Assalamualaikum..
Last week kitorang makan dekat Sushi Zanmai. Treat
Intan and Kaklong. Belanja Intan sebab dia tolong jadik Photoghrapher untuk
Nuffnang punya advertorial + siap jadik model lagi and Kaklong pulak sebab saja
je nak belanja dia sebab dia cakap I kaya. Amin….. Hahahahaha. Siap makan dekat
Sushi Zanmai, makan pulak dekat Baskin Robbins. I dah lama tingin nak makan Cotton
Candy punya flavor, tak semua BR ada. My second option is Praline. Sedap jugak.
Haish. Tingin pulak nak makan BR. Kejap lagi Dyba, Intan and I nak kena setel
bab decoration office untuk Farewell and Birthday Celebration Office esok + nak
kena tempah cake dekat Secret Recipe. Molek je 3 orang Committee and buat task
bertiga ni memang ada yang tak jadik kerja jugak ni kang. Kah kah kah. Esok
theme biru probably recycle je la baju yang pakai masa birthday Intan haritu. I
dah cakap dekat Boss I masa Friday nanti Isnin and Selasa su busy tau boss? Dia
tau dah I kalau bab makan + sports + menari memang beria sikit. Committed.
Hahaha. Sapa cakap Secretary tak menyumbang apapa pada Syarikat? Please eh.
Menda-menda sosial ni memang kita punya kepakaran. Nanti hujung tahun, I akan
pergi ke North dekat one of kita punya Kilang untuk buat Stock Take. First time
datang Kilang untuk buat stock take lepas 40 tahun kerja. Kata Sazli ‘Wow Mama’. Hahahaha. Tu macam nak
nganjeng lagi tu tapi I buat muka serious so tak jadik la dia. Hahahaha. Dulu
kan, Sazli ada call lepas tu I macam rush and I cakap ‘Papa, I call back. I ada meeting ni’. Lepas tu Sazli kata ‘Aik, Mama ada meeting? Meeting apa?’ I
jawab ‘Meeting Sukan’. Lepas tu dia
terus ketawa. Kata Sazli, I kalau meeting sukan, meeting menari. Tak meeting
menari, meeting keceriaan pejabat. Lepas tu gelak-gelak. Eh, comel apa? I ada
jugak eh kerja lain tapi taknak kecoh je. BOD paper I yang prepare. Please ok?
Ni
Chicken Karage Don. Tingat dulu Fizul pernah cakap kat I. ‘Kaksu ni tipu saya. Kata nak makan Jepun. Ni apa ni? Ayam masak toyu’
(kicap in Kedah). Hahaha. Bongok Fiezul.
Kaklong
order Garlic Fried Rice. Sedap boleh tahan.
Teriyaki
Garlic Steak. My favorite. Wajib order kalau makan dekat sini. Make sure medium
rare ok?
Hana
Maki. Salmon Sushi + mayo + lettuce + crispy crab-stick.
Soyu
Ramen ni favorite I dengan Shein. I makan biasa ambik small size. Shein biasa
big bowl terus. Sorang dia je makan. Setel.
Teriyaki
Chicken ni Kaklong order.
Masa hari Sabtu, Intan ada hantar gambar dia selfie
dengan readers I dekat National Library lepas tu semalam masa dia tengah makan
dekat Nasi KakWok Shah Alam pon, ada readers I tegur dia jugak. Kemain Intan
popular eh sekarang? Mana-mana jalan ada je yang kenal. Yang dia jumpa dekat
National Library tu cakap, tak jumpa Kaksu, jumpa Intan pon dah happy. Hahahahaha.
On Sunday pulak, I ada pergi makan dekat Sg. Penchala. Apa entah nama
restaurant tu tapi banyak giler lauk + sedap. Cili Hijau ke Sambal Hijau entah.
Tak sure. Pon I ada jumpa dengan readers jugak tapi dia DM je dekat IG cakap
segan nak tegur. Adeh.. My readers ni memang 80% jenis nampak lepas tu komen or
DM dekat IG or PM dekat Facebook. Semua jenis segan nak jumpa. Geram je. Jangan
la takot, I tak makan orang. I won’t bite. Don’t worry. Ok? Oklah, tu je nak
cerita. Macam boring pulak topic harini. Kah kah kah. Okbye.
-eNd-
1 comment:
Suraya, kita jiran seAmpang pun tak pernah jumpa/terserempak nih...
Tapi kalau jumpa for sure Iolls is malu nak tegur u haha...
Post a Comment