Assalamualaikum..
Haritu masa balik Kedah visit Tok, kami sempat la
pergi singgah rumah John dekat Kg Paya, Bertam, Kepala Batas - Penang. Seronok
sangat! Sini area kampung rumah dekat-dekat tapi bersih and sejuk je. Shein pon
happy dapat main dengan Umar Firas naik basikal roda dua (tapi bonceng je la
sebab nak bawak tak pandai). John is a brother from another mother of Sazli.
Depa close sejak sekolah Teknik Kulim dulu dah macam adik-beradik dah. Kawan
lain macam Cikgu Khairi, Pidaus, Apit and ada lagi 2 3 orang. Keot dengan Kashfi ke sapa
entah I pon tak ingat sangat. John tu nama Khairul Najmi. Jadik John sebab
konon-konon dulu muka dia macam John Travolta tu yang lekat nama tu. Hahahaha. I
tengok macam takde rupa John Travolta pon. Tak paham aku. Dulu John duduk
Serdang (Ke Bangi? Hahahaha) tapi kami jarang jugak jumpa sebab maybe baru
kawen, baru dapat anak and baru nak settle down. Dalam last year Sazli selalu
masuk Run dengan John and selalu jumpa. Bila dah selalu jumpa jadi close balik,
tapi John pulak lepas tu pindah for good ke Penang. Rumah peninggalan Arwah
Ayah dia. Itu pon I rasa decision yang hebat. Dari Bandar pindah ke Kampung.
Wife dia Cikgu Murni pon pindah sana so dorang now dah jadik warga Penang lah. I
seriously segan sangat dengan John and Cikgu Murni ni sebab dorang ni baaaaaik
sangat. Rasa macam tak padan je nak kawan. Duluuu masa memula kawen, ada jugak
I pergi rumah John. Tengok dia dengan Cikgu Murni dekat rumah, balik tu I diam
je dalam kereta. I rasa segan. Dorang baik. Sederhana segalanya tapi macam
harmoni je hidup. Sejuk bila tengok. Kata Sazli, jangan compare macam tu. Bubu
pon baik jugak… Hehe. Tetiba rasa macam I ni selalu ask for more padahal orang
lain selalu bersyukur dengan apa yang ada. Paham tak apa I cuba cakap ni? Tak
paham sudah.
Ni
anak sulong John. Umar Firas. Adik dia Umar Razin pergi sekolah sebab ada
practice menyanyi. Sekolah tadika. Umur 7 tahun tapi Shein nampaknya macam lagi
debab. U two, nanti kawan sampai lah ada family masing-masing. InsyaAllah kita
kekalkan silaturrahim ni sampai ke anak cucu.
Sampai rumah John dalam pukul 9.00am macam tu sebab
kita gerak dari KL awal. John jamu banyak makanan. Ada nasi lemak, kuih–muih and
cucur udang. Macam kenduri pulak John jamu makan banyak-banyak macam ni. Sazli
excited sangat masa nak datang sini. Dia cakap macam reminiscing back memories
zaman dulu-dulu waktu dia dekat Teknik Kulim. Kalau weekend nanti depa
ramai-ramai la dok tumpang rumah John lepas tu mengorat cousin John yang rumah
dekat depan sana. Sini rumah rapar-rapat. Rumah cousin John tu macam dekat ‘pulau’
keliling ada jalan. So dorang kalau naik motor suka la pusing-pusing rumah tu
banyak-banyak kali. Hahahaha. Malam buat BBQ. Mak John la yang bagi makan semua….
Sazli cakap, dia sayang John and family macam true blood. I pon tengok Sazli
setiap kali cerita pasal kawan-kawan Teknik, dia macam happy sangat. Yerla kan,
childhood friend ni dia punya aura lain sikit. Sazli la. I tak. Kawan sekolah I
suka buat I and suka main taknak-taknak kawan padahal I innocent. Dengki la tu
I hot. Hahahaha. (Gurau)
TQ
John jamu makan sedap. John cakap meh la ambik gambaq hang. I taknak sebab I
tak mandi. Hahahah.
Ni Adik John nama Wani, kebetulan sama Uni dengan Izzy. So dorang kenal la each other. Small world.
Tu
diaaaa punya banyak makanan. Ni betul breakfast like a king ni. Shein nasik
lemak dua bungkus siap makan dengan sambal. Habes!
Siap
makan, Umar Firas bawak Shein main-main dekat luar. Ni Mak John kaitkan buah
Ambra. I panggil Buah Kedondog. Tau tak?
Basikal
kecik share dua. Si Umar yang kena bawak Shein sebab Shein tak pandai bawak
basikal roda dua.
Such
a warm feeling to see Shein main dengan Umar Firas.
Muat
ke Shein seat tu? Kitorang yang tengok pulak mengekek ketawa. Hahaha.
Kata
John, jalan ni kalau time sekarang ok la tak busy. Kalau bebudak Sekolah
Menengah dah balik sekolah jadik busy and bahaya if bebudak main dekat jalan
macam ni.
Pokok
Kedondong depan rumah. Boleh buat cicah and buat juice jugak.
Ni
la Buah Kedondong. Si Sazli confident je cakap buah jambu batu kecik tu buah
kedondong. Haha.
John
and Sazli.
2
3 kali Cikgu Murni snap kan gambar (selagi tak nampak cantik) Hahaha. Padahal
tak mandi lagi.
Ni
Cikgu Murni. Wife John. Dia mengajar sessi pagi. Dalam tengahari dah sampai
rumah.
Masa dorang pergi Solat Jumaat
akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaa I mandi. Hahaha. Lepas mandi rasa segar sangat. Tadi
beria taknak mandi. Nak jugak tunggu sampai rumah Tok dekat Merbau Pulas baru
nak mandi. Lepas solat Jumaat baru la kami gerak ke Kedah pulak. Sempat la I
nap sekejap while Cikgu Murni melayan Shein main game. I tengok lembut je Cikgu
Murni bercakap dengan Shein. Alahai… Sejuk hati. I suka la Cikgu Murni ni. Dia
baik la, cakap pon lembut je… I wonder macam mana la kalau I macam ni, memang
Siti Nohaliza terus la kot. I kasar. Buat kerja kasar, cakap kuat, gelak kuat,
bagi salam pon bergegar satu rumah. Kontra la dengan Cikgu Murni. Anak-anak
John pon baik and mendengar kata. John cakap ‘Umar Firas, jangan buat macam tu’. Terus simpan barang. Shein? HAHAHHAHAHAHAH.
But again, cannot compare la kan? Cumanya now I tau Shein menurun perangai sapa
OMG. Banyak ikut perangai Mama la ni. Kasar takpe Shein, dalam hati Allah tau
(cecece).
Sampai
umah Tok dekat Kedah, I tengok ada skru ni dalam handbag. I tunjuk dekat Sazli
lepas tu Saz bagitau John. John kata patut la skru ni hilang! Ni Skru dia letak
dekat lubang pintu grill as kunci. Hahaha. Sorry John! Aku pon taktau macam
mana skru ni ada dalam handbag aku.
Nanti bebila hang mai KL, aku pulang balik la skru
ni. La ni dok ada dekat rumah. Aku simpan elok-elok na John? Anyway, TQ John,
Cikgu Murni and family for having us. InsyaAllah ada umoq, kami mai la lagi
visit hang. Hang pon nanti, bila kami dah ada rumah yang selesa boleh la hang mai
dok umah kami 2 3 hari pulak. Nanti aku masak sedap-sedap pulak kat hangpa. Thank
you dulu masa Sazli sekolah, hang kawan baik dengan dia and jaga dia walaupon
aku tau dia pandai jaga diri pon tapi aku happy dia ada hangpa as kawan-kawan
yang baik macam ni. Aku tumpang happy. InsyaAllah kita jaga ukhwah ni sampai
bila-bila. OK? Aku doakan hang sekeluarga dalam lindungan Allah selalu and
dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Hang baik John. Aku
selalu cakap banyak-banyak kali dekat Li macam ni. TQ terima aku sebagai
Kaklong hang. Aku lain cetak dengan pempuan-pempuan dalam hidup hang tapi hang takdak pilihan. Hang kena jugak terima aku seadanya. Hahahahaha.
-eNd-
5 comments:
Memang best bile dapat blk kampung mcm ni...
Bestnya kak su....sobss
lllya : best! sejuk je
nadyrah : hehehe. jangan ler sedih... nanti mai jumpa kaksu
sebak pulak hati kita baca perenggan last. kaksu ni memang pandai hargai orang disekeliling kaksu kan? teruskan menulis tau. keep inspiring us!
Reena Kamarudin : Alaaaaa. Sebak jugak ke? Kaksu memang macam ni. hehe. ikhlas je apa kaksu cakap. kita memang kena hargai orang2 yang baik dalam hidup kita, lebih2 lagi yang ikhlas. yg jenis tak ikhlas takyah layan. hahahah
Post a Comment