Assalamualaikum..
Kata Sazli azam tahun 2018 nak turunkan balik berat
badan dia and nak start eat clean sama macam masa dia hilang 14kg dulu (lepas
tu tak jaga makan, nah kau naik balik). Kata dia masuk je 1st Jan
2018 lah diet. Tapi Isnin pagi I tanya breakfast apa dengan Mak and Tok Che
Amah, dia jawab ‘Nasi Lemak’ T___T.
Lepas tu pulak petang membawak ke malam lepak dengan Shariffah, Mr David and
Rayyan dekat Melting Pot Concorde sekianlah sedulang Fettucini Carbonara dengan
Pizza bagai dia belasah tapi pagi tadi I bekalkan dia Mixed Salad + Boiled Egg
+ Caesar Salad Dressing. Tengok mampu ke dia tak bertahan sampai malam makan
tumbuh-tumbuhan je and tak makan menda lain. But Sazli, if dia bersungguh buat
something, dia memang akan buat. Dulu masa yang hilang almost 14kg tu,
consistently 2 times/week dia akan run dalam 3km. Untuk this year, I dengar dia
nak enroll Kickboxing guna Personal Trainer. So kita tengok jauh mana dia boleh
pergi. Sebagai isteri, I pasti akan sama naik stressed lepas tu sebab terpaksa
jugak kurus. Jadiknya kejayaan I dalam mengekalkan/menurunkan berat badan
sebenarnya bergantung kepada usaha Sazli jugak. Bersungguh dia, bersungguh la
I. Diet taik ayam dia, I up diet taik kucing. Hahahahha. But meanwhile meh I
share dengan you all apa yang I masak for Sazli the other day time jumpa Salmon
Fresh + (Sale) dekat Cold Storage. I buat Grilled Salmon yaw! Senang je nak
buat. Goyang tetek dah siap. Hahahahahaha.
Griled
Salmon with Sesame Dressing Salad. Wow. Nama taknak kalah. Nampak tak I grilled
sekali lemon tu. Poyo kan? Bajet Masterchef. Hahahahha.
Cara nak prepare? Senang je. Salmon tu lepas basuh
lap lap lap sampai takde any air dah. Lumur dengan olive oil + crush black
pepper + salt. Itu je. Panaskan olive oil dalam pan. Dah panas, masukkan
salmon. Skin side dulu dalam 7-8 minutes and terbalikkan. Masak dalam 7-8
minutes jugak. Jangan sampai over cook and jangan pulak tak masak. Lemon pon I
grilled je sekali. Sebab I rasa macam rasa lebih sedap. Hidangkan dengan Mixed
Salad yang I gaul dengan Sesame Dressing jenis Kewpie. Siaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap!!
Preparation time less than 30 minutes. Share dalam FB/IG lepas tu ada yang bagi
macam-macam recipe lain. Ada yang guna Oyster Sauce jugak tapi I tingat dulu
Kid penah pesan, Salmon ni cukup dengan salt and pepper je. Takyah menda lain
sebab nanti akan kacau the taste. Macam I, I prefer raw salmon than cooked one.
Tanya Sazli sedap ke tak, dia jawab ‘Mama, nanti beli lagi Salmon and Salad
buat macam ni. I nak makan hari-hari’. S E D A P lah tu maksud dia. Kah kah
kah.
-eNd-
azam 2018 nak kurossssssssssss jugak tapi arini makan nasik time lunch & dinner..
ReplyDeletex dpt menolak kalau ade cencaluk Bintulu + limau nipis + cili apiiiiiiiiiiiii
sobn sobsss sobsss
juls julie80 : ikut macam sazli je la. dia cakap mggu ni dia cheat week. start isnin depan. lepas tu jgn la pulak cheat month and cheat forever. hahahah
ReplyDelete