Pages

Thursday, January 11, 2018

Makan Sedap Di Melaka – Part I (Keria Gula Melaka and Coconut Shake)

Assalamualaikum..

Sesia last week makan ‘pokok’ seminggu sebab balik dari Melaka selamba naik 2kg. Hahahaha. Wei, seriously pergi Melaka kalini memang activity hanya M A K A N sahaja and semata-mata, takde dah buat menda lain. Tu pon kalau ikut Tourist Guide kitorang (CT and Zairi) banyak lagi tempat lain dorang nak ajak pergi makan tapi I dah tak boleh wei. Kekadang makanan dah bukan penuh sampai dada, tapi sampai paras mata punya full, sikit lagi kalau makan GOAL. Hahahahaha. Level kenyang ni macam kita terjun kolam la. Bila air paras dada dah rasa susah kan nak bernafas? Level hidung memang sikit lagi kojol. Ni paras mata samadengan mampos. Hahaha. Itu naseb check in 1 malam je, kalau check in 2 malam mau balik tukar la size corset I. Kah kah kah. I enjoy my holiday to Melaka soooo much! Dapat makan Keria Antarabangsa Hjh Ramlah tu. Woot woot. Lihatlah doniaaaaaaaaaaaa I dapat makan yang panas-panas woi! Selama ni sedih sangat. Either dapat makan yang dah sejuk or makan Kuih Keria Gula Melaka Wanna Be yang ada dekat KL tu but takper lah. Janji Merasa nama konsep dia. Hahaha sedih sangat hidupku ini. Memang yang De buat pon sedap tapi I want yang original one tu sampai 2 hari I datang sini. Haha. Boleh baca dekat sini untuk Resepi Kuih Keria Gula Melaka by De. I bersyukur sangat dapat rasa tau? Tingat masa last time memang tingin sangat nak makan end up I punya Kuih Keria jadik macam selipar. Liat. Kata Amsyar ‘Ni tanah liat ke Ibu?’ Peeerghhh menusuk dalam dada. Yer la, bebudak ni dorang ikhlas je. Mana ada tipu-tipu Macam Shein la kalau I tanya dia. ‘Shein, Mama pretty or not?’ Lepas tu dia jawb ‘Pretty’. I trust your judgment son. Tachiu.


Hi awak, debab-debab nak pergi mana tu?



Kata netizen (chewah), Keria Antarabangsa Limbongan ni ada 2. Yang I pergi ni 2nd wife. Yang 1st wife yang 1 lagi tu. Yer je kan korang ni? Memandai je. Laksa pon ada tapi takde pulak I tingin nak rasa ke apa (naseb baik).



First day datang, I beratur je terus no 3. Lepas tu baru la panjang belakang I. Kena tunggu dalam 5 minutes naaaaaaaaaaaaah kau dia bawak keluar 2 dulang. Punya banyak! Dah la panas-panas.

I makan sambil sebak. Tingat susah payah I selama ni tingin sampai nanges-nanges sebab nak Kuih ni. Ain punya rimas kesian dengar sampai dia nak offer datang dari Johor balik hari, bawak I makan ni. Hahaha. Linda pon ada jugak usaha untuk I. Tachiuuuuuu. Ada readers and friend’s yang offer as well tapi suruh ambik dekat Putrajaya pukul 10.00pm memang rajin sangat la I nak datang dari Ampang? Ada sekali, I kirim dekat group FB - Gombak Food Delivery. Bersusah-susah jugak sebab kena ambik dekat KFC Wangsa Maju sampai berejam la menunggu dalam kereta. Panasssssssssssss je hati I ni but FINALLY after so many years and kuih ni dah tak viral, dapat jugak I merasa. Alhamdulillah. First day beli 10-10. Setel. Day two beli lagi but this time Zairi cakap dia taknak so I share dengan Sazli. 1 shot Sazli dengan I makan setel 10 ketul. Hebat giler.


Ni masa 2nd time datang. Panjang queue. Dah la panas. Why Malaysia so hot? 


CT datang dekat I yang tengah queue nak ambik gambar sebab kata dia, dia pom-pom girl.


Punya panjang beratur.


Pompom girl I memang tak guna sangat. Patut bagi semangat sama-sama berpanas queue. Ni dia sedap duduk romentik-romentik dengan Zairi dekat tempat redup. Tak guna. Hahahaha.


Next, kita try pulak Coconut Shake. Tak jauh pon dari Kuih Keria Antarabangsa Limbongan ni.


I suka Coconut Shake macam ni. Segelas macam ni semua dia je. Kalau kt Pasar Malam kampung I, ais je dah segelas. Sedut 3 kali abes. Ni tengok gambar dah tingin. So acane?

I dengar macam-macam version cerita of Kuih Keria Gula Melaka dengan Coconut Shake ni. Ramai cakap overrated la apa la, tapi bagi I MEMANG SEDAP. Yerla kan, kita punya selera ni mana nak sama tapi ada chance, tak salah kalau cuba. Macam Coconut Shake ni I suka la sebab dia simple. Kekadang I tengok ada yang letak chocolate rice siap biskut semua eh rimas pulak I kekadang siap berpayung apa dia ingat coconut shake tu panas? Hahahaha. Jangan beria sangat. Omputih cakap less is more. Gittew… This time memang I puas hati. Sazli pon suka jugak makan dedua ni padahal dia paling jenis tak makan manis. But this time ternyata dia kalah. Hahaha. Pada sapa yang takde chance nak makan lagi, I doakan korang dapat merasa jugak. Sekian kisah Keria Gula Melaka untuk harini, but stay tune ok? Ada banyak lagi tempat makan dekat Melaka yang I nak share dengan nkorang semua. Sot Ba Ra. SABAR. Okbye.

-eNd-

4 comments:

  1. coconut shake klebang tu mmg sedap..nasilemak kt situ pn sedap..kalo nk mkn masuk dlm..kalo tapau just kt tepi jln je

    ReplyDelete
  2. Bila la nk merasa...tgk q tu aduiii...kt roti canai arang aduiii..full

    ReplyDelete
  3. kte pernah g sane dr klang pg. sampai sane beli keria pastu blik klang.beli rm25biji. sampai Seremban keria tu settle. kena patah balik ke cam mane kaksu? hahahah tp sbb ngandung time tu. somi layan kan. ce kalo skrg. tobat nye xlayan.

    ReplyDelete
  4. mama trisya : nasi lemak dia tak try lagi.

    aziekz : queue ni kira naseb la. kekadang panjang, kekadang tak

    enani yamin : hahahahahhah patut beli 80 tahan la sampai KL

    ReplyDelete