Pages

Thursday, November 9, 2017

Resepi Maggie Goreng Bodoh

Assalamualaikum..

Petang semalam, sampai je rumah Bapak tengok Sazli tengah buat scramble egg. Maggie dah siap berendam. Bekas bawang dah bawak keluar acewah macam pandai je nak masak. Kata dia, ‘Papa tingin nak makan Maggie Goreng macam Kak Azam la Mama’. Kak Azam tu bukak kedai makan simple-simple macam Maggie Goreng, Laksa, ABC dekat belakang rumah Tok Chak di Merbau Pulas. Memang favorite kitorang tu. Sampai je kampung, letak bag semua terus serbu kedai Kak Azam tak menyempat-nyempat. Hahaha. Sedap Kak Azam masak. Kalau ais sagat pon sedap. Boleh mintak ais sagat oren, ais sagat sirap. I sukaaaaaaaaaaaaa. So sebab Sazli mintak, I pon buat la semalam. Zap zap zap kurang 10 minutes dah siap. I berangan macam I tukang masak dekat kedai Mamak. Mamak kan kalau masak main campak-campak je? Hahaha. Tak sangka I masak sedap (boleh je puji diri sendiri). Lepas tu Bunda pon tingin jugak so I buat untuk Bunda and Bapak skali lah. Version tak pedas. Untuk Sazli I letak 3 biji Cili Padi. Untuk Bunda and Bapak tak letak at all sebab depa memang tak makan pedas. Letak dalam IG terus dapat ratus-ratus like. Korang memang menantikan ajer kan #chooyayamasak punya posting? Kekadang kalau merajin I akan letak la dalam IG. Basically makanan yang simple-simple je. Sazli pulak jenis suka makan yang kering-kering. Petang kang ingat nak cari croissant or ciabatta la untuk buat sandwich. Macam dah lama tak buat. Sapa nak resepi Maggie Goreng I share dekat sini. Untuk tengok yang I masak-masak dekat IG, korang boleh tengok dekat sini. Ok? Okbye.


Maggie Goreng bodoh je. Takde any ayam, daging. Cuma telur je. Tapi Sazli cakap sedap. Heeeee.

Resepi Maggie Goreng (Untuk 2 bungkus Maggie) 
  1. Bawang besar - sebiji
  2. Bawang putih – 3 ulas
  3. Cili Padi – 4 biji (ikut tahap kepedasan yang korang suka)
  4. Telur (scramble) – 2 biji
  5. Sawi – 4 batang
  6. Maggie (Any perisa also can do. Nak sedap pakai perisa Kari) – 2 bungkus rendam dalam air panas
  7. Perencah Maggie – half
  8. Sos tiram – ¼ sudu
  9. Sos Cili – 1 sudu
  10. Sos Tomato – 1 sudu
  11. Kicap Manis – 1 sudu
  12. Timun untuk hiasan


Cara Membuatnya
  • Memula tumis bawang besar, bawang putih and cili padi
  • Masukkan perencah Maggie tu tapi half je. Kalau tak dia akan jadi masin sangat
  • Masukkkan sos tiram, sos cili, sos tomato and kicap
  • Dah tu masukkan Maggie yang direndam. Gaul rata
  • Last sekali masukkan sawi and scramble egg. Siap!
  • Serve atas pinggang and letak hirisan timun.



Semalam I pakai tudung hadiah Izzy bagi masa birthday I. Tachiu Izzy. Ni dia beli dekat Arzu. Besar bidang dia. I suka. Senang nak bentuk. Lain kali belikan I 18 ok?


Curi masa sekejap jumpa dengan Kak Kiah korang. Semalam dia mintak resepi Shell Out. Sampai sekarang dia. Apa la citer Shell Out dia. Hahahaha

-eNd-

2 comments: