Pages

Thursday, January 18, 2018

Makan Sedap Di Melaka Part IV - (Putu Piring, Asam Pedas Claypot, Capati Tepian Pulau Gadong)


Assalamualaikum

Makan Sedap Di Melaka Part IV kita cover 3 tempat terus sebab kalau tak, takot semua yang I makan dekat Melaka ni hanya tinggal sejarah. Hahaha. Korang tau I kan? Tangkap gambar beria, semangat nak update dalam blog berkobar-kobar, sampai masa haaaaaram nak masukkan. Tapi demi kesayangan sekalian, I tabahkan hati and update jugak. Bukan apa, semenjak balik dari Melaka and kerjanya makan je dengan Geng Serai ni, I put on weight so I rasa, kalau nak gemok biar I drag dengan readers sekali la baru afdol. Apehal aku nak gemok sorang-sorang? Hahaha. Tapi gemok I, masih lagi OK BMI InsyaAllahh. Lagipon pakai HOC consistent (sesambil iklan), kecuali holiday kalau malam I tak pakai la sebab nak enjoy makan. Kang sumbat-sumbat makan, perut jadik sendat, terbelahak dekat tepi meja tak pasal je. Untuk entry ni I nak share 3 tempat makan yang sedap iaitu Putu Piring Jalan Tengkera, Asam Pedas Claypot Kota Laksamana and Capati Tepian Pulau Gadong. Imagine eh, 3 tempat makan ni Si Zairi and CT bawak kitorang makan one shot dalam satu malam. Kerja giler. Memula singgah tapau Putu Piring, lepas tu makan Asam Pedas Claypot and last sekali before balik sikit lagi nak mampos sebab kekenyangan sempat lagi makan capati. Tu pon ada hati lagi nak makan hawkers and foods dekat Jonker Street? Nak sumbat mana? Ni pon I rasa makanan dah separas level hidung dah. EXTREMELY KENYANG. Ni kalau makan secucuk satay pon ni I jamin, memang muntah. Haha. 


Ni la Putu Piring paling sedap I pernah makan. Serious. Sedap gileeeeeer! Makan panas-panas cenggini *thumbs up. Zairi and CT cakap kalau pergi Melaka wajib la makan  Putu Piring ni. Harga I tak ingat sebab Zairi yang belanja. Putu piring dia ni inti dia guna Gula Melaka and sikit pon takde kedekut inti. Kalau dekat KL, inti nunnnnn sayup kebelakang dah la seciput je letak. Yang ni inti dia takde belas kasihan punya.



Oooo singget doposen satu! Nyonya ni buat kerja macam lipas kudung. Zap zap zap dah siap. I duduk bebetul depan tempat masak tu, rasa best je wap kena dekat muka. Sambil queue, sambil wapkan muka ala-ala dekat spa. Multitask sangat.


Pakcik, muka jangan nak serious sangat. Kang ada yang I telangkupkan besen ni kang. Hahaha. Tetiba nak cari pasal dengan Pakcik Putu Piring ni. Kata Pakcik ni, I orang Philippine. Dia ingat I tourist. Eleh Pakcik, cakap je la nak kata I cantik. Nak pusing-pusing kata muka macam Cina la apa la. Kan? Ngaku je la. Heh!


Ni Location dia kalau korang nak pergi. Putu Piring Stall next to Sports Toto Shop, 252 Jalan Tengkera. Bukan everyday except Sunday ok? 7.30pm - 11.00pm. 


Next Zairi bawak makan Asam Pedas Tetel dekat Asam Pedas Claypot Klebang. Tetel Ni memang la I suka kalau jenis berlemak-lemak ni. Tetel tau tetel? Tetel eh, bukan tetek. Sapa entah haritu cakap Asam Pedas Tetek. Sabar ajer la. Tetel ni bahagian daging yang ada lemak-lemak babat tu. Auuummmm sodap!


Asam Pedas Kepala Ikan Merah. Pon sedap! Orang Melaka memang masak Asam Pedas yang lazat la. Kagum sangat I.


Ni Pari ke Tenggiri ni? 


Malam ni Ongkaya Aliah and Atiq join (Tapi takde dalam gambar, sory Atiq). Baru first time jumpa dah masuk and sekepala dengan CT and Zairi. I dah lama dah nak kasik dorang berempat ni jumpa terutamanya CT and Aliah yang ala-ala Drama Queen tu. Malam ni dapat merealisasikan impian I. Wow. I baru guna ayat merealisasikan lah. Hebat sangat I.


Tetiga jadik anti-sosial dapat iPad. Lepas tu terus iPad kena banned. 

Korang kena try makan dekat sini ok. 

Asam Pedas Claypot Klebang
35, Jalan Klebang Besar/Klebang Kecil, 
Taman Pantai Emas, 75200 Malacca
Hanphone number 017-265 1499

Open Everyday except Monday. Bukak everyday dari 6.00pm - 2.00am. Kalau Sabtu dia bukak dari 6.00pm - 2.00am jugak so jangan risau, sampai Melaka pukul 1.00am pon boleh datang makan dekat sini. Set dia macam biasa ada nasik, sambal belacan dengan telur masin. I makan semua ni, tak sampai RM100.00 pon sekali air. Murah kan?


Next, makan Capati pulak dekat Capati Tepian Pulau Gadong. Mana-mana la bebudak ni bawak I.


Kedai dia kodok Rasa macam filem Zombie Kampung Pisang pulak.


Haaaa baru ada muka Atiq and Aliah. Sorry Tiq, aku tak enhance gambar ni macam nko slalu request supaya muka ko tak nampak cam tinted sangat.


Tengok berapa keping sekali order tu?


Kari Daging


Kari Ayam

Dedua pon sedap Kari Daging and Kari Ayam. Rasa macam makan kat Merbau Pulas pulak (Kampung Arwah Tok Chak) capati and kari kaw macam ni. Capati dia lembut, I rasa secubit je sebab dah tak larat nak makan. Kekenyangan sangat. Tapi ni tengok balik gambar rasa macam blardihel pulak. Hahaha. Aduh, mudah betul tergoda dengan gambar makanan. Ngek betul. Kalau korang nak datang sini, Waze aje la. Yang ni I takde jumpa info dia bukak bila and operation hours dia. Yang ni pepandai la korang. Tapi time I pergi ni, dah lepas midnight dah pon. Tu pon orang ramai lagi. Orang Melaka memang takyah tido ke apa? Tak paham aku. Makan makan makan. Gemok komplen. Hesh!

-eNd-

4 comments:

  1. sejak saya baca entry makan dari kaksu ni..berat saya naik 3kg..

    ReplyDelete
  2. suhaiza naela laili suhairi : serious???

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa..asal baca je terasa lapar pastu makan..terus naik berat..hahaha..gurau je la kaksu..tapi entry kaksu memang menjadi penyebab buat saya lapar..

      Delete
  3. suhaiza naela laili suhari : kaksu pon kekadang baca blog sendiri jadik lapar.

    ReplyDelete