Pages

Friday, December 15, 2017

Irvins Salted Egg Fish Skin

Assalamualaikum..

Sapa pernah makan Irvins Salted Egg Fish Skin angkat tangan! Semalam Shariffah kasik I rasa Irvins thing ni. Punyalah sedap! Kata Shariffah, menda ni dia kirim dekat Aina masa Aina pergi Singapore. Queue memang panjang giler lepas tu sorang max boleh beli 5 packs only. Dia plan nak bawak pergi Bangkok for holiday dorang nanti but unfortunately dah almost gone. I makan jugak malam tadi tapi makan sikit je la sebab segan. Harga dia I tengok dalam website $8 untuk small size and $16.00 untuk big size. Sian Kakyang tengok gambar ni dalam IG Story terus tingin. Jauh jugak nak pergi Singapore tapi tadi I Google tengok ada jual dalam 11st Street dengan Shoppee so kepada sapa yang tingin, boleh la try beli dekat sana. Siap ada discount tu. Info yang I tengok dalam Irvins official website dia cakap if nak beli online, kena choose an available calendar date in black. Sorang boleh reserve once per date. Reservation pulak boleh buat seminggu in advance and reservation hanya dibuat pada setiap hari Isnin 11.45 am and sorang boleh reserve 5 pax only. Kalau dates tu dah grey maksudnya dah fully reserve and tak available dah. Lepas tu kalau nak, kena tunggu minggu depan Isninnya pulak. Dah la tu, kalau nak back to back order to the same address kena ada gap pulak at least 2 weeks between consecutive orders. Bapak la susah nak mendapatkan Irvins ni. Dah sama level dengan duCk Scarf dah ni.Fuh! Soal beratur ke, nak book online ke takde masalah sekarang ni yang menjadi masalah ialah Irvins Salted Egg ni cuma ada dekat Singapore je. Kah kah kah. Mesti semua orang dah bergenang air mata masa ni kan? Macam ada harapan je nak beli sekali dang! Singapore daaaaaaa. Tapi tu dekat Shoppee and 11 Streets ada jual tu apa laaaaaaaaaagi. Try la. Especially Kakyang. Dah berjaya, bagitau I. I pulak nak order ok?


Irvins Salted Egg Fish Skin


S E D A P tu je nak cakap

Selain dari Fish Skin, ada jugak potato chips. Yang tu I tak pernah rasa lagi. I ingat masa pergi Johor haritu, ada nampak dekat lobby hotel yang I stay tapi tak terfikir pulak nak beli. Dah ni macam tingin pulak. Nak try la search kot ada yang jual Salted Egg Potato Chips. Sesapa nanti kalau ada yang nak pergi Singapore nak kirim pleassssssssssssse. Aduh, kenapa la sampai Singapore jugak yang ada. Abes orang Malaysia nak nganga menitis ailio ke apa macam ni? I hope Irvins consider la bukak 1 franchise dekat Malaysia. Kata Sazli, ni semua marketing strategy je. Saja nak bagi nampak exclusive. Susah nak dapat so orang pon appreciate and makan sampai ketitisan terakhir sebab susah nak dapat. Entah. I malas nak fikir. Yang I tau dia ialah  S E D A P. Oklah, tu je nak share. Bengang pulak rasa sebab susah nak dapat. Sendiri share, sendiri bengang. Hahaha. PMS lettew. For more info check dekat https://irvinsaltedegg.com/.

ivoCity B2-K25
Across Texas Chicken
Opens Daily 10am-9.30pm. Walkins only

Raffles Xchange B1-59
Near Polar Bakery
Weekdays 10am-8pm (Pickups 10- 7)
Saturdays 10am-3pm (Closed on PH)

Plaza Singapura L6 
Across Foodcourt
Opens Daily 10am-9.30pm. Walkins only

Orchard Gateway L1-K3
-eNd-

No comments:

Post a Comment