni tahun 2014, 1 beca kena charge RM80.00. I agak I kena tipu. Tengok muka macam boleh kencing je ni. Sebab I tanya Makcik-makcik tu kena berapa, dorang cakap RM20.00 je.


Eh, macam Trevi Fountain pulak. I suka la Melaka. Cuaca baik macam ni nampak meriah. Ada macam pancaragam main music depan Clock Tower ni. I had fun. Konsep sama lebih kurang macam historical place dekat Europe. Sama macam ni jugak. Ada band, ada food, ada manusia. Bezanya sana sejuk, sini ketiak berlendir. Hahahaha.


Sazli cakap gambar I ni macam Mak Datin. If la macam Mak Datin, I masuk kategori vogue la. InsyaAllah. Hahahahaha.


Nak ambik gambar Uncle Gold ni cuma bayar RM5.00 je. Sian pulak I tengok dia. Macam-macam cara orang nak carik duit. Dapatnya cuma RM5.00 hurm...  Kesian kan? Tapi kenapa muka I macam gembira je? Takde kesian pon. Haha.



Perkenalkan sebelah kiri bini muda, bini tua yang free-hair tu (sebab taknak kalah - dia kena lagi cantik). Hahahaha.  Intan dia kalau nampak Dyba pegang tangan I dalam gambar nanti dia tanya 'Ape ni?' Dia tak kasik pegang. Biasa la bini tua kekadang dia agak insecure, bini muda pulak lebih manja. Awwwuuuuuuu.


Brother ni make up semua sebijik la macam dalam cerita Pirate of Caribbean tu. Suara, cara cakap, cara jalan pon lebih kurang sama.

Masa ni I takde small change. So I tanya dia 'How much I need to pay to take photo with you?' Dia cakap '5 Dollar Madam' sambil kepala goyang-goyang and tangan patah geram rasa nak terajang je. Lepas tu I cakap 'Wait, I ask money from my farther'. Lepas tu lari-lari mintak duit RM5.00 dekat Abang Nuar. Si Intan dengan Dyba dah terkepit-kepit tahan kencing sebab tak sangka I cakap Abang Nuar tu ayah I. HAHAHAHAHA. I kan jenis cakap apa yang terlintas dalam kepala je? Bayar RM5.00 lepas tu dapat package amek gambar sekali dengan Dyba and Intan. Boleh snap banyak-banyak and check dulu gambar Ok ke tak. Hahaha. Ajer mampos dapat 10 customer macam ni. Dalam pada seronok sebenarnya teringat, kalau ada Shein mesti best. Best kalau dia ok la. Kalau dia buat perangai baring atas jalan takde la berapa best sangat. Hahahaha. So, untuk sesapa yang tak pernah datang Melaka, datang la sini. Best jugak. Cumanya jangan datang time Public Holiday la sebab confirm jalan jem.



-eNd-

2 comments: