Pages

Thursday, November 23, 2017

Random Story

Assalamualaikum..

Minggu ni I yang ambik Shein from school sebab Sazli teman Maktok buat retina operation dekat Pusrawi. Baba pulak balik Kedah sebab Nek sakit. Nek pon dah 98 years old. I nak mintak korang semua tolong doakan Nek Shein (Tok Chak) and Maktok Shein sihat dan dipermudahkan urusan. Sian tengok Sazli, mata pon dah tak boleh nak bukak. Pagi still kena siapkan Shein and hantar pergi school. Lepas tu visit Maktok and balik kerja singgah lagi hospital and malam 9.30-10.00pm baru dia sampai rumah. Rindu la Sazli pada Shein sebab usually pagi petang dia yang handle Shein. Gaduh berkuntau semua. Now missing 1 routine dengan Shein. Kata Sazli, rindu pada Mama and Ayang-ayang (Shein) tapi bila depan mata semua jarang yang nak berdamai. Manjang gaduh. I rasa Sazli suka gaduh dengan Shein, tapi kata Sazli I yang suka gaduh dengan Shein. Haritu Sazli pesan dekat I ‘Mama jangan garang-garang dengan Shein sebab takot dia phobia’. Eee I memang tak boleh sabar macam Sazli kot nak handle Shein? Dia dah masuk kategori lain. I memang sabar, tapi sabar I dia ada limit. Suara tu kalau dah menjerit, pitching Ziana Zain pon I boleh dapat. Kekadang naik serak tekak menjerit. Shein ni pon perangai memang mengundang. Bila tak puas hati, I pon nak ditamparnya. Haha. Kekadang saja nak test Mama yang bukan-bukan. Mama ni kekadang tak bersalah apa dia mintak tangan nak pukul lepas tu cakap ‘Don’t do that Mama. Stop it. Sit here!’ Amboi dia tu. Nak garang-garang dengan Mama kenapa? Mama innocent kot? Asal main game dekat iPad lepas tu kalah, nak marah Mama. Main semua nak menang, mana boleh. Adat la game ada menang ada kalah. Eh jap. Itu macam sound familiar punya perangai. Itu perangai Mama ko tu Shein. Hahahahhaha. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Tapi Shein banyak tu ikut perangai Mama. Takpe, nanti dia dah besar sikit boleh berfikir secara rational, nanti dia akan Ok. InsyaAllah.


Semalam BBI ada buat visit to National Planetarium untuk experimental learning and school finish at 4.00pm so Shariffah bawak la Shein balik rumah dia dulu. Bila Ms Shariffah cakap Mama is here to fetch him, dia taknak balik pulak. Ewah. That is Rayyan. One of Shein’s best friend. Hari-hari before sleep tanya ‘Where Rayyan, where Abdourahmen, where Ahmadi, where Adrial?’ Esok pergi sekolah, time nak mandi gaduh jugak dengan Mama. Malam sebelum tido nampak macam tak sabar nak pergi school. Whyy??????



Petang semalam kita early dinner dekat Hut. Middle East Restaurant dekat M City. Not bad makan sini. This one is Mandhi Chicken. RM12.00 1 set macam ni.


Ni a day before. Dinner at TAFT also dekat M City. Mama kena la bawak Shein dinner sebelum balik. Biasa Abah yang handle Shein punya dinner. Now I realized Sazli buat banyak for Shein. Baru 2-3 hari handle, emak engkau dah demam Shein. Padahal Abah being doing that since forever.


I send photo pada Sazli. Tunjuk Shein makan sendiri + makan sayur. Hehe. Bagus Shein ni. This is what BBI ajar kids dekat sana. Berdikari and eat veggies. Kids dekat BBI eat only healthy foods. Ulam-ulam is a must. Lady’s Finger tu celur je and the kids eat just like that. Shein ni if tak pergi BBI memang haraaaaam la nak makan sayur. At least I tau 5 days a week, dia makan really healthy foods. Dekat rumah, memang I ada cheat. Sebab tak tahan tengok Shein punya muka time merayu dekat I.


This is set Asam Pedas at TAFT


Cucur Bilis and Cucur Veggies


Bila dengan Ms Shariffah and Mr David, Shein punya foods and makan is 100% handle by Ms Shariffah. Mama relax je duduk tepi goyang tetek. Haha.


Sedaaaapnyaaaa Saba. This one dekat Rakuzen G Tower. I suka Saba. Tapi Saba yang murah dekat Isetan je. This one dalam RM35.00 but bento la. Ada nasi, salad, sup and egg custard.

Hari esok, InsyaAllah I, Sazli and Shein akan balik Kedah untuk visit Tok Chak dekat sana. Last tengok Tok was in Mei masa Sazli ada Hard Rock Run di Penang. Doakan perjalanan I dengan Sazli and Shein selamat pergi dan balik ye? Sian Tok. Now dah makin uzur dia. I also kesian pada Bapak. Bapak tu memang risau dengan kesihatan Tok. I tau Tok is dia punya semangat… Anak mana tak sayang Ibu kan? Bapak pon dah buat macam-macam for Tok. I tak pernah tengok lagi orang macam Bapak. Yang babysit Tok bila balik kampung. Bukan setakat ziarah tapi mandikan, pakaikan pampers and baju siap bedakkan, suapkan makan, tido sama…. MasyaAllah… I know Sazli also akan do the same thing to Bapak and InsyaAllah Shein pun akan buat yang sama pada Sazli nanti. Kalaulah semua Ibu dalam dunia ni dapat anak yang macam Bapak and Sazli, I percaya merekalah Ibu yang paling bahagia dalam dunia and I hope one day, Shein also akan bahagiakan I sebagai Ibu. Sekarang pon bahagiaaaaaa jugak. Tapi time dia tak meroyan la. Hahaha.

-eNd-

No comments:

Post a Comment