Assalamualaikum..
Tingat pulak kesedapan Mihun Goreng + Sambal + Telur Goyang and Roti Canai masa dekat Melaka haritu. Mihun dia simple giler kaler merah ang-ang. Ayam semua takde, sawi pon takde tapi sedap pulak tu. Blardihel. Hahahaha. I memang suka mihun bodoh macam ni pon. I tak suka letak ayam. I suka Ikan Bilis. If daging pon ok la. Tapi tak suka ayam or seafood. Ni semua pengaruh GF la ni. Mihun dia, selagi boleh miskin la senang citer. Hahahaha. Nampaknya esok kena la buat mihun goreng macam ni. Tapi dia layan kalau makan dengan sambal ikan bilis. Dah tu nak kena buat sambal jugak ke acane? Adeh. Macam banyak hal pulak. Tapi kekadang kita ni, if nak makan satu menda tu, yang kena dengan tekak sendiri ialah yang buat sendiri makanya apa? Nak kena buat sendiri la kan? Malas betul! Yang I share ni kata Zairi, Kedai Man Pokok Mangga. Tapi I Google macam tak berapa nak ada full adress but if korang nak datang, waze je Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Pokok Mangga. Kedai ni bebetul dekat sebelah tu, depan main road. Kedai ni style kedai ala-ala dulu kala. Meja kayu, lapik dengan tikar getah. Makan ramai-ramai share meja. Tapi cool giler la. I sukaaaa. Rasa macam makan dekat Kampung Kuala Paya pulak. Rasa dia macam ni la. Feel dia tu. Kitorang duduk tepi tingkap mengadap luar is pokok lalang. Damai je rasa. Roti canai dia punyaaaaaaaaaaalah lembut wei! I boleh makan 2 keping (selepas sepinggan mihun and 4 ketul kuih). Shein makan 4 keping HAHAHAHAH. Tu kalau suap lagi tu, confirm dia nganga je tu. Ada jugak Roti Tampal, Roti Telur, Murtabak, Kuih saknika jenis kuih (bak kata GF I), Nasi Lemak bungkus pon ada, mee goreng pon ada tapi semua simple je rupa paras dia but seriously layan habes. Harga dah la murah giler. Pendek kata I really recommend this place if korang datang Melaka. Saya bagi 5 markah! (Jalaludin Hassan cakap 5 markah instead of 5 bintang) Aci boleh je. Hahahaha.
Ni la mihun tu. Simple je kan? Tapi S E D A P!
Roti canai dia punyalah lembut. I tak pernah makan roti canai lembut macam ni seumur hidup I. Memang tak pernah. Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa. Kuah dia pon sedap. Makan dengan sambal pon sedap. Adoi. Why you dekat Melaka. WHY?
Si Sazli ni orang nak ambik gambar, dia buat muka cekodok. Hahaha.
Anti Sosial dorang ni. Esoknya iPad terus kena rampas. No more iPad.
Lia, sebab ko cantik dalam gambar ni, aku letak gambar ni walaupon lengan aku tu dah sama besar dengan balak. Ok.
Kat sini I ada satu citer lawak. Hahaha. Bangang giler. I kan sejenis tak menyabar? So while orang lain tunggu makanan sampai, I pergi depan tengok kot-kot ada kuih ke. So I pergi la tinjau. I tanya Pakcik yang duduk dekat situ. 'Pakcik, kuih karipap ni inti apa? Ada inti sardine tak?' Pakcik tu jawab 'Ko tengok la kat situ, ada banyak jenis. Bekas depan ni pon ada jugak. Ni karipap pusing ni'. Lepas tu I cakap 'Oooo, ada banyak Tauke eh Pakcik?' Ni banyak jenis ni ha'. Then Pakcik tu jawab 'Ha a, da banyak Tuan. Nasi Lemak ko taknak try ke? Tu ada tu kat depan sana. Banyak laku tu. Sedap!' I balas ''Oooo yer ker? Boleh jugak try. Nasi Lemak yang mana sedap Pakcik? Ni ada banyak jenis ni? Sebungkus berapa?' Lepas tu Pakcik tu jawab 'Mana aku tau sebungkus berapa'. I pon pelik la.. 'Pakcik taktau sebungkus berapa? Dah tu macam mana Pakcik jual?' Dia jawab 'Bukan aku jual. Aku datang ni sebab nak sarap je. Ni air aku baru sampai'. Pundeeeeeeeeeeek! Hahahhahaha. Adoi Pakcik ni. Dah la jawab nak garang je lepas tu boleh buat lawak eh? Yang I pulak beria la tanya macam-macam. Kuih Karipap la, Nasik Lemak la sekaaaaali dia pon datang sarap je. HAHAHAHHAHAHA. Pakcik ni, you memang tau? Saja la tu nak ngorat I yang tak mandi ni hahahahah.
Ada brother mana entah cakap 'Apa la Pakcik ni'. Lepas tu dorang gelak-gelak. Eeeee bongok la. Tapi Pakcik tu cool jugak pon. Cakap dah la kuat. Kasar boleh tahan. Orang tanya kuih apa jenis jawab suara nak marah-marah tapi I agak Orang Melaka memang jenis cakap macam tu. Dorang bukan marah tapi jenis tone suara macam marah. Kan? Anyway, jangan lupa if korang datang Melaka, makan dekat sini ok? Kedai Man Pokok Mangga. Pokok Mangga sebenarnya, sebelum tanya dalam group I Google Pokok Ceri. Memang kiamat pon tak jumpa Kedai Pokok Ceri Sarap Best Melaka. Hahahahah.
-eNd-
i dah 5 tahun duduk melaka pun tak pernah jejak kedai ni..nak makan menu best kat melaka depend kat blog kak su je..hahahaa!
ReplyDeletenowa : hehehehe. seriously??? nanti try makan dekat sini.
ReplyDelete