Thursday, December 7, 2017

From Kg Paya With Love

Assalamualaikum..

Haritu masa balik Kedah visit Tok, kami sempat la pergi singgah rumah John dekat Kg Paya, Bertam, Kepala Batas - Penang. Seronok sangat! Sini area kampung rumah dekat-dekat tapi bersih and sejuk je. Shein pon happy dapat main dengan Umar Firas naik basikal roda dua (tapi bonceng je la sebab nak bawak tak pandai). John is a brother from another mother of Sazli. Depa close sejak sekolah Teknik Kulim dulu dah macam adik-beradik dah. Kawan lain macam Cikgu Khairi, Pidaus, Apit and ada lagi 2 3 orang. Keot dengan Kashfi ke sapa entah I pon tak ingat sangat. John tu nama Khairul Najmi. Jadik John sebab konon-konon dulu muka dia macam John Travolta tu yang lekat nama tu. Hahahaha. I tengok macam takde rupa John Travolta pon. Tak paham aku. Dulu John duduk Serdang (Ke Bangi? Hahahaha) tapi kami jarang jugak jumpa sebab maybe baru kawen, baru dapat anak and baru nak settle down. Dalam last year Sazli selalu masuk Run dengan John and selalu jumpa. Bila dah selalu jumpa jadi close balik, tapi John pulak lepas tu pindah for good ke Penang. Rumah peninggalan Arwah Ayah dia. Itu pon I rasa decision yang hebat. Dari Bandar pindah ke Kampung. Wife dia Cikgu Murni pon pindah sana so dorang now dah jadik warga Penang lah. I seriously segan sangat dengan John and Cikgu Murni ni sebab dorang ni baaaaaik sangat. Rasa macam tak padan je nak kawan. Duluuu masa memula kawen, ada jugak I pergi rumah John. Tengok dia dengan Cikgu Murni dekat rumah, balik tu I diam je dalam kereta. I rasa segan. Dorang baik. Sederhana segalanya tapi macam harmoni je hidup. Sejuk bila tengok. Kata Sazli, jangan compare macam tu. Bubu pon baik jugak… Hehe. Tetiba rasa macam I ni selalu ask for more padahal orang lain selalu bersyukur dengan apa yang ada. Paham tak apa I cuba cakap ni? Tak paham sudah. 


Ni anak sulong John. Umar Firas. Adik dia Umar Razin pergi sekolah sebab ada practice menyanyi. Sekolah tadika. Umur 7 tahun tapi Shein nampaknya macam lagi debab. U two, nanti kawan sampai lah ada family masing-masing. InsyaAllah kita kekalkan silaturrahim ni sampai ke anak cucu.


Sampai rumah John dalam pukul 9.00am macam tu sebab kita gerak dari KL awal. John jamu banyak makanan. Ada nasi lemak, kuih–muih and cucur udang. Macam kenduri pulak John jamu makan banyak-banyak macam ni. Sazli excited sangat masa nak datang sini. Dia cakap macam reminiscing back memories zaman dulu-dulu waktu dia dekat Teknik Kulim. Kalau weekend nanti depa ramai-ramai la dok tumpang rumah John lepas tu mengorat cousin John yang rumah dekat depan sana. Sini rumah rapar-rapat. Rumah cousin John tu macam dekat ‘pulau’ keliling ada jalan. So dorang kalau naik motor suka la pusing-pusing rumah tu banyak-banyak kali. Hahahaha. Malam buat BBQ. Mak John la yang bagi makan semua…. Sazli cakap, dia sayang John and family macam true blood. I pon tengok Sazli setiap kali cerita pasal kawan-kawan Teknik, dia macam happy sangat. Yerla kan, childhood friend ni dia punya aura lain sikit. Sazli la. I tak. Kawan sekolah I suka buat I and suka main taknak-taknak kawan padahal I innocent. Dengki la tu I hot. Hahahaha. (Gurau)


TQ John jamu makan sedap. John cakap meh la ambik gambaq hang. I taknak sebab I tak mandi. Hahahah.


Ni Adik John nama Wani, kebetulan sama Uni dengan Izzy. So dorang kenal la each other. Small world.


Tu diaaaa punya banyak makanan. Ni betul breakfast like a king ni. Shein nasik lemak dua bungkus siap makan dengan sambal. Habes!


Siap makan, Umar Firas bawak Shein main-main dekat luar. Ni Mak John kaitkan buah Ambra. I panggil Buah Kedondog. Tau tak?


Basikal kecik share dua. Si Umar yang kena bawak Shein sebab Shein tak pandai bawak basikal roda dua. 


Such a warm feeling to see Shein main dengan Umar Firas.


Muat ke Shein seat tu? Kitorang yang tengok pulak mengekek ketawa. Hahaha.


Kata John, jalan ni kalau time sekarang ok la tak busy. Kalau bebudak Sekolah Menengah dah balik sekolah jadik busy and bahaya if bebudak main dekat jalan macam ni.


Pokok Kedondong depan rumah. Boleh buat cicah and buat juice jugak.


Ni la Buah Kedondong. Si Sazli confident je cakap buah jambu batu kecik tu buah kedondong. Haha.


John and Sazli. 


2 3 kali Cikgu Murni snap kan gambar (selagi tak nampak cantik) Hahaha. Padahal tak mandi lagi.


Ni Cikgu Murni. Wife John. Dia mengajar sessi pagi. Dalam tengahari dah sampai rumah.

Masa dorang pergi Solat Jumaat akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaa I mandi. Hahaha. Lepas mandi rasa segar sangat. Tadi beria taknak mandi. Nak jugak tunggu sampai rumah Tok dekat Merbau Pulas baru nak mandi. Lepas solat Jumaat baru la kami gerak ke Kedah pulak. Sempat la I nap sekejap while Cikgu Murni melayan Shein main game. I tengok lembut je Cikgu Murni bercakap dengan Shein. Alahai… Sejuk hati. I suka la Cikgu Murni ni. Dia baik la, cakap pon lembut je… I wonder macam mana la kalau I macam ni, memang Siti Nohaliza terus la kot. I kasar. Buat kerja kasar, cakap kuat, gelak kuat, bagi salam pon bergegar satu rumah. Kontra la dengan Cikgu Murni. Anak-anak John pon baik and mendengar kata. John cakap ‘Umar Firas, jangan buat macam tu’. Terus simpan barang. Shein? HAHAHHAHAHAHAH. But again, cannot compare la kan? Cumanya now I tau Shein menurun perangai sapa OMG. Banyak ikut perangai Mama la ni. Kasar takpe Shein, dalam hati Allah tau (cecece). 


Sampai umah Tok dekat Kedah, I tengok ada skru ni dalam handbag. I tunjuk dekat Sazli lepas tu Saz bagitau John. John kata patut la skru ni hilang! Ni Skru dia letak dekat lubang pintu grill as kunci. Hahaha. Sorry John! Aku pon taktau macam mana skru ni ada dalam handbag aku. 

Nanti bebila hang mai KL, aku pulang balik la skru ni. La ni dok ada dekat rumah. Aku simpan elok-elok na John? Anyway, TQ John, Cikgu Murni and family for having us. InsyaAllah ada umoq, kami mai la lagi visit hang. Hang pon nanti, bila kami dah ada rumah yang selesa boleh la hang mai dok umah kami 2 3 hari pulak. Nanti aku masak sedap-sedap pulak kat hangpa. Thank you dulu masa Sazli sekolah, hang kawan baik dengan dia and jaga dia walaupon aku tau dia pandai jaga diri pon tapi aku happy dia ada hangpa as kawan-kawan yang baik macam ni. Aku tumpang happy. InsyaAllah kita jaga ukhwah ni sampai bila-bila. OK? Aku doakan hang sekeluarga dalam lindungan Allah selalu and dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Hang baik John. Aku selalu cakap banyak-banyak kali dekat Li macam ni. TQ terima aku sebagai Kaklong hang. Aku lain cetak dengan pempuan-pempuan dalam hidup hang tapi hang takdak pilihan. Hang kena jugak terima aku seadanya. Hahahahaha.

-eNd-

5 comments:

Illya LeYa said...

Memang best bile dapat blk kampung mcm ni...

nadyrah khairy said...

Bestnya kak su....sobss

Chooyaya! said...

lllya : best! sejuk je

nadyrah : hehehe. jangan ler sedih... nanti mai jumpa kaksu

Reena Kamarudin said...

sebak pulak hati kita baca perenggan last. kaksu ni memang pandai hargai orang disekeliling kaksu kan? teruskan menulis tau. keep inspiring us!

Chooyaya! said...

Reena Kamarudin : Alaaaaa. Sebak jugak ke? Kaksu memang macam ni. hehe. ikhlas je apa kaksu cakap. kita memang kena hargai orang2 yang baik dalam hidup kita, lebih2 lagi yang ikhlas. yg jenis tak ikhlas takyah layan. hahahah